Isnin, 11 Julai 2016

NOVEL : MELUNAS DENDAM BAB 18



 

          Farah berjalan perlahan lahan sambil menjinjing beberapa buah beg plastik yang terisi dengan barang barang dapur yang baru sahaja dibelinya dari kedai runcit berdekatan dengan rumah pangsanya. Dia mula menyeka bunga bunga peluh yang tumbuh secara meliar di dahinya menggunakan hujung lengan bajunya. Sesekali matanya memandang kereta atau motosikal yang lalu di sebelah kirinya.

          Tiba tiba dia terdengar suara orang yang memanggil namanya dari arah belakang. Segera dia menoleh untuk melihat siapakah gerangan yang memanggil namanya itu. Dia melihat Zainab, jirannya yang tinggal di tingkat satu rumah pangsa itu sedang melambai lambai ke arahnya. Segera dia mematikan langkah untuk menunggu Zainab yang juga sedang menjinjing beberapa buah beg plastik yang terisi dengan barang barang dapur. Zainab yang melihat Farah sedang menunggu dirinya segera melajukan langkah untuk mendapatkan Farah.

          “Laju betul kau jalan. Penat aku mengejarnya.” Ujar Zainab dalam keadaan tercungap cungap setelah berada berhampiran dengan Farah.


          “Hahaha. Siapa suruh kau kejar aku. Tadi masa jumpa kat kedai kenapa tak cakap nak jalan sekali. Kalau tak boleh aku tunggu kau kat kedai tadi.” Balas Farah.

          “Aku bukan tak nak suruh kau tunggu tapi belum sempat aku nak cakap apa apa, kau dah hilang dah. Cepat cepat aku ambil barang pastu bayar semata mata nak kejar kau, kau tahu.”

          “Kenapa kau nak kejar aku? Mesti ada benda penting ni kan? Kalau tak, takkan kat tepi jalan ni juga tak sempat sempat nak jumpa aku. Ada apa hal? Ceritalah.”

          “Pandai pun kau. Memang aku ada benda nak cakap kat kau ni. Hehehe. Tahu tahu je kau apa yang ada dalam fikiran aku.”

          “Nama pun Farah, mestilah aku tahu. Hahaha. Apa benda penting sangat yang kau nak beritahu kat aku ni?”  

          “Aku bukan apa Farah, tapi aku nak tahu apa yang mak mertua kau cerita kat makcik Tipah sampai heboh satu bangunan pasal cerita kau?”

          “Cerita kat makcik Tipah? Cerita apa? Eh, aku tak faham la. Apa yang kau cakap ni?” Farah bertanya sambil berjalan beriringan bersama Zainab menuju ke rumah mereka.

          “Macam ni, hari tu mak mertua kau ada cerita kat makcik Tipah yang kau ni pemalas, tak nak masak, tak nak kemas rumah, rumah berkerak kerak, baju berlambak tak berlipat, pastu kau suruh mak mertua kau yang buat. Makcik Tipah ada cakap dengan aku hari tu pasal benda ni. Bukan dengan aku je tau. Satu blok kita tu dah tahu pasal cerita ni. Kau tahu je la makcik Tipah tu. Bab bab nak bergosip, bawa mulut, dan menambah nambah cerita dia memang power. Betul ke kau buat macam tu Farah?”

          “Ya Allah...mak mertua aku cerita macam tu kat makcik Tipah? Pastu makcik Tipah cerita kat satu blok?” Farah menyoal dengan nada penuh terkejut. 

          “Haah.” Farah mengiakan dengan muka yang penuh bersungguh sungguh.

          “Nab, memang betul aku tak kemas rumah, tak lipat baju semua tapi aku tak buat semua tu bukan sebab aku malas tapi sebab aku penat kerja. Tapi hujung minggu aku buat semua tu. Aku takdelah biar macam tu je. Mak mertua aku cakap aku tak masak? Kepala bana dia! Aku masak makan malam tiap tiap malam tu apa benda pula? Orang tua tu memang tau. Suka sangat nak buka aib anak menantu kat orang.” Farah berkata penuh kegeraman.

          “Sabarlah Farah. Aku cakap kau pasal benda ni bukan aku nak kau gaduh dengan mak mertua kau tapi aku nak tanya kau pasal perkara sebenar. Aku tak suka dengar cerita cerita buruk pasal kau dari jiran jiran memandangkan kau tu kawan baik aku. Aku tak sangka betul mak mertua kau sanggup cakap macam tu kat makcik Latifah.”

          “Aku pun tak sangka. Tapi aku memang tahu perangai dia memang macam tu. Suami aku dengan adik beradik dia tak suka mak mertua aku tu sebab perangai dia tu la. Dia cakap aku suruh dia buat semua kerja tu, bila masa? Dia yang nak buat aku bagi la. Aku cakap tak payah dia nak buat juga. Lepas tu mengadu kat makcik Tipah tu nak buat apa? Bodoh betul orang tu ni.”

          “Sabarlah Farah. Dia orang tua. Kita kena banyak beralah dengan dia.”

          “Takdelah. Kalau macam tu perangai dia, melampau tu. Nanti dia, balik rumah nanti, tahulah macam mana aku nak ajar dia. Dah la menumpang, pastu buat cerita pula yang bukan bukan. Tak guna sungguh!” Ujar Farah lalu melajukan langkahnya untuk segera sampai ke rumah. Hatinya benar benar sakit pada waktu itu. Zainab yang melihat Farah yang berjalan bagai mahu ribut itu segera melajukan langkahnya untuk untuk mengejar Farah.

.....................................................................................................................

          Farah membuka seliparnya setelah sampai di muka pintu rumah. Ketika kaki kanannya melangkah masuk, dia melihat Hamad dan Razali sedang duduk bersantai di ruang tamu. Dia melihat jam di dinding rumah. Jam sudah menunjukkan pada pukul 1.30 tengah hari. Kebisaannya, apabila dia cuti pada hari Ahad, suaminya pasti akan pulang ke rumah untuk makan tengah hari. Kemudian pada pukul dua petang, Hamad akan pergi semula mencari pelanggan yang memerlukan perkhidmatan teksinya.

          “Balik pun. Awak pergi mana tadi?” Soal Hamad sambil melihat Farah masuk ke dalam rumah. Farah terus menuju ke dapur untuk meletakkan barang barang dapur yang baru dibelinya sebentar tadi.

          “Beli barang dapur. Barang dapur dah banyak habis.” Farah menjawab sambil mencari kelibat ibu mertuanya. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Hamad. Razali yang ada berhampiran dengan mereka sekadar diam sahaja. Matanya tidak lepas lepas memandang peti televisyen yang sedang menayangkan berita daripada TV3.

          “Tengah hari macam ni awak beli barang dapur? Pelik! Biasa orang beli barang dapur pagi pagi.” Ujar Hamad.

          “Apa salah ke saya beli barang dapur tengah tengah hari macam ni?” Soal Farah kegeraman. Panas hatinya terhadap Fauziah belum habis lagi kemudian Hamad pula bertanya soalan yang bukan bukan. Hatinya bertambah panas memandang wajah Hamad.

          “Takdelah salah cuma tak dibuat di orang. Kenapa awak macam marah je ni? Ada yang tak kena ke?”

          “Memang ada yang tak kena. Mana ibu awak? Saya nak cakap dengan dia sikit.”

          “Ibu ada dalam bilik air. Kencing agaknya. Kenapa ni? Kenapa macam marah je ni?” Soal Hamad yang mula tidak senang duduk. Razali yang matanya sekadar memandang peti televisyen sedari tadi mula menumpukan perhatian kepada Farah.

          “Awak tahu tak ibu awak tu dah melampau?! Ada ke patut dia cerita yang saya ni pemalas la, tak reti kemas rumah la, tak masak la, kain baju tak berlipat la kat makcik Tipah jiran kita tu. Pastu orang tua mulut murai tu cerita kat semua orang dalam blok ni. Semua orang dah tahu pasal cerita buruk saya awak tahu tak?”

          “Hah?” Hamad terkejut mendengar kata kata Norin. Razali juga turut terkejut namun dia cuba berlagak tenang.

          “Kenapa ibu buat macam tu? Mana awak tahu ni?” Soal Hamad.

          “Tadi masa nak balik rumah dari kedai runcit depan tu si Zainab bagi tahu. Si Zainab cerita yang makcik Tipah cakap kat dia macam tu. Bukan kat dia je makcik Tipah cerita, satu blok ni pun orang tua tu dah bawa mulut pasal cerita saya. Saya betul betul tak faham dengan ibu awak tu la.”

          “Apa yang kecoh kecoh ni?” Soal Fauziah yang baru muncul dari bilik air sambil mengangkat sedikit kainnya yang basah. Dia kemudian duduk di sebelah Razali.

          “Ibu, apa yang ibu cerita kat makcik Tipah jiran kami tu pasal Farah?” Hamad bertanya kepada Fauziah dengan wajah yang marah. Fauziah yang baru tiba di ruang tamu itu terpinga pinga dengan soalan Hamad. Razali yang berada di sebelahnya sekadar diam sahaja. Dia hanya memasang telinga untuk mengetahui apa yang berlaku.

          “Cerita? Cerita apa? Ibu tak cerita apa apa pun.” Fauziah menafikan.

          “Tak payah la ibu nak berlakon. Ibu cerita kat makcik Tipah yang saya ni tak masak, tak kemas rumah, tak basuh pinggan, tak lipat baju kan? Pastu ibu cerita yang saya suruh ibu buat semua kerja tu kan? Kenapa ibu cerita macam tu? Bila masa pula saya suruh ibu buat semua kerja dalam rumah ni? Ibu yang nak buat saya bagi la.” Ujar Farah yang masih sebal dengan sikap Fauziah. 

          “Oh...yang tu ibu terlepas cakap. Ibu tak sengaja. Maafkan ibu ye nak. Tapi macam mana kau tahu ibu cerita semua tu?”  

          “Zainab kawan saya yang tinggal kat bawah tu bagi tahu. Ibu tahu tak, pasal mulut ibu, satu blok ni dah tahu pasal cerita buruk saya. Sampai hati ibu buat saya macam ni.” Farah sudah mula mahu menangis.

          “Ibu minta maaflah. Ibu tak sengaja. Ibu terlepas cakap.” Pinta Fauziah. Separa merayu

          “Ibu ni memang tak guna tau. Orang dah bagi tumpang duduk rumah ni, ibu buat kami macam ni. Ibu tahu tak, sebab sikap ibu ini la menyebabkan kami adik beradik benci kat ibu. Ibu tak sedar sedar lagi. Bila ibu nak berubah ni?!” Hamad meluahkan rasa amarahnya.

          Fauziah yang berada di sebelah Razali diam sahaja. Dia benar benar rasa bersalah pada waktu itu tetapi sebenarya dia bercerita kepada Latifah tempoh hari berkenaan dengan soal itu hanya untuk seronok seronok sahaja, bukan bertujuan untuk membuka aib menantunya. Tidak sangka pula Latifah sanggup menceritakan tentang hal itu kepada seluruh penghuni blok.

          “Ibu tahu tak selama ni saya hormat ibu sebagai ibu mertua saya. Saya memang tak sangka yang ibu boleh cerita benda benda buruk pasal saya. Apa sebenarnya yang ibu tak puas hati dengan saya? Saya ada sakitkan hati ibu ke?” Farah bertanya.

          “Ibu bukan apa. Ibu tak boleh tengok rumah sepah sepah. Ibu tak suka tengok pinggan tak berbasuh kat sinki. Ibu tak suka tengok banyak yang tak berlipat berlambak lambak dalam bakul. Ibu ada suruh kau buat semua tu kau cakap nanti dulu. Jadi ibu buat la. Sebagai isteri, mana kau boleh buat rumahtangga macam tu. Kesian Hamad dengan Iman.” Fauziah cuba mempertahankan dirinya dengan suara yang lembut.

          “Ibu, saya ni penat. Saya kerja dari pukul sepuluh pagi sampailah pukul tujuh malam. Memang la saya tak buat semua tu tapi kalau saya cuti macam hari ni saya buat kan semua kerja tu? Tak pernah pun saya biar semua benda tu terbiar macam tu je.” Balas Farah.

          “Ibu ni memang menyusahkan tau. Dekat rumah kak long, ibu buat perangai macam ni. Kat rumah kak ngah, ibu buat perangai macam ni. Kat rumah kami ibu buat perangai macam ni. Ibu nak apa sebenarnya. Apa yang kurang sebenarnya dalam hidup ibu?” Tanya Hamad.

          Fauziah hanya diam sahaja. Dia memandang Razali disebelahnya yang hanya diam sahaja sejak tadi. Dia mengharapkan agar lelaki itu membela dirinya namun Razali hanya diam sahaja. Matanya terus memandang peti televisyen.

          “Kalau macam ni la perangai ibu, sampai ibu mati pun takde anak anak ibu yang suka dengan ibu, ibu tahu tak? Ibu memang suka kan tengok anak anak ibu susah? Dari dulu sampai sekarang ibu tak pernah nak menyenangkan kami. Apa bala Tuhan bagi kat kami, kami tak tahu la dapat ibu macam ni.” Kata Hamad dengan nada geram.

          “Kau cakap baik baik sikit. Ni mak kau tau. Kau lahir dari perut dia. Kau nak marah, itu kau punya pasal tapi cakap baik baik sikit. Nanti ada yang makan penampar aku nanti.” Ujar Razali yang mula bersuara setelah mendiamkan diri sejak tadi. Suaranya bernada keras namun tenang. Hamad sekadar mencebik mendengar amaran Razali itu.

          “Ingat saya heran saya dengan ayah punya penampar tu?” Ejek Hamad sambil tersenyum sinis. Dia kemudian bangun untuk bersiap siap bagi mencari rezeki.  

          “Apa kau cakap?!” Razali sudah mula berdiri untuk menampar wajah Hamad namun segera ditahan oleh Fauziah.

          “Dengar sini ye Haji Razali dan Hajah Fauziah. Kalau nak buat perangai yang bukan bukan, kalau tak suka dengar apa yang saya cakap, korang dua boleh angkat kaki, lepas tu berambus dari rumah ni. Tak payah nak menyusahkan aku bela korang dua yang perangai entah apa apa n. Ada mak bapak menyusahkan pun buat apa.” Kata Hamad dengan nada geram.  Setelah itu, segera dia mencapai kunci kereta yang terletak di tepi televisyen lalu keluar dari rumah. Farah yang duduk di sofa sejak tadi bingkas bangun menuju ke dalam bilik Iman untuk melihat kanak kanak itu bermain permainan video. Fauziah dan Razali pula sekadar temanganggu manggu di ruang tamu rumah Hamad itu.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.