Khamis, 16 Julai 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Syukur Alhamdulillah, setelah sebulan kita berjuang dalam bulan Ramadhan Al - Mubarak, akhirnya Allah mengurniakan kita dengan hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri. Di harapkan semoga bulan Ramadhan yang berkah itu telah memberikan seribu keinsafan kepada diri kita. Di harapkan juga semoga semua ibadah yang telah kita lakukan sepanjang bulan yang mulia itu diberkati oleh Allah hendaknya. 

Esok kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, salah satu hari kebesaran bagi umat Islam. Di hari yang baik ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua ahli keluarga, sanak saudara, rakan taulan, para guru, para pensyarah, Facebooker, Twitterian, Blogger dan Instagramer yang mengenali diri saya. Maafkan saya jika anda tidak suka dengan kata kata saya, perbuatan saya, sikap saya, tulisan saya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan diri saya. Saya ini adalah insan biasa dan sudah pasti tidak akan terlepas daripada melakukan khilaf dan dosa. 

Sebagai seorang manusia kerdil, saya juga telah memaafkan semua kesalahan anda terhadap diri saya. Biasalah, pasti ada sikap anda yang saya tidak suka dan pasti ada sikap saya yang anda tidak suka. Itulah tanda kita ini lemah sebagai manusia biasa. Apa yang penting, janganlah kita jadikan kelemahan yang ada pada diri kita itu sebagai perkara yang boleh menyebabkan kita terputus hubungan silaturrahim.


Di Hari Raya ini, saya ingin berpesan kepada diri saya dan pembaca blog saya supaya jaga kesihatan ketika menikmati juadah raya. Jangan terlalu mengikut nafsu kelak buruk padahnya. Hati hati di jalan raya bagi yang pulang ke kampung halaman. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari Nurhaziq Abdul Hafiz - seorang pelajar dan blogger kerdil yang akan terus berjuang demi agama, bangsa dan tanah airnya. :)

2 ulasan:

  1. Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat Nurhaziq dan keluarga tercinta..:)

    BalasPadam
  2. selamat hari raya aidilfitri haziq...maaf kalau ada salah silap selama ni yer :)

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.