Sumber : Google |
Baru baru ini saya ada menghadiri
ceramah agama di masjid yang berhampiran dengan rumah. Tajuk ceramah itu agak
menarik juga iaitu berkenaan manusia akhir zaman. Menurut penceramah, apabila
tiba akhir zaman yakni zaman yang kita tinggal sekarang, akan muncul perkara
perkara aneh dan pelik sebagai tanda dekatnya kita semua dengan kiamat.
Jika diperhalusi kata kata penceramah
itu, kemudian apabila dibuat perbandingan dengan segala macam berita yang
muncul di blog blog masa kini, dapatlah disimpulkan bahawa kata kata penceramah
itu memang banyak benarnya. Sebagai contoh kita boleh melihat ular yang
mempunyai tanduk, manusia berkepala dua, ikan yang serupa naga dan banyak lagi
dipaparkan di dalam blog dan media media sosial pada masa kini.
Itu belum lagi disebut pelbagai
bencana alam seperti gempa bumi yang acapkali muncul sejak akhir akhir ini.
Semua ini adalah tanda tanda dari Allah bahawa dunia ini akan berakhir
(kiamat). Sudah bersediakan kita semua untuk menghadapinya?
Jika dilihat dari sudut kehidupan
manusia moden sekarang, semakin jelas tanda tanda kiamat itu. Kebatilan terus
ditabalkan secara berleluasa manakala kebenaran terus dipendam sejak sekian
lama. Orang yang jahat terus dijulang manakala orang yang baik akan dihina.
Semua ini berlaku merupakan tanda daripada Allah supaya kita semua bersedia
untuk menghadapi kiamat yang akan muncul pada bila bila masa sahaja.
Mendengar ceramah yang menarik itu,
serta merta saya teringat akan seorang lelaki (jiran saya) yang sangat menyayangi
kucingnya melebihi anak kandung sendiri. Kucingnya melakukan apa sahaja seperti
melepaskan najis di dalam rumah atau mencakar sofa sehingga koyak tetapi dia
tidak langsung memarahi kucing itu. Dia juga sanggup berhabis puluhan ringgit
sebulan untuk menyediakan makanan kepada haiwan itu dan sanggup berhabis demi
kesihatan kucing tersebut.
Ironinya, perkara tersebut tidak
dilakukan kepada anak anaknya. Anaknya melakukan kesalahan kecil sahaja seperti
tidak membasuh pinggan yang banyak di dalam sinki tetapi dimarahi anaknya itu
seperti memarahi seorang hamba abdi. Tidak cukup dengan itu, lelaki tersebut
acapkali mengungkit apa yang telah diberikan kepada anaknya selama ini seperti
duit belanja sekolah, makanan dan pakaian jika arahannya tidak dipatuhi.
Apabila anaknya cuba mempertahankan diri, dia akan menghalau anak tersebut
supaya keluar dari rumah.
Jika anaknya sakit, dia pasti akan
merungut dan menyalahkan anaknya kerana ditimpa sakit. Ketika menghantar
anaknya ke klinik, sepanjang perjalanan menuju ke klinik itu, kata kata amarah
dihamburkan tanpa ada rasa belas kasihan. Dia akan mencari salah anaknya mengapa
sampai boleh ditimpa penyakit seperti demam misalnya. Apabila anaknya sakit,
dia tidak suka anaknya duduk atau terlantar di atas katil sahaja. Dia pasti
akan menyuruh anaknya melakukan pelbagai kerja kerana dia tidak mahu anaknya
menjadi manusia yang manja atau mengada-ngada.
Saya teringat ketika salah seorang
anaknya meminta membelikan maker pen untuk kegunaan sekolah namun dia
tidak mahu membelikannya atas alasan anaknya akan membazir dan menyepahkan maker
pen tersebut selepas tidak lagi digunakan. Itulah alasan yang acapkali
diucapkan jika anaknya meminta untuk membelikan sesuatu perkara yang penting.
Oleh itu, terpaksalah anaknya itu meminjam daripada adik saya untuk menyiapkan
tugasan sekolah.
Itulah serba sedikit sikap tidak baik
yang ditunjukkan oleh lelaki tersebut kepada anak anaknya. Kebetulan rumahnya
berhampiran dengan rumah saya dan kebetulan pula anaknya itu kawan satu
tingkatan dengan adik saya, maka dapatlah saya tahu cerita rumahtangganya
sedikit demi sedikit. Saya berasa kasihan dengan anaknya yang dilayan seperti
anak tiri di dalam rumah tersebut namun apakah yang boleh saya lakukan selain
menulis untuk mengingatkan masyarakat di luar sana agar tidak sesekali
mencontohi sikap lelaki itu.
Sebab itu saya tidak hairan jika ada
anak anak di zaman sekarang yang tega menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang
tua tua memandangkan sikap ibu bapa mereka sendiri yang lebih mengutamakan
kucing daripada anak kandung sendiri! Tidak salah untuk kita menyayangi kucing
kerana Rasulullah pun menyanyangi haiwan itu juga tetapi janganlah sampai
melebihkan kucing daripada anak sendiri. Dunia akhir zaman : manusia terpaksa
berkongsi kasih sayang dengan haiwan!
GOOD SHAHRING
BalasPadamApa salahnya berkongsi kasih sayang dengan haiwan :-)
BalasPadamhttp://lovely-etna.blogspot.com/2015/08/chairil-anwar-in-love-and-broken.html
BalasPadamPerkongsian yang menarik mengingatkan saya mengenai rakyat Jepun yang sanggup berbelanja lebih untuk binatang peliharaan. Percaya atau tidak di Jepun haiwan peliharaan juga mempunyai insurans. Barangkali satu hari nanti saya kongsikan mengenai anggaran kos peliharaan haiwan di Jepun. Jemput singgah di http://travelogisma.blogspot.jp/
BalasPadamAnak ni anugerah terindah dan sangat istimewa. Tidak semua pasangan yang berkahwin bertuah dan mempunyai anak. Jadi hargailah anak-anak kita kerana selepas mati nanti doa anak-anakyang soleh lah yang dapat membantu kita.
BalasPadamMalang apabila manusia enggan mengguna akal kurniaan Allah untuk kebaikan diri dan keluarga sendiri..
BalasPadam