Sumber : Google |
Adik,
Hidup
ini memang pedih,
Kehidupan
ini memang sedih,
Tetapi
kita perlu melaluinya dengan tabah,
Hinggalah
riwayat kita masuk ke tanah.
Adik,
Hidup
ini memang tidak adil,
Kehidupan
ini memang sentiasa dibedil,
Oleh
manusia manusia yang tidak punya hati,
Yang
telah memegang kuasa monopoli.
Adik,
Sikapmu
memang mengundang benci ramai orang,
Kerana
dibentuk oleh manusia manusia songsang,
Tetapi
mereka tidak pernah mahu mengaku kesilapan diri,
Kerana
ego besar sudah menguasai sanubari.
Adik,
Bertabahlah
selagi kau mampu,
Bagi
menuju hidup yang lebih bermutu,
Usah
kau dendami mereka,
Kerana
ia dilarang oleh agama.
Adik,
Bukan
agama yang salah,
Tetapi
mereka yang jijik bagai penjenayah,
Menggunakan
agama dengan sewenang-wenangnya,
Supaya
mereka terus kekal berkuasa.
Adik,
Bila
kau sudah mampu berdikari,
Segeralah
mencari kehidupan sendiri,
Jangan
ditagih pada tangan yang keji,
Yang
bertopengkan wajah yang suci,
Kelak
kau dicaci sampailah kau mati.
Adik,
Dapat
ku rasa kesusahanmu,
Dapat
ku hidu kesedihanmu,
Sabarlah
wahai adik,
Kelak
kau bebas dari diherdik.
Adik,
Aku
tahu kau tidak pandai,
Janganlah
sedih hingga jatuh ke lantai,
Ku
doakan mu menjadi manusia yang tidak menyusahkan,
Agama,
bangsa, dan sekalian watan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.