Penulis yakin ramai orang di luar sana suka minum teh hijau atau lebih popular (dalam bahasa Inggeris) dipanggil sebagai green tea. Di mana mana sahaja sekarang ini pasti akan ada orang yang menjual teh hijau dengan gaya hipster yakni teh hijau itu telah dicampur dengan susu. Maka, rasa asli teh hijau yang ramai tidak gemari itu telah pun hilang dengan serta merta. Rasa teh hijau gaya hipster yang ada pada masa sekarang lebih sedap berbanding dengan rasa teh hijau yang asli pada masa dahulu.
Akibat daripada perubahan zaman, teh hijau yang biasanya diminum itu kini sudah boleh pula dimakan. Teh hijau yang kebanyakkan daripada anda gemari itu sudah tidak lagi diminum sahaja malah boleh dimakan pula. Teh hijau yang biasanya dijumpai hanya dalam bentuk air untuk menjadi penghilang dahaga itu kini telah berubah menjadi pencuci mulut dalam bentuk kuih, puding, kek, ais krim dan sebagainya.
Membaca apa yang penulis tulis ini pasti membuatkan anda teruja. Pasti anda mahu melihat dan merasa teh hijau yang telah ditransformasikan bentuknya itu. Penulis sendiri begitu teruja untuk menikmati teh hijau dalam bentuk yang lain itu.
Jika anda mahu melihat teh hijau yang telah pun menjadi pencuci mulut dalam bentuk puding, kuih, kek, ais krim dan sebagainya itu, sila terjah ke laman web ini ---> Senarai Pencuci Mulut Yang Dibuat Dari Green Tea Yang Sungguh Lazat <--- Penulis yakin anda pasti terkejut melihat teh hijau yang telah berubah bentuk itu. Penulis juga yakin yang anda pasti mahu mencuba pencuci mulut yang berasaskan teh hijau tersebut. Selamat mencuba...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.