Sumber : Google |
Sejak belakangan ini, nama Syed Saddiq mula meniti di bibir rakyat
Malaysia. Dia terkenal bukan sahaja kerana dia tampan, tetapi juga kerana dia
seorang pendebat terbaik Asia dan seorang yang lantang bersuara mengenai politik
Malaysia.
Baru baru ini, dia bersama-sama dengan Dr. Mahathir Mohamad serta
beberapa orang pemimpin parti pembangkang dan pemimpin NGO lain telah
menandatangi Deklarasi Rakyat untuk mendesak Datuk Seri Najib bin Tun Razak
berundur dari singgahsana kuasanya sebagai Perdana Menteri. Sebelum ini pun,
dia memang dilihat kritis dengan pentadbiran Datuk Seri Najib kerana pelbagai
skandal yang menimpa Perdana Menteri itu. Jadi, tindakannya bersama sama
dengan Dr. Mahathir itu bukanlah satu perkara yang pelik.
Istimewanya Syed Saddiq ini adalah dia tidak selektif dalam
menyampaikan pandangan dan kritikkannya mengenai pemimpin dan parti parti
politik tertentu seperti mana pemimpin mahasiswa lain (Adam Adli dan Fahmi
Zainol sebagai contoh). Dia dilihat bebas dalam menyampaikan pandangan tanpa
mewakili mana mana parti politik sebaliknya lebih tertumpu untuk membela rakyat
dan negara.
Pendekatan yang Syed Saddiq gunakan itu samalah juga dengan
pendekatan yang Dr. Ridhuan Tee, Yahaya Ismail, ISMA, dan lain lain orang
gunakan yakni bebas menyatakan pandangan demi survival agama, bangsa,
dan tanah air tanpa mewakili mana mana parti politik. Tetapi saya tidak pasti
apakah pandangannya mengenai perjuangan untuk memartabatkan Islam dan Melayu di
tempat yang sewajarnya seperti mana Dr. Ridhuan Tee, Yahaya Ismail, dan ISMA
perjuangkan. Saya berharap, sebagai seorang Melayu dan Islam, Syed Saddiq juga
boleh sama sama berjuang untuk memastikan Islam dan Melayu itu akan kekal
terpelihara sampai bila bila di bumi Malaysia ini.
Gambar Syed Saddiq yang menjadi viral kerana dia dilihat
berada di kelab malam adalah perkara biasa yang berlaku dalam permainan
politik. Itulah yang dinamakan sebagai
‘pembunuhan karakter’ yakni satu strategi politik untuk mencemarkan imej seterusnya
menjatuhkan pihak lawan. Namun, kita melihat Syed Saddiq tidak terkesan sedikit
pun dengan perkara itu malah dilihat semakin berani untuk melontarkan
pandangannya demi Malaysia dan rakyatnya.
Malaysia sangat berharap agar lebih ramai lagi mahasiswa boleh
menjadi seperti Syed Saddiq yakni yang tidak taksub dengan perjuangan mana mana
parti politik sebaliknya lebih tertumpu untuk membangun dan memakmurkan
Malaysia. Seandainya ada sejuta mahasiswa seperti Syed Saddiq, maka akan
terpeliharalah Islam, Melayu, dan Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.