Mungkin isu ini
sudah agak basi tetapi sebagai penulis saya perlu meluahkan sesuatu untuk
membongkar kebenaran dan menabalkan keadilan. Apabila saya menonton filem Tanda
Putra yang diarahkan oleh Datin Paduka Shuhaimi Baba yang ditayangkan oleh
Astro sempena sambutan hari kemerdekaan yang lalu, saya boleh katakan kualiti
filem ini adalah bagus walaupun sedikit hambar.
Jalan ceritanya agak cepat dan mudah
difahami. Kita tidaklah mengantuk untuk
menghadap filem sejarah seperti ini. Selain dapat mengetahui sejarah sebenar
peristiwa 13 Mei 1969, kita juga dapat mengetahui tentang masalah yang dihadapi
oleh Tun Razak sepanjang menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri
dalam menghadapi situasi huru hara dalam negara seperti itu di samping
bertarung dengan penyakit leukemia yang dihidapinya.
Dengan menonton filem ini, secara
tidak langsung kita dapat mengenali Tun Razak sebagai bekas Perdana Menteri
kita yang telah banyak berjasa kepada negara ini. Kita juga dapat mengetahui
tentang ramai lagi tokoh tokoh pemimpin seperti Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Dr. Ismail, Tan
Sri Abdullah Ahmad, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tunku Abdul Rahman dan ramai
lagi.
Pada saya filem ini tidak sepatutnya
dicemuh sebaliknya perlu diangkat
setaraf dengan filem The Iron Lady yang mengisahkan tentang kehidupan Perdana
Menteri Britain
– Margaret Thatcher. Orang yang membenci filem ini adalah orang yang tidak
dapat menerima kebenaran dan cuba
menafikan kebenaran demi kuasa politik! Filem ini adalah gambaran sebenar
peristiwa 13 Mei itu dan filem ini sepatutnya menjadi sandaran agar kita tidak
mengulangi kesilapan yang sama pada masa akan datang. Mengapa kita mesti
membenci satu karya yang mendedahkan kebenaran yang sebenar?
Pada saya, filem ini langsung tidak
berdosa sehingga perlu diharamkam di sebuah negeri yang terletak di utara tanah
air. Yang berdosa adalah orang yang sengaja mencetuskan isu politik dan
perkauman terhadap filem itu. Jangan sesekali mempolitikkan filem sejarah yang
tidak berdosa itu. Sudahlah kita malas membaca buku buku sejarah untuk
mengetahui tentang sejarah negara, dengan adanya filem Tanda Putera ini
dapatlah kiranya kita memahami peristiwa besar yang terjadi dalam negara kita
sendiri. Nasihat saya, jangan politikkan filem ini dan jangan terlalu jumud
untuk menerima sesuatu kebenaran kerana kebenaran itu kadang kala datangnya
membawa kesakitan dan bukannya kebahagiaan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.