Sumber : Google |
Dr. Mahathir bercadang untuk membuka
parti baru yang akan bergabung dengan Pakatan Harapan untuk menumbangkan
Barisan Nasional pada PRU 14 nanti. Pelbagai reaksi yang timbul daripada orang
awam dengan penubuhan parti itu. Adakah ia relevan ataupun tidak.
Parti Amanah Negara (PAN) juga baru sahaja
ditubuhkan. Tiba tiba Dr. Mahathir mahu tubuh parti baru pula. Persoalannya,
mengapa Dr. Mahathir dan sekutunya tidak menyertai PAN sahaja? Jika tidak boleh
sertai PAN pun, sertailah PKR ataupun DAP. Apa perlunya parti baru itu?
Dalam sesebuah negara yang demokrasi,
penubuhan sesebuah parti baru itu tidaklah dihalang. Tetapi orang tertanya
tanya, apakah agenda dan objektif penubuhan parti itu. Jika agenda dan objektif
penubuhan parti baru itu hanya sekadar mahu menumbangkan BN, adalah lebih baik
Dr. Mahathir sertai mana mana parti politik yang ada. Adalah sesuatu yang tidak
perlu untuk membazir wang dan tenaga untuk menubuhkan parti baru tersebut.
Jika Dr. Mahathir rasa janggal untuk
masuk PAN, PKR, ataupun DAP, Dr. Mahathir boleh sahaja masuk parti KITA
pimpinan Datuk Zaid Ibrahim. Parti itu bagus juga kerana pimpinannya dilihat
rapat dengan Dr. Mahathir sejak Deklarasi Rakyat dilancarkan. Tetapi Dr.
Mahathir tidak buat begitu. Dia mahu tubuh juga parti baru yang samar samar
objektif dan agendanya.
Dr. Mahathir yang terkenal sebagai
politikus yang hebat dilihat semakin huru hara dengan penubuhan parti itu.
Jelas taring dan wibawa Dr. Mahathir semasa memimpin UMNO dahulu hilang apabila
dia bekerjasama dengan pakatan pembangkang. Kehadiran Dr. Mahathir ke dalam
puak pembangkang itu bukan menyenangkan rakyat tetapi tambah mengkucar kacirkan
rakyat.
Rakyat berharap ada suatu dimensi
baru yang cuba dibawa oleh Dr. Mahathir untuk menyelamatkan negara ini. Namun,
semuanya tempang dan musnah sejak Dr. Mahathir bergabung dengan DAP untuk
menumbangkan Najib. Rakyat melihat Dr. Mahathir sudah tidak relevan lagi dan
perjuangannya sudah dilihat semakin goyah dan rapuh.
Rakyat tidak kata Dr. Mahathir tidak
boleh berjuang untuk selamatkan negara ini. Rakyat cuma kata jangan bergabung
dengan DAP. Tetapi oleh kerana percaturan Dr. Mahathir itu sudah salah, maka
semakin terserlahlah kesalahan itu hari demi hari.
Tidak sesuai Dr. Mahathir tubuh parti
baru. Yang sesuai adalah Dr. Mahathir sertai mana mana parti politik yang sedia
ada atau masuk sahaja mana mana NGO. Penubuhan parti baru itu bukanlah untuk
selamatkan rakyat, tetapi tambah memeningkan rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.