Jumaat, 20 Mac 2015

GST : BURUK RUPA DARI KHABARNYA

Sumber : Google

Tidak lama lagi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan. Tepat sahaja 1 April 2015, cukai yang menjadi momokan pemimpin pembangkang kepada rakyat Malaysia sejak sekian lama itu akan terus dikuatkuasakan dalam hidup kita. Jika sebelum ini, kita hanya mendengar mengenai cukai tersebut dilaksanakan di luar negara, tetapi kini cukai tersebut memang tidak ada akan dapat dipisahkan dalam kehidupan kita buat selama-lamanya melainkan ada 'kuasa magis' yang boleh mengubah hakikat itu. 

Jika sebelum ini, hanya pemimpin pembangkang sahaja yang dilihat lantang bersuara menentang cukai itu dilaksanakan, tetapi kini mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir juga dilihat menentang pelaksanaan cukai sebanyak 6% itu di dalam blognya. Bukan sahaja Dr. Mahathir dan pemimpin pembangkang, ramai lagi rakyat marhaen yang menentang pelaksanaan cukai ini di media media sosial seperti blog, Facebook, Twitter dan sebagainya.

Kerajaan di bawah Najib yang menguasai media arus perdana seperti surat khabar dan televisyen banyak menggambarkan kebaikkan pelaksanaan  GST ini. Pelbagai iklan dicipta untuk menerangkan kepada rakyat apa itu GST dan kebaikkan kebaikkan yang rakyat bisa dapat daripada pelaksanaan GST tersebut. Banyak juga forum forum di televisyen seperti di RTM dan di BernamaTV telah dibuat bagi mencapai maksud itu. Pendek kata, apa sahaja yang ditayangkan di televisyen adalah yang baik baik sahaja mengenai GST namun hakikatnya tidaklah begitu.  
 

Saya pada mulanya cuba bersangka baik dengan pelaksanaan cukai itu  namun apabila melihat sekian banyak beban yang terpaksa saya tanggung akibat pelaksanaan cukai tersebut, saya perlu mengubah pendirian saya. Saya menentang GST di saat rakyat Malaysia belum bersedia menerimanya. Saya menentang GST di saat gaji minimum rakyat Malaysia masih lagi di paras yang rendah. 

Pada awalnya, saya menyangka tidak banyak barang dan perkhidmatan yang dikenakan GST. Saya sangat bersyukur apabila Najib mengumumkan bahawa barang barang makanan utama tidak dikenakan cukai itu. Tetapi, semakin kita menghampiri hari pelaksanaan, semakin banyak harga barang dan perkhidmatan yang naik harga.

Najib berjanji pengangkutan awam tidak dikenakan GST, namun mengapa harga perkhidmatan bas, teksi dan KTM dinaikkan? Mengapa pula setiap kali kita keluarkan duit di mesin ATM, kita dikenakan GST? Mengapa pula harga prepaid telefon bimbit juga mesti mengalami kenaikkan harga yang bukan kepalang banyaknya? 

Saya tidak faham ekonomi dan tatacara pengurusan kewangan tetapi saya faham jika duit saya habis dalam masa yang singkat apabila harga barang dan perkhidmatan naik mendadak! Walaupun cukai itu terkecuali pada barang barang tertentu, banyak juga barang dan perkhidmatan lain yang tidak terkecuali seperti buku dan telefon pintar misalnya. Kos hidup rakyat yang mempunyai gaji yang rendah akan terus tertekan dengan pelaksanaan GST. 

Seperti biasa, Najib hanya memikirkan apa yang dia rasa betul tanpa memikirkan masalah yang perlu ditanggung oleh rakyat. Sikap Najib yang 'pekak' dengan masalah rakyat ini semakin membuatkan rakyat benci dan meluat padanya. Oleh kerana berlaku ketirisan dalam kewangan negara dengan jumlah yang terlalu banyak, Najib melaksanakan GST bagi menambahkan wang negara yang kononnya semakin tinggal sedikit itu tanpa memikirkan apa yang bakal rakyat hadapi semasa pelaksanaan cukai tersebut. 

Sebagai seorang penulis blog, saya berharap agar segala keuntungan daripada GST itu dikembalikan semula kepada rakyat. Kita mengharapkan keuntungan daripada pelaksanaan cukai itu akan membuatkan segala kelemahan dalam negara ini dapat diatasi dengan segera seperti meningkatkan kualiti perkhidmatan KTM misalnya. Saya terlalu berharap agar Najib dan pemimpin BN yang lain tidak mengenyangkan kroni masing masing hasil daripada pelaksanaan cukai ini sehingga rakyat terus hidup dalam kesengsaraan! 

Kesimpulannya, GST itu buruk rupa dari khabarnya! Apa yang ditayangkan dan digambarkan di televisyen tidaklah seindah seperti realiti dan hakikat yang sebenarnya. Saya berharap agar keuntungan daripada GST yang 'dicekau' daripada wang rakyat itu boleh memajukan kehidupan rakyat, agama, bangsa dan negara selepas ini. Kita tidak mahu lagi kelemahan kelemahan di negara ini masih lagi wujud selepas pelaksanaan GST! 

7 ulasan:

  1. Kalau bukan kerana PR sendiri tiada persefahaman buat masa ini, rasanya pru 14 adalah kekalahan buat BN. Najib terlalu lemah membela rakyat, terlalu kaya, dan terlalu kontroversi segala tindakannya.

    BalasPadam
  2. personally akak setuju sistem GST ni, sebab as tax payer, Gst ni ibarat keadilan buat kami pemabayr cukai, sebab lepas ni, semua org akan bayar cukai, bukan golongan tertentu sahaja.. tapi GSt haruslah utk pembangunan negara, bukan utk diboroskan begitu sahaja, apa lagi digunakan kronis2 sesuka hati... kalau macam tu pakai sistem percukaian apa pun tak akan menguntungkan selagi negara tak reti nak tackle malsalah pembaziran dan kronism ni... heran juga kenapa tambang bas naik.... padahal kempen GST hrga brg tak akan naik, kalau naik pun to cover 6 percent gst sahaja lah... minyak pun skang dh murah... tapi tambahng bas naik lebih 20 peratus.. herann heran......

    BalasPadam
  3. nak kena ambik tau la..
    sapa yg jaga bas tu..?
    naik turun tambang bas.. semua dlm poketnya !!

    BalasPadam
  4. Nampak banyak buruk dari baiknya :(

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.