Sumber : Google |
Pada pendapat anda, adakah semua novel di dalam Bahasa Melayu itu dianggap sebagai sastera Melayu? Apakah
tafsiran anda mengenai sastera Melayu itu sendiri? Apakah ciri ciri novel yang
boleh dianggap sebagai sebuah karya sastera? Persoalan persoalan sebegini
memang banyak dibahaskan oleh para penulis, persatuan penulis, sarjana sastera,
pengkritik sastera, wartawan dan rakyat marhaen. Sehingga sekarang, jawapan
setepatnya mengenai sastera Melayu itu masih belum lagi dikemukakan oleh mana
mana pihak sehingga menimbulkan polemik berpanjangan dalam dunia kesusasteraan.
Sebagai seorang blogger, pada hemat
saya, bukan semua novel dalam Bahasa Melayu yang ditulis oleh penulis penulis
tempatan itu boleh dianggap sebagai karya sastera. Karya sastera pada pandangan
saya mestilah menggambarkan intelektual, ilmu, pemikiran, falsafah, prinsip,
Islam, moral dan bersifat kemasyarakatan. Bukan semua novel masa kini mempunyai ciri ciri
seperti itu dan tidak ramai penulis novel macapada ini gemar menghasilkan novel
novel sebegitu.
Walaupun tidak banyak novel yang
boleh mengisi kesemua ciri ciri yang saya sebutkan itu, tetapi jika salah satu
daripada ciri ciri itu boleh dipenuhi, saya fikir novel itu sudah berjaya untuk
menjadi sebuah karya sastera. Ini kerana tidak mudah untuk seseorang penulis
menghasilkan sebuah novel yang merangkumi kesemua ciri ciri yang saya sebutkan
di atas. Novel novel yang ditulis oleh Sasterawan Negara pun kebanyakkannya
tidak mampu untuk memenuhi kesemua ciri itu.
Sebuah karya sastera yang baik
mestilah mampu untuk memberikan sesuatu kepada pembacanya sama ada ilmu,
pemikiran, falsafah, prinsip, moral atau keislaman. Jika tidak ada satu pun ciri di
atas dimuatkan dalam novel novel dalam Bahasa Melayu itu, maka novel itu
bukanlah sebuah karya sastera. Novel itu hanyalah sebuah novel biasa tetapi
saya tidaklah menganggap novel novel itu sebagai sebuah karya picisan seperti
tanggapan sesetengah orang.
Walaupun novel tersebut merupakan
sebuah novel popular, dicetak berjuta juta naskhah, dijual berbilion-billion salinan,
penulisnya dikenali serata dunia, dan mempunyai jumlah pembaca yang ramai,
namun jika novel tersebut tidak mempunyai ciri ciri di atas, maka novel
tersebut, pada pandangan saya tidak boleh dianggap sebagai sebuah karya
sastera.
Lalu bagaimana pula dengan novel
novel yang lucah, mencarut dan punya adegan adegan seks melampau di dalamnya?
Adakah novel novel sebegini boleh dianggap sebagai karya sastera meskipun
mempunyai nilai nilai intelektual, ilmu, falsafah, prinsip, dan Islam? Novel
novel sebegini tidak perlu disanggah lagi popularitinya, jumlah pembacanya, jumlah cetakannya, dan
jumlah naskhah yang berjaya dijual kerana sudah pasti mempunyai angka yang
besar namun jika diukur dalam ‘mazhab’ sastera Persuratan Baru yang dicetuskan
oleh Ungku Maimunah Mohd Tahir dan Mohd Affandi Hassan, novel ini lebih baik
dianggap sebagai sebuah karya picisan!
Selain daripada nilai intelektual,
ilmu, falsafah, pemikiran, prinsip dan Islam, salah satu ciri penting yang
perlu ada dalam sebuah karya sastera adalah moral. Jelas novel yang lucah,
mencarut dan mempunyai adegan seks berlebihan di dalamnya tidak boleh dianggap
sebagai sebuah karya sastera kerana telah melanggar nilai nilai moral. Novel
sebegini bukan sahaja tidak memberi apa apa sumbangan kepada khalayak pembaca
tetapi juga telah merosakkan pemikiran pembaca pada masa yang sama.
Walaupun novel novel sebegini
memenangi pelbagai anugerah di beberapa buah negara, dan dianggap urban dan
kontemporari, namun jika nilai moral pun gagal dijaga oleh pihak penulis dalam
menghasilkannya, maka novel novel sebegini tidak boleh dianggap sebagai sebuah
karya sastera. Sastera Melayu tidak boleh dilancap, disodomi, dibontoti dan
diliwat oleh novel novel sebegitu. Novel novel yang berada dalam kumpulan karya
sastera mesti suci dan memberi sumbangan besar kepada anggota masyarakat.
Penulis penulis yang gemar
mengutarakan elemen elemen lucah, seks, dan mencarut di dalam novel novelnya
melambangkan kekotoran hati dan pemikirannya. Bagaimana kotornya hati dan
pemikiran seorang penulis itu, begitulah kotornya karya karya yang mereka
hasilkan. Kemudian mereka kotorkan pula pemikiran pembaca pembaca novel mereka.
Antara penerbit yang berani
menerbitkan karya karya ‘lumpur’ sebegini adalah Buku Fixi kepunyaan Amir
Muhammad. Saya begitu terkejut membaca novel Zombijaya tulisan Adib Zaini yang
penuh dengan perkataan lucah seperti ‘tetek’, ‘konek’, ‘babi’, dan sebagainya
di dalam novel tersebut. Ironinya, novel itu diangakat menjadi sebuah filem
bertajuk KL Zombi lakonan Zizan Razak, Siti Saleha, Izara Aishah dan ramai
lagi. Pelik bin aneh apabila novel novel Sasterawan Negara tidak berani
dijadikan sebuah filem kerana dianggap terlalu berat tetapi mengapa novel
‘kotor’ sebegini boleh dijadikan sebuah filem?
Jelas ada sesuatu yang tidak kena
dalam pemikiran pembaca, penggiat filem, penulis dan penerbit buku yang ada di
Malaysia ini. Pemikiran yang salah sebegini perlu diperbetulkan segera sebelum
menjadi wabak yang boleh merosakkan pemikiran masyarakat terutama generasi muda
pada masa kini.
Kesimpulannya, karya sastera sifatnya
suci, baik dan mampu memberi sumbangan kepada masyarakat di dalam bentuk intelektualisme, ilmu, falsafah, pemikiran, prinsip, keislaman, dan moral. Jika
sesebuah novel itu tidak mempunyai satu pun ciri ciri yang saya sebutkan di
atas, maka novel tersebut tidak boleh diangkat sebagai sebuah karya sastera.
Saya sendiri pun masih gagal dan tidak mampu menghasilkan novel yang bertaraf
sebuah karya sastera.
Malangnya ada penulis yang sangat berbakat menggunakan medium sastera untuk memecah belah perpaduan sesama ummah. Sangat menyedihkan..:(
BalasPadamBagi haji , jika sesebuah novel itu mampu menggambarkan situasi sebenar masyarakat serta dilorongkan pula kepada jatidiri sebenar kemelayuan itu sendiri, bahawa melayu tidak lari dari acuan islam maka ia sudah dianggap sebagai karya sastera melayu.
BalasPadamApa guna kesusasteraan kalau sifatnya hanya membuai dan mendodoi ummat tanpa ada solusi dan jalan keluar kepada ketamadunan akhlak sebenar ?
Lebih malang kalau sesuatu karya itu sememangnya mempromosi nilai kebejatan dan kerakusan nafsu yang secara langsung atau tidak membawa kehancuran kepada bangsa.
Sekian ulasan maghrib dari haji.
Wassalm
Pada Zumal filem KL Zombi tu dah diubahkan jadi lebih sesuai untuk tontonan umum berbanding karya asalnya.
BalasPadam