Sultan Selangor |
Mengapa Anwar begitu teruja mahu meletakkan isterinya di kerusi
MB itu? Apakah rakyat Selangor tidak dapat membaca agenda tersembunyi
yang dicipta oleh Anwar dan kuncu kuncunya? Mengapa Anwar tidak ikut
sahaja arahan Sultan Selangor supaya memberikan lebih dari dua nama
untuk dipertimbangkan ke jawatan MB itu? Inilah politik yang
menyusahkan rakyat!
Pada hemat saya, Anwar sepatutnya tidak lagi memberikan nama Wan
Azizah sebagai calon MB itu. Punya ramai manusia di dalam PKR,
mengapa Wan Azizah juga yang mesti dipilih? Mengapa tidak Azmin Ali,
Saifuddin Nasution Ismail, atau mana mana anak kelahiran Selangor
yang bernaung di bawah PKR?
Mengapa Anwar mesti berlawan dengan pihak istana semata mata untuk
menegakkan benang yang basah? Apabila Sultan Selangor meminta supaya
diberikan lebih dari dua nama, maksudnya Sultan Selangor tidak mahu
Wan Azizah dilantik sebagai MB! Mengapa Anwar masih tidak faham makna
tersirat di sebalik semua itu? Adakah Anwar faham tetapi pura pura
tidak faham semata mata untuk mengembungkan tembolok politiknya?
Jalan penyelesaian terhadap kemelut ini ialah Anwar
dan PKR perlu menghantar lebih dari dua nama kepada Sultan Selangor,
itu sahaja! Mengapa perlu berdegil dan berkeras? Ingat, masalah ini
tidak akan selesai sekiranya pihak Anwar dan PKR masih lagi berdegil
dan tetap dengan pendirian mereka.
Anwar perlu sedar ini bukan masalah MB atau Sultan tetapi ini
adalah masalah rakyat! Selagi keadaan politik Selangor masih
terumbang ambing, rakyat Selangor tidak dapat hidup dengan aman dan
tenteram. Sekarang orang sedang fikir tentang masalah bekalan air
yang akan melanda negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Dalam keadaan
sekarang, bolehkah rakyat dapat menarik nafas lega terhadap masalah
itu?
Sebagai pemimpin Anwar perlu fikir tentang rakyat dan bukannya
tembolok politiknya. Inilah masalahnya jika ahli politik lebih
menumpukan kepada kuasa politik daripada memikirkan soal kesusahan
yang ditanggung oleh rakyat. Nasihat saya kepada Anwar, berhentilah
bersandiwara sekarang. Jangan terlalu banyak berpolitik kerana itu
akan menyusahkan rakyat. Ikut sahajalah permintaan Sultan supaya
persembahkan lebih dari dua nama kepada baginda sebagai calon MB
Selangor itu. Jangan sampai DUN dibubarkan dan pilihanraya akan
diadakan semula kerana belum tentu Pakatan Rakyat boleh menang sekali
lagi di Selangor!
setuju..nmpk sgt kebenarannya apa yg dikejarnya..
BalasPadampantang atok nenek saya dengan suku sakat PKR ni....hidup UMNO...ikhlas dari wakil puteri umno bahagian wangsa maju....
BalasPadam