Baru baru ini, Pergerakan Pemuda UMNO
Wilayah Persekutuan berhimpun dan cuba merempuh ibu pejabat parti DAP untuk menghantar
memorandum kepada parti tersebut di atas kebiadapan Nga Kor Ming – Pengerusi
DAP Perak yang telah menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri di laman
Facebooknya.
Boleh dikata apa yang Pergerakan
Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan buat itu betul sementelahan mereka cuba
mempertahankan bangsa dan agama mereka daripada terus diperlecehkan oleh DAP.
Kita sedar sekian banyak ultrakiasu seperti Nga Kor Ming itu yang suka
memperlecehkan Melayu dan Islam. Penghantaran memorandum itu bukan sahaja
sebagai tanda amaran kepada Nga Kor Ming sahaja tetapi turut kepada semua
bangsa yang ada di Malaysia supaya tidak bermain dengan isu kaum dan agama atas
tujuan politik pada masa akan datang.
Meskipun apa yang dibuat oleh Pemuda
UMNO Wilayah Persekutuan itu baik namun tidak semua orang terutama anak muda
menyokong apa yang Pemuda UMNO itu buat. Sebaliknya, mereka mengecam UMNO kerana membuat
perkara itu. Contoh jelas boleh dilihat dalam Twitter Syed Saddiq – mahasiswa
yang lantang dan kritis terhadap kepimpinan Najib dan UMNO sejak akhir akhir
ini.
Syed Saddiq mendakwa apa yang dibuat
oleh Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan itu adalah dua kali lima sahaja dengan apa
yang dibuat oleh Nga Kor Ming. Syed Saddiq yang dikatakan lantang itu bertindak
mengecam Pemuda UMNO tetapi beliau tidak pula mengecam Nga Kor Ming. Maka, Syed
Saddiq pun sudah terjun ke dalam kolam ketidakadilan itu. Dia hanya mengecam
satu pihak tetapi tidak mengecam pihak yang tetap lakukan perkara yang sama dan
menjadi dalang kepada terjadinya isu itu. Pendek kata, Syed Saddiq pun dua kali
lima sahaja dengan Pemuda UMNO dan Nga Kor Ming. Masing masing bertindak
atas kepentingan masing masing.
Sepatutnya semua orang yang berbangsa
Melayu perlu menyokong apa yang Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan buat tidak
kira tua atau muda. Mempertahankan agama, bangsa, dan negara dari diperleceh
oleh sesiapa sahaja adalah satu tindakan yang mulia. Tetapi, oleh kerana sekian
banyak masalah dan isu yang menimpa UMNO, maka apa yang UMNO buat itu tidak
mendapat sokongan lagi. Apa yang UMNO buat itu bukan sahaja tidak disokong,
malah dikecam pula oleh anak bangsanya sendiri.
Jika UMNO tidak bermasalah dan telus
dalam menjalankan pentadbiran negara, sudah pasti apa yang UMNO lakukan itu
mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua orang. Tetapi, oleh kerana
UMNO bermasalah, perkara yang diharap harapkan itu tidak lagi berlaku.
Sebab itu penting untuk UMNO berlaku
telus dalam pentadbirannya di samping membersihkan diri mereka daripada segala
masalah, isu, dan skandal. Jika perkara itu tidak berlaku, agenda UMNO untuk
memperkasa agama, bangsa, dan negara hanya akan dipandang sinis sahaja oleh
sekalian rakyat jelata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.