(I)
Sahiril hanya bungkam di
hadapan Datuk Hasanah. Manik manik peluh sudah menghiasi dahinya. Tubuhnya
berasa hangat walaupun dia berada di dalam bilik yang mempunyai pendingin hawa.
“Cuba kamu baca akhbar ni Sahiril.” Kata Datuk Hasanah sambil menghulurkan senaskhah
surat khabar kepada Sahiril. Sahiril membuka lipatan surat khabar itu dan
membaca muka depan ruangan hiburan.
Pewaris
RaHa Hotel Telah Mempunyai Cahaya Mata
Oleh: Farid Shahril
Isteri kepada Ketua Pegawai
Eksekutif RaHa Hotel Bhd. Sahimi Sahiril bin Datuk Mansur iaitu Mahani binti
Mahat telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki di Hospital Besar Kuala
Lumpur semalam. Pasangan suami isteri yang ditangkap khalwat di RaHa Hotel
beberapa bulan yang lalu kini bergembira dengan kelahiran cahaya mata itu.
Pihak wartawan masih tidak dapat menghubungi Melisa yang dikatakan hangat bercinta dengan
anak wanita terkaya di Malaysia itu.
Sahiril menghempaskan surat khabar tersebut ke atas meja kerjanya. Dia
tidak tahu bagaimana wartawan boleh mendapat berita ini. Sudah tentu Melisa
sedih apabila terbaca berita tersebut. Sahiril membaca nama wartawan yang
menulis berita itu. Farid Shahril. Dia tahu Farid Shahril seorang wartawan
hiburan yang terkenal di Malaysia. Dia selalu melaporkan berita panas dan gosip
di kolum miliknya.
Sebelum ini Farid Shahril merupakan wartawan pertama yang melaporkan
tentang dirinya ditangkap khalwat bersama Mahani beberapa bulan lalu.
“Mama
betul betul tak faham dengan kamu.” Ujar Datuk Hasanah memecah kesunyian yang
melanda dan mematikan lamunan Sahiril tadi.
“Kamu kata kamu bencikan perempuan
itu tapi kenapa kamu boleh ‘berselera’ dengan perempuan tu pula?” Sambung Datuk
Hasanah setelah tidak mendapat sebarang reaksi dari Sahiril.
“Semua yang jadi ini hanya
kebetulan saja. Malam tu kami bertengkar dan saya memukul Mahani tapi entah
macam mana saya boleh…” Sahiril tidak jadi menyambung bicaranya.
“Mama tak
tahulah macam mana otak kamu berfikir tapi mama nak kamu selesaikan perkara ni.
Pastikan anak itu tidak ada kena mengena dengan kamu.” Kata Datuk Hasanah.
“Tapi macam mana mama? Mama nak saya buat apa?” Soal Sahiril dalam
keadaan tertekan.
“Kamu fikirlah sendiri. Kamu yang cari penyakit jadi kamu
sendiri selesaikan. Apa yang mama nak tahu hanyalah masalah ini selesai dengan
cepat.” Ujar Datuk Hasanah dan terus keluar dari ruangan kerja Sahiril. Sahiril bersandar
di kerusinya dalam keadaan lemah. Satu keluhan berat dilepaskan.
(II)
Setelah menikmati sarapan
Mahani bergegas ke bilik air untuk membuang air kecil. Sesudah melepaskan
hajat, Mahani terus ke wadnya semula untuk berehat. Doktor telah menasihatinya
agar tidak banyak bergerak kerana dikhuatiri turun darah. Ketika Mahani
melintasi ruangan menunggu itu dia ternampak surat khabar yang diletakkan di
atas meja. Tidak ada orang yang berada di situ kerana waktu melawat baru sahaja
bermula.
Mahani terus mengambil
salah satu surat khabar yang terdapat di situ untuk dibaca. Di samping itu, dia
mahu menghilangkan kebosanan ketika berada di dalam wad nanti. Tiba tiba dia
merasakan ada seseorang yang menolaknya dari belakang. Mahani terdorong ke
depan sehingga kepalanya terhantuk pada salah satu kerusi yang berada di situ.
Mahani cuba bangun namun kepalanya terasa berat.
Dia memandang orang
tersebut namun tidak jelas kerana kepalanya sudah berpinar pinar. Tanpa
disedarinya pandangan Mahani menjadi semakin gelap dan semakin gelap. Akhirnya
mata Mahani terkatup rapat.
(III)
“I tak sangka you sanggup curang dengan I.” Bentak Melisa ketika mereka menjamah makan tengah hari di Restoran Hadramawt yang terletak di Jalan
Raja Chulan. Sahiril sudah tidak tahu bagaimana dia mahu menerangkan perkara
tersebut kepala Melisa. Dia sendiri tidak percaya bagaimana dia boleh
‘menyentuh’ Mahani pada malam itu sehingga Mahani melahirkan
anaknya.
“I pun tak tahu Lisa macam mana I
boleh jadi suami yang ‘baik’ pada Mahani malam tu. I tahu I salah. I terlalu ikut perasaan I malam tu. I minta maaf Lisa. Tolong jangan buat I macam ni Lisa. Please.”
Mohon Sahiril.
“Mula mula you kahwin
dengan perempuan tu tapi I boleh
terima lagi. Sekarang you dah ada
anak dengan perempuan tu. You kata you benci dia sebab dia perangkap you dan sekarang apa dah jadi?” Soal
Melisa kemarahan.
“Lisa, listen to me. I love you so much. Tak ada perempuan lain dalam hati I. I sumpah Lisa.” Kata
Sahiril.
“Lelaki semuanya sama. Janji tak pernah nak tepati. Selalu sangat tak
setia.” Ujar Melisa. Sahiril bersandar lemah dikerusinya. Satu keluhan berat
dilepaskan. Tiba tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dia menyambut panggilan dari
hospital itu. “Baik doktor. Saya pergi sekarang.” Jawab Sahiril dan menamatkan
panggilan.
“I nak pergi hospital. Mahani koma sebab terjatuh. You nak ikut?” Soal Sahiril.
“Setelah
apa yang you buat kat I, you masih nak bawa I jumpa perempuan tu? You
memang jahat Sahiril!” Kata Melisa sambil menuang jus apel ke atas kepala
Sahiril. Sahiril benar benar terkejut dengan tindakan Melisa.
“Lisa, what are
you doing?!” Soal Sahiril kebingungan dan lantas Melisa berlalu dari
situ. Semua pelanggan restoran tersebut memandang ke arahnya.
(IV)
Mahmudah benar benar terkejut apabila mendapat tahu yang Mahani
telah koma akibat terjatuh dan dipukul dengan objek tumpul. Ketika dia mahu
melawat Mahani di wad, dia diberitahu oleh doktor bertugas yang Mahani telah
disahkan koma. Sahiril yang berada di dalam wad itu hanya mendiamkan diri. Dirinya
buntu pada waktu itu.
Dia memikirkan masalahnya dengan Melisa dan sekarang Mahani pula
sedang koma. Sahiril sibuk memikirkan siapakah yang akan menjaga bayi yang baru
lahir itu nanti. Satu keluhan berat sahaja yang mampu diungkapkan pada waktu
itu.
“Sahiril, aku dah buat laporan polis. Polis akan siasat siapa yang pukul
Mahani sampai koma.” Kata Mahmudah memecahkan kesunyian yang melanda.
Sahiril hanya diam. Mahmudah hanya mampu memandang ke arah Mahani. Dia
berasa kasihan dengan Adam dan Irfan. Sudahlah kedua dua anak tersebut
mempunyai ayah yang tidak mempedulikan mereka dan sekarang ibu mereka pula
koma. Mahmudah memandang wajah Mahani yang putih bersih itu. Dia berdoa agar
Mahani akan segera sedar untuk menjaga Adam yang baru lahir itu.
“Perempuan ni memang menyusahkan!” Bentak Sahiril tiba tiba dan
lantas berdiri. Dia menggenggam rambutnya dengan tangan kanan. Fikirannya benar
benar kusut pada waktu itu.
“Kenapa kau cakap macam tu? Kau tahukan ini semua
takdir dari Allah.” Ujar Mahmudah.
“Kau diam! Sudahlah adik kau memerangkap aku
dalam perkahwinan bodoh ini dan sekarang koma pula. Siapa nak jaga budak kecil
tu?” Ujar Sahiril marah. Nada suaranya agak keras waktu itu.
“Kau tak payah susah Sahiril.
Aku akan jaga budak berdua ni tapi ada syaratnya.” Kata Mahmudah.
“Syarat? Apa
syaratnya?’ Soal Sahiril kebingungan.
“Aku nak tinggal kat rumah kau dan kau
yang menanggung semua pembelanjaan budak berdua ni.” Jawab Mahmudah tenang.
“Kenapa mesti aku yang tanggung budak berdua ni? Apa kena mengena aku dengan
dia orang?” Soal Sahiril marah.
“Kau dah lupa Sahiril yang Adam tu anak kau dan Irfan pula anak tiri
kau? Kau ialah bapa mereka jadi kau yang sepatutnya membesarkan mereka. Kalau
kau tak nak tak apa. Nanti aku akan laporkan pada kawan aku yang wartawan surat khabar pasal benda ni. Baik semua orang tahu siapa kau yang sebenarnya. Tak nak jaga anak sendiri dan kejam. Biar imej kau dan imej hotel kau musnah!” Ugut Mahmudah. Dia
menggunakan pendekatan psikologi dan ugutan dalam menjinakkan Sahiril. Dia melakukan semua
ini kerana dia mempunyai alasan tersendiri bukan untuk kepentingan dirinya
semata mata.
Sahiril terdiam mendengar kata kata Mahmudah. Apabila difikirkan
semula kata kata wanita itu ada benarnya. Mahu atau tidak Adam ialah anaknya.
Irfan pula anak tirinya. Dia tidak mahu imejnya dan imej syarikatnya musnah kerana budak berdua itu. Suka ataupun tidak memang dia yang perlu menjaga mereka berdua namun apakan
daya. dia ialah seorang lelaki yang tidak tahu menguruskan budak kecil. Bantuan
seorang perempuan seperti Mahmudah amat diperlukan tambahan pula Mahmudah
adalah ibu saudara mereka.
“Baiklah, aku setuju. Kau boleh pindah masuk rumah aku hari ni
juga.” Kata Sahiril dan berlalu dari situ. Mahmudah tersenyum sendirian.
Rancangannya telah berjaya.
“Kau jangan risau Mahani. Aku akan cuba sedaya
upaya aku untuk kembalikan kebahagiaan kau.” Kata Mahmudah kepada Mahani yang
hanya terbaring lesu di atas katil hospital itu. Dia akan cuba mengubah Sahiril
supaya mencintai Mahani sepenuh hati lelaki itu.
(V)
Bakri menunggu di luar jeriji besi di Penjara Wanita Kajang itu.
Penjara yang dibina pada tahun 1980 itu merupakan penjaran terbesar di
Malaysia. Dia mahu menemui isterinya yang tercinta. Sudah sebulan lamanya dia
tidak bertemu dengan Nabila kerana di sibuk dengan urusan kerjanya. Dirinya
sudah tidak sabar sabar mahu bertemu dengan Nabila walaupun pertemuan mereka
terpaksa dihalang oleh jeriji besi itu.
Nabila ditahan kerana telah mendera Irfan secara fizikal dan ditahan
di bawah Akta Kanak Kanak 2001 Syeksyen 31(1)(a) yang membawa hukuman 10 tahun
penjara namun diringankan selama 3 tahun penjara. Ketika dia sedang leka
menunggu, dia melihat Nabila muncul dengan diirngi oleh dua orang pegawai
penjara. Tangannya juga bergari di belakang.
Setelah duduk di hadapan Bakri, pegawai penjara itu membuka gari
tersebut. Nabila mula mengangkat ganggang telefon yang berada di tepi dinding
tersebut.
“Abang apa khabar?” Soal Nabila sambil menghadiahkan senyuman paling
manis buat Bakri.
“Abang okey. Nabila sihat?” Soal Bakri pula. Dia melihat
tubuh Nabila agak susut sedikit.
“Sihat bang.” Jawab Nabila jujur.
“Abang tak sabar sabar tunggu Nabila keluar dari penjara ni. Kalau
bukan sebab wanita durjana tu sudah tentu awak takkan berada kat sini.” Kata
Bakri kegeraman. Nabila hanya tersenyum. Dia hanya mampu mengeluh sahaja.
“Abang akan balas dendam bagi pihak
Nabila.” Sambung Bakri.
“Macam mana abang nak balas dendam?” Soal
Nabila.
“Tadi abang dah bunuh perempuan tu.” Jawab Bakri tenang.
“Apa?” Soal Nabila terkejut. Dia tidak menyangka yang Bakri boleh
bertindak sejauh itu.
“Ya. Tadi abang tolak dia kat hospital sampai kepala dia terhantuk
pada kerusi. Sekarang perempuan tu dah mati.” Jawab Bakri lalu ketawa puas.
“Awak dah gila? Kenapa awak buat benda bodoh macam tu? Awak boleh masuk penjara
tahu tak?” Soal Nabila dalam keadaan marah.
“Biar abang mati sekalipun asalkan hati abang puas. Abang bencikan
perempuan tu. Abang nak anak dia menderita.” Ujar Bakri penuh dendam.
“Saya tak
sangka saya dapat suami yang bodoh macam awak. Kalau awak nak balas dendam
sekalipun buatlah cara lain. Jangan sampai bunuh orang. Kalau apa apa terjadi
saya tak nak bertanggungjawab.” Ujar Nabila lalu meletak ganggang telefon.
Dia meminta pegawai penjara itu membawa dia pergi. “Nabila! Nabila!”
Panggil Bakri namun tidak diendahkan oleh Nabila. Bakri benar benar bingung
dengan sikap Nabila. Sepatutnya isterinya itu gembira namun apa yang berlaku
adalah sebaliknya. Nabila marah marah pada dirinya tidak tentu fasal. Dia hanya
mampu mengeluh pada waktu itu.
(VI)
Melisa sedang duduk di salah sebuah sofa yang berada di dalam pub
itu. Dia hanya memerhatikan sahaja pelanggan yang terdiri lelaki dan wanita
begitu ghairah menari. Serta merta fikirannya melayang pada Sahiril. Dahulu dia
sering berkunjung ke pub tersebut bersama Sahiril. Mereka akan menari dan
berseronok hingga ke pagi. Namun semua itu telah berubah sejak Sahiril
berkahwin dengan Mahani.
Sahiril sudah kurang mahu meluangkan masa dengan dirinya lagi kerana
Sahiril tidak mahu orang menghidu perhubungan mereka. Sahiril tidak mahu orang
mengatakan lelaki itu curang dengan isterinya. Dia benar benar sebal dengan Sahiril.
Dia juga teramat marah dengan Mahani. Gara gara wanita itulah dirinya dan
Sahiril terpaksa berpisah buat sementara waktu. Gara gara wanita itulah mereka
bukan lagi pasangan yang bebas.
Gara gara wanita itulah Sahiril terpaksa bertemu dengannya secara
diam diam. Mahani telah menghancurkan kebahagiannya. Dia akan memastikan wanita
itu tidak akan pernah mengecapi nikmat kebahagiaan dalam hidup. Dia bersumpah
dia akan membalas dendam terhadap wanita itu. Muzik rancak yang berkumandang di
segenap ruang pub itu tidak mampu menghiburkan hati Melisa.
Dia hanya mengharapkan Sahiril berada di sisinya pada waktu itu.
Tiba tiba muzik yang rancak itu bertukar sepi. Satu suara yang amat dikenali
oleh Melisa kedengaran dari pentas utama. “Saya ingin tujukan lagu ini khas
buat kekasih saya iaitu Cik Melisa. I
harap you maafkanlah I. Terimalah
lagu Kembali Senyum ini khas untuk you
Melisa.” Ujar Sahiril dan tiba tiba muzik iringan berbunyi.
Pantas kau diam membisu,
Ada garis sendu di wajahmu,
Salahkah sekadar aku bertanya berikan jawapan,
Kuatkah ikatan cinta,
Apa mungkin kasihmu setia,
Tak ku duga air mata berlinang luka perasaan mu
sayang,
Sengaja hatimu ingin ku duga,
Tak terlintas fikiran mencuriga cinta,
Ku tahu sebutir dingin salju itu arena cintamu,
Kekasih usah merasa ragu dan sangsi,
Kekasih cintaku takkan terbelah bagi,
Keringkanlah air mata di pipi mu sayang,
Kembali senyum…
Dan maafkan ku…
Semua yang berada di situ
bertepuk tangan seusai Sahiril habis menyanyi. Lagu dendangan Izwan Pilus itu
sedap didengar dalam suara Sahiril. Melisa yang mendengar nyanyian Sahiril
sebentar tadi berasa terpegun. Sahiril memang seorang lelaki yang romantis.
Sahiril berjalan ke arahnya dan duduk di sebelah Melisa.
“You masih marah pada I
lagi?” Soal Sahiril dalam nada suara yang lembut.
“You ni memang nakal tau. Malu I
you buat macam tu.” Ujar Melisa
sambil tersenyum. Rajuknya telah terpujuk.
“I
sumpah Lisa, tiada perempuan selain you
dalam hati I. I love you so much.” Ungkap Sahiril.
“I know tapi I betul betul marah. Kenapa you
boleh ‘bersama’ dengan dia?” Soal Melisa manja.
“Boleh tak kita lupakan soal
tu. Kita tutup buku lama dan buka buku baru. Boleh?” Pinta Sahiril.
“Okey baby.” Jawab Melisa sambil memeluk
lelaki itu.
(VII)
Mahmudah membawa baju baju
dan peralatan peribadinya ke rumah Sahiril. Dia juga membawa barang barang
milik Irfan bersamanya. Dia sendiri tidak tahu berapa lama dia akan tinggal di
rumah itu. Apa yang pasti dia akan tinggal di rumah itu sehingga Mahani sedar
dari koma. Dia mahu mengawasi pergerakan Sahiril di samping ingin merapatkan Sahiril
dengan Adam.
“Banyak betul barang yang kau
bawa. Kau nak pindah rumah ke?” Soal Sahiril yang masih terpisat pisat. Rasa
mengantuknya masih belum hilang. Semalam dia pulang ke rumah pada pukul tiga
pagi setelah menghabiskan masanya bersama Melisa di pub. Mereka berdua begitu
gembira sekali menari bersama pengunjung pub tersebut. Dia merasakan terlalu
sebentar dia tidur tetapi Mahmudah telah datang ke rumahnya pada awal pagi.
Biasanya pada pagi Ahad ini
dia bangun pada pukul dua belas tengah hari tetapi Mahmudah telah sampai di
rumahnya pada pukul lapan pagi.
“Mana ada banyak. Sikit saja ni. Mana bilik
aku?” Soal Mahmudah.
“Kau boleh tidur kat bilik Mahani. Kau tidur sekali dengan
budak berdua tu.” Jawab Sahiril.
“Bagus juga tu. Tolong angkat beg beg ni naik
atas.” Ujar Mahmudah spontan. Dia mendodoikan Adam yang sedang menangis.Terkejut Sahiril mendengar
kata kata Mahmudah. Mahmudah membuat rumah itu seperti rumahnya sendiri.
“Banyak cantik muka kau. Kau ingat aku ni orang gaji kau ke?” Ujar Sahiril geram.
Belum pernah ada lagi orang yang mengarah dirinya kecuali ibu dan bapanya
sahaja.
“Tolonglah aku. Kau ni dah buta ke? Kau tak nampak aku tengah dukung
Adam ni. Nanti aku tinggalkan Adam kat sini baru kau tahu.” Kata Mahmudah.
“Yalah! Yalah! Banyak betul
mulut makcik ni.” Ujar Sahiril mengalah. Sahiril akui Mahmudah bukan calang
calang perempuan. Mahmudah tidak seperti Mahani yang bersifat lemah lembut dan
selalu bertolak ansur. Sahiril menjangkakan Mahmudah lebih bijak dari Mahani. Tidak
mudah untuknya memperlekeh Mahmudah seperti mana yang selalu dia lakukan pada
Mahani.
Sahiril terus mengangkat
barang barang milik Mahmudah dan Irfan ke bilik Mahani yang terletak di tingkat
dua penthouse itu. “Ini biliknya. Aku
harap kau selesa. Kalau kau tak selesa pun buat buatlah selesa.” Kata Sahiril
sambil meletakkan beg beg tersebut di tepi almari.
“Bilik ni dah cukup bagus.
Aku bukan macam kau. Manja. Maklumlah anak orang kaya. Mesti nak selesa dan
mewah sahaja.” Sindir Mahmudah.
Sahiril agak marah dengan sindiran
Mahmudah itu. Dia tidak pasti adakah dia sanggup untuk tinggal lebih lama lagi
dengan perempuan itu. “Kau dengar sini baik baik. Aku bagi kau duduk rumah ni
bukan percuma tau. Kau kena kerja dalam rumah ni. Kau kena masak, basuh baju,
kemas rumah dan sebagainya.” Ujar Sahiril. Dia sengaja mahu menyakitkan hati
Mahmudah.
“Boleh, apa salahnya. Tapi
aku nak gaji sebanyak tiga ribu ringgit sebulan.” Jawab Mahmudah.
“Apa? Kau dah
menumpang rumah aku dan sekarang kau nak aku bayar gaji kau pula. Kau sama saja
dengan Mahani. Mata duitan!” Balas Sahiril bengang.
“Aku duduk kat sini sebab
aku jaga anak kau. Kalau aku tak jaga anak kau ni, aku tak kebulur nak duduk
kat rumah ni. Kau ingat aku suka duduk rumah kau. Kalau kau tak nak bayar tak apa.
Kau jagalah Adam sendiri.” Bidas Mahmudah bersahaja.
“Okey! Okey! Aku bayar macam
yang kau minta tapi kerja kau elok elok sikit. Masak biar sedap. Jangan nak
makan gaji buta saja.” Sindir Sahiril.
“Itu kau tak perlu risau. Aku tahu apa
kerja aku. Kau cuma sediakan duit saja.” Balas Mahmudah.
“Lagi satu aku nak tanya,
macam mana kau nak jaga Adam dan Irfan sedangkan kau juga bekerja? Kau dah
berhenti kerja ke?” Soal Sahiril ingin tahu.
“Tak. Takkan aku nak berhenti
kerja kot. Pasal tu kau jangan risau. Aku dah cari orang untuk jaga Irfan dan
Adam ketika aku bekerja. Sebab tu aku minta duit pada kau. Aku mana ada duit
nak bayar duit pengasuh Adam dan Irfan sekaligus. Dengan adanya kau bolehlah
meringankan beban aku sikit. Kira kau ni bank negara akulah.” Ujar Mahmudah
bersahaja.
“Suka hatilah apa yang kau
nak buat yang penting budak dua orang ni tak menyusahkan aku. Lagi satu, dalam
rumah aku ni ada banyak barang yang mahal mahal. Kau jaga sikit anak Mahani tu.
Jangan sampai di pecahkan barang barang dalam rumah aku ni. Kalau ada barang
yang pecah aku potong gaji kau.” Ujar Sahiril memberi amaran.
“Baiklah Encik
Sahiril. Saya faham.” Perli Mahmudah. Sahiril terus berlalu dari situ.
(VIII)
“Kenapa dia koma saja? Kenapa
tak mati terus?” Soal Datuk Hasanah ketika minum petang di rumahnya bersama
Sahiril dan Melisa. Mereka berdua tersenyum mendengar kata kata Datuk Hasanah.
“Kalau perempuan tu mati dah tentu penjanjian itu terbatal dan kamu berdua pun
boleh segera bernikah.” Sambung Datuk Hasanah lagi.
“Apa kata kita bunuh saja perempuan
tu.” Ujar Melisa memberi cadangan yang dirasakan logik.
“You jangan nak jadi gila. I
tak nak jadi pembunuh.” Ujar Sahiril.
“Melisa kena sabar. Tak lama sebenarnya
dua tahun tu. Bila dah sampai masanya Lisa pasti akan kahwin juga dengan Sahiril.”
Ujar Datuk Hasanah untuk menyedapkan hati Melisa.
“Tapi auntie, saya dah tak sabar nak jadi isteri Sahiril.” Rengek Melisa.
“You kena sabar. I takkan lari pergi mana pun. You
tetap milik I selamanya.” Kata
Sahiril sambil memegang tangan Melisa.
“Sekarang siapa yang jaga
anak Mahani tu?” Soal Datuk Hasanah pada Sahiril.
“Mahmudah.” Jawab Sahiril
pendek.
“Baguslah. Tidaklah budak tu menyusahkan kamu.” Kata Datuk Hasanah.
“Tak
menyusahkan mama kata? Perempuan tu sepuluh kali lebih teruk dari Mahani. Sifat
mata duitan dia lebih banyak dari Mahani.” Ujar Sahiril.
“Kenapa kamu cakap
macam tu?” soal Datuk Hasanah kebingungan.
“Walaupun Mahmudah yang jaga
budak tu tapi semua pembelanjaan saya yang tanggung. Kalau saya tak nak
tanggung dia tak nak jaga budak tu. Dia juga minta bayaran sebanyak tiga ribu
ringgit sebulan sebagai upah jaga budak tu.” Jawab Sahiril.
“Apa? Perempuan tu
ugut kamu? Dia tu memang nak kena dengan aku.” Kata Datuk Hasanah kegeraman.
“Mahani dengan kakak dia sama saja. Sama sama menyusahkan dan sama sama mata
duitan.” Ujar Melisa.
“Kamu bertenang saja Sahiril.
Tahulah macam mana mama nak ajar perempuan tu.” Kata Datuk Hasanah.
“Betul tu auntie. Auntie kena ajar sikit Mahmudah tu supaya dia tak memperlekehkan
kita.” Ujar Melisa.
(IX)
Seawal pukul lima setengah
pagi Mahmudah sudah bangun dan membersihkan diri. Dia juga mengambil wuduk
untuk menunaikan Solat Subuh. Seusai menunaikan solat Subuh, dia juga tidak
lupa menunaikan solat sunat Hajat dua rakaat. Kemudian dia menadah tangan untuk
memohon doa kepada Allah yang Maha Berkuasa.
“Ya Allah, sesungguhnya aku
ini hambamu yang hina. Aku telah banyak melakukan khilaf dan dosa. Ampunkanlah
aku Ya Allah. Jauhkan aku dari siksa kubur dan bahang api neraka. Ya Allah,
dengan rasa rendah diri aku memohon pertolonganmu. Kau sembuhkanlah Mahani. Kau
kasihanilah anak kecil yang amat memerlukan kasih sayang seorang ibu. Kau
bukalah hati Sahiril supaya dapat menerima Adam dan Mahani. Kau teguhkanlah
rumahtangga mereka. Jauhkanlah mereka dari malapetaka dan bala bencana. Amin.”
Seusai berdoa Mahmudah terus
melipat sejadahnya. Pada hari ini cuti persekolahan telah bermula jadi dia
tidak perlu mengejutkan Irfan seperti biasa. Dia melihat Adam yang tidur di
katil bayi. Bayi tersebut sungguh comel. Wajah bayi itu adalah gabungan wajah
Sahiril dan Mahani. Sungguh comel wajah bayi yang malang itu.
Bayi yang baru dilahirkan itu
terpaksa berpisah dengan ibunya. Entah berapa lama Mahmudah sendiri tidak tahu.
Dia hanya mampu berdoa dan berharap agar Mahani segera sedar untuk menjaga
bayinya semula. Kemudian Mahmudan turun ke dapur untuk menyediakan sarapan.
Walaupun agak kekok untuk menyediakan sarapan di rumah orang lain namun
pengalamannya dalam bidang masakan membuatkannya cepat menyesuaikan diri.
Dia menyediakan nasi lemak
pada pagi itu. Dia tahu Irfan suka makan nasi lemak. Sesudah menghidangkan
makanan tersebut di atas meja dia terus mengejutkan Irfan dan memandikan Adam.
Pada hari ini Irfan dan Adam akan dihantar ke rumah pengasuh mereka. Mahmudah terpaksa
menghantar mereka berdua ke rumah pengasuh memandangkan dia perlu bekerja.
Sesudah menyiapkan Irfan dan
Adam serta memperkemaskan dirinya, mereka turun untuk bersarapan. Irfan memakan
nasi lemak dengan sambal sotong itu dengan penuh berselera. Tiba tiba Sahiril
muncul di ruang makan itu dengan lengkap berkemeja menandakan dia mahu ke
pejabat pagi itu.
“Apa yang kau masak pagi ni?” Soal Sahiril sambil memandang
ke arah Irfan yang makan dengan penuh berselera sekali.
“Aku rasa kau kena pakai
cermin mata. Kau tak nampak ke yang aku masak nasi lemak pagi ni.” Jawab
Mahudah.
“Nasi lemak saja? Kalau
setakat nasi lemak kat kedai pun aku boleh makan.” Ujar Sahiril angkuh.
“Habis
tu kau nak suruh aku masak apa? pizza? Spagheti?” Sindir Mahmudah dalam bentuk
soalan.
“Kenapa kau ni suka sangat melawan cakap aku? Kalau aku suruh buat tu
kau buat saja. Jangan banyak tanya.” Jerkah Sahiril.
“Sahiril, boleh tak kalau kau
bercakap kau guna otak dan jangan guna kepala lutut kau tu. Aku ni orang Melayu
mestilah aku masak makanan Melayu. Aku mana tahu masak makanan Barat pagi pagi
macam ni. Kalau kau nak makan kau makan kalau tak kau makan saja kat kedai. Kau
pilih saja nak makan apa.” Bidas Mahmudah.
“Jom Irfan, maklong hantar kamu ke rumah
pengasuh,” sambung Mahmudah.
Irfan yang telah menghabiskan
makanannya meletakkan pinggan tersebut ke dalam sinki untuk dibasuh kemudian
dia mengikut Mahmudah keluar dari rumah tersebut untuk ke rumah pengasuh.
Sahiril memandang mereka bertiga dalam pandangan marah. Sudah terbukti benar
telahannya selama ini. Mahmudah tidak seperti Mahani. Wanita ini sukar untuk
diperkotak katikkan sesuka hatinya.
Sahiril hanya mampu menyumpah
Mahmudah di dalam hati. Dia memandang nasi lemak yang terhidang di atas meja
itu. “Sedap pula aku tengok nasi lemak ni.” Desis hati Sahiril. Dia terus
mengambil pinggan dan mula memakan nasi lemak dari air tangan Mahmudah itu.
Masakan Mahmudah sama seperti Mahani. Sedap dan menyelerakan!
(X)
“Aku harap kau tolong jaga budak berdua tu dengan baik. Irfan tu budak
baik tapi kadang kadang dia agak nakal sedikit. Adam pula kau beri susu yang
aku dah beli tu.” Pesan Mahmudah kepada Maimun yang menjadi pengasuh kepada
Irfan dan Adam. Mahmudah dan Maimun sudah lama bersahabat. Sebenarnya Maimun
pernah bekerja di syarikat yang Mahmudah bekerja sekarang tetapi dia berhenti
atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan.
Sekarang Maimun hanya bekerja
sebagai pengasuh kanak kanak dan bayi yang baru lahir untuk menampung kehidupan
keluarganya.
“Kenapa Adam tak diberi susu ibunya. Selalunya bayi yang baru
lahir diberi susu ibu. Susu ibu bagus untuk bayi yang baru lahir.
“Ibu Adam
tengah koma sekarang ni.” jawab Mahmudah sedih.
“Oh begitu. Kasihan Adam... Kecil kecil lagi sudah
berpisah dengan ibunya.” Kata Maimun yang turut berasa kasihan dengan nasib
anak kecil itu.
“Aku sendiri pun kasihan
dengan nasib yang menimpa Adam tapi ini semua adalah takdir Allah. Aku yakin
pasti ada hikmah disebalik semua perkara yang berlaku ni.” Ujar Mahmudah.
“Betul cakap kau tu. Sama samalah kita berdoa supaya semua ini berubah dengan
cepat.” Kata Maimun pula.
“Kalau macam tu akau pergi dululah. Takut lambat
nanti sampai ke pejabat. Tolong jaga mereka ya. Pasal bayaran kau jangan
risau.” Ujar Mahmudah.
“Baiklah.” Balas Maimun.
“Irfan tinggal dengan Makcik Maimun baik baik ya. Petang nanti maklong datang
ambil Irfan. Jangan nakal nakal dan dengan cakap Makcik Maimun.” Pesan
Mahmudah. Irfan hanya mengangguk tanda memahami kata kata Mahmudah.
“Aku pergi
dulu Mon.” pinta Mahmudah.
“Baiklah. Bawa kereta hati
hati.” Balas Maimun sambil menghantar pemergian Mahmudah ke pejabat dengan anak
matanya sahaja. Kemudian dia terus masuk ke rumah bersama Irfan dan Adam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.