Khamis, 19 Februari 2015

BLOGGER PERLU BERPADA PADA CARI WANG DARI BLOG

Sumber : Google

Menjadi seorang blogger memang menyeronokkan. Bermacam kelebihan yang boleh kita perolehi apabila bergelar seorang penulis blog atau pun blogger. Antara keseronokkan menjadi seorang blogger adalah kita boleh ‘memuaskan’ tuntutan minat yang terlalu mendalam di dalam dunia penulisan, boleh melontarkan idealisme, boleh melontarkan pendapat, mencurahkan perasaan, membongkar kebenaran, mendapat kawan baru, dan paling menyeronokkan dalam diri seorang blogger adalah boleh menjana pendapatan dari blog yang dikendalikannya.

Itulah kelebihan kelebihan yang sempat saya perhatikan sepanjang saya menjadi seorang blogger separuh masa ini. Saya yakin dan percaya bahawa tidak ada keseronokkan dalam hidup seorang blogger kecuali boleh menjana pendapatan dari blog yang mereka kendalikan itu. Macapada ini, pelbagai cara dan kaedah yang boleh kita gunakan untuk menjana pendapatan daripada blog.

Kebiasaannya, ramai blogger menggunakan iklan Nuffnang bagi mencapai tujuan itu. Ada juga yang menyertai program Affiliate, Shaklee, advertorial dan dropship bagi meraih pendapatan lumayan hasil daripada menulis blog. Tidak kurang juga seseorang blogger itu meraih pendapatan daripada banner banner iklan yang dipasang di blog mereka. Memandangkan bilangan unique visitor dan total pageview blog mereka sangat tinggi, maka mudahlah bagi mereka untuk menarik orang yang mahu memasang iklan produk dan perkhidmatan di blog mereka. 


Pada saya, tidak salah untuk seseorang blogger itu mahu memasang iklan sekaligus meraih pendapatan hasil daripada penulisan di blog mereka. Saya sendiri pun mendapat hasil daripada berniaga Shaklee dan Nuffnang daripada blog saya ini tetapi apa pun yang kita lakukan, mestilah bersederhana. Jangan terlalu melampau dan ghairah memasang iklan sekaligus meraih pendapatan daripada blog itu!

Saya seorang blogger yang suka membaca. Oleh itu, saya perlu melakukan blogwalking bagi memenuhi tuntutan minat saya  itu. Saya pasti akan singgah ke mana mana blog yang memaparkan tajuk tajuk entri yang menarik yang dipingkan di Facebook, Blogr.my, pingje.org dan sebagainya. Di samping membaca entri entri yang menarik itu, dapat juga saya menambah pengetahuan apabila singgah ke blog tersebut.

Malangnya apabila beberapa saat saya mula membaca, sudah keluar iklan berbentuk popads yang memenuhi sebahagian daripada entri itu atau muncul di tengah tengah entri menyebabkan pembacaan saya tergendala. Entri yang mempunyai tajuk dan isi yang menarik itu sudah tidak boleh dibaca kerana ditutup oleh iklan iklan yang bukan satu tetapi lebih dari sepuluh di dalam blog tersebut!

Soalnya sekarang bagaimana saya boleh membaca entri tersebut jika sudah ditutup dengan iklan? Lebih parah lagi iklan itu tidak mempunyai butang pangkah! Apabila saya menekan mana mana butang dengan harapan iklan itu hilang, iklan itu bukan sahaja tidak hilang tetapi saya telah dibawa masuk ke dalam iklan itu. Jadi, pembacaan saya sudah tergendala lalu saya mengambil keputusan untuk keluar dari blog tersebut. Saya mula mengecam blog tersebut dan berazam untuk tidak lagi kembali ke blog itu pada masa akan datang.

Jika saya melakukan blogwalking menggunakan komputer riba, mungkin saya boleh menghilangkan iklan yang muncul tanpa diundang itu dengan mudah. Bagaimana jika saya melakukan blogwalking dengan menggunakan telefon pintar saya yang tidak berapa canggih itu? Sesak nafas saya apabila masuk ke blog yang dipenuhi iklan seperti itu. 

Saya tegaskan sekali lagi bahawa tidak salah untuk mencari wang daripada blog dengan memasang banner banner iklan seperti itu tetapi berpada padalah sedikit. Jangan terlalu melampau dan terlalu rakus untuk mengejar keuntungan dari blog kita sehingga kita melupakan tujuan asal kita menulis blog.

Sudah tiba masanya kita perlu memperbetulkan semula niat kita dalam menulis blog. Adakah kita mahu berkongsi sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat atau sekadar mahu mencari keuntungan yang tidak seberapa? Saya lihat ramai juga blogger yang memasang iklan di blog mereka seperti Hasrul Hassan contohnya tetapi iklan iklan itu langsung tidak mengganggu saya untuk membaca entrinya yang menarik itu.

Ingatlah, kita menulis blog untuk berkongsi sesuatu yang menarik dengan orang ramai tetapi perkongsian itu sudah tidak bermakna lagi apabila orang ramai sudah tidak boleh lagi membaca apa yang kita mahu kongsikan itu kerana kemunculan iklan iklan yang ‘menyakitkan mata’ dan terlalu banyak di dalam blog kita.

Kesimpulannya, tidak salah untuk mencari wang melalui blog dengan cara memasang banner banner iklan di dalam blog kita tetapi berpada padalah. Pastikan iklan yang muncul itu tidak muncul di tengah tengah entri ataupun boleh menutup sebahagian daripada entri itu sehingga menyukarkan orang ramai untuk membaca. Kita perlu kembali kepada niat kita yang asal dalam menulis blog. Mahu berkongsi ilmu atau mahu cari duit semata mata? Tepuk dada dan tanya iman kita.  



8 ulasan:

  1. walapun aku ad iklan tapi x tutup entri postingan ku. . :)

    BalasPadam
  2. betul ! stakat nie wanie baru pandai pakai nuffnang je ^^

    BalasPadam
  3. Tak suka jugak kalau online pakai phone, iklan tutup habis semua artikel. Tak ada butang X. Even ade pun, still kite dibawa ke iklan tu. Iklan mengarut2 pulak tu

    BalasPadam
  4. mmg stres bila blogwalk ke blog yg terlalu bnyk iklan, terutamanya yg smpai menutup entri blog..kembali kpd niat asal menulis blog. setuju! :)

    BalasPadam
  5. blogwalk ke blog2 yg terlalu sarat dgn iklan mmg stressful. 'kembali kpd niat asal menulis blog...' setuju! :)

    BalasPadam
  6. Betul tu tuan. Saya pun sentap bila blog-blog ni dilitupi iklan sampaikan kita nak baca pun tak boleh. Kalau macam tu, baik tak payah tulis apa-apa, terus letak gambar je senang.

    BalasPadam
  7. betul ssgt...sy pon naik rimas nak baca entry yg dtutup dgn iklan....kdg kita nk bc thru hp jer...mula laaa iklan tu kuar sehingga mengganggu mood utk baca entry berkenaan...terus exit dr blog tuuu....huhuhuhuh

    BalasPadam
  8. Betul. Saya memang terbantut kalau masuk je sesebuah blog pastu kluar pop-up repeatedly. Dah pangkah pun masuk balik sampai tak boleh nak baca entri...
    Lagi pulak guna hp lagilah susah nak baca entri tu..
    Lastly memang saya chow cin cau je.
    Am sorry ye memang x dapat nak tolong.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.