Ahad, 10 Julai 2016

HAK SEBAGAI PENGGUNA YANG RAMAI RAKYAT MALAYSIA TIDAK TAHU

Sumber : Google

Isu isu pengguna atau kepenggunaan bukanlah satu isu lapuk. Isu isu ini sentiasa timbul kerana selaku manusia, kita sebagai pengguna sentiasa membeli untuk memenuhi keperluan dan kehendak hidup kita seperti makan, pakaian, tempat tinggal, dan sebagainya. Dalam proses membeli segala barang keperluan itu, pasti akan ada perkara yang kita tidak puas hati sama ada kerana kecuaian kita sendiri atau kerana kecuaian peniaga. 

Sebagai contoh, seperti yang telah terjadi kepada saya semalam, ketika saya membeli nasi tomato di sebuah kedai untuk makan malam. Ketika saya hendak makan nasi tersebut, saya dapati nasi itu telah basi. Jadi, selera saya tiba tiba putus untuk makan dan nasi yang berharga RM4.50 itu saya buang ke dalam tong sampah setelah saya hanya makan sesuap sahaja. Betapa ruginya saya pada waktu itu. Mujur sahaja saya masih boleh makan ayam yang sedap itu. Jika ayam yang sedap itu pun saya tidak boleh makan, lagilah saya rugi. 

Itulah isu yang terjadi kepada saya sebagai pengguna oleh kerana kecuaian peniaga. Ironinya, sebagai pengguna, saya tidak mengambil apa apa tindakan pun untuk mendapatkan semula ganti rugi terhadap perniaga yang menjual basi itu. Kerana apa? Satu, kerana saya malas dan kedua, kerana saya tidak tahu hak saya sebagai pengguna. Jadi, saya telah banyak rugi atas sebab itu. 


Dan saya yakin, bukan sahaja saya yang pernah berhadapan dengan situasi seperti itu. Anda yang membaca artikel ini pun sudah tentu pernah bukan? 

Oleh yang demikian, dalam artikel ini, saya mahu kongsikan kepada anda sebuah artikel yang sangat bagus yang membicarakan hak kita sebagai pengguna. Anda perlu baca artikel ini supaya anda boleh tahu hak anda sebagai pengguna dan anda boleh mengambil tindakan yang sewajarnya jika hak anda itu dicabuli. Anda boleh baca artikel itu di sini ---> Hak Sebagai Pengguna Yang Ramai Rakyat Malaysia Tidak Tahu  <--- Anda wajar membaca artikel yang saya sertakan itu supaya anda tidak mudah lagi ditipu oleh peniaga yang mahu mengaut untung lebih dengan jalan yang tidak sepatutnya. Semoga dengan membaca artikel tersebut, anda boleh mendapat maklumat tambahan berkenaan hak anda sebagai pengguna dan anda boleh menggunakannya untuk melindungi diri anda dari ditipu pada masa akan datang. Selamat membaca...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.