Selasa, 7 Jun 2022

MENANGIS


Aku sebenarnya jarang menangis walaupun hidup aku banyak pahit dari manis.

Seingat aku, hanya sekali aku menangis sebab masalah.

Iaitu masalah aku masih tak dapat lagi memandu kereta dengan betul walaupun dah diajar berkali-kali.

Tapi akhirnya aku dapat juga lesen.

Selain dari itu, aku jarang menangis sebab masalah walaupun masalah tu berat.

Aku cuma menangis bila tengok kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

Aku akan menangis kalau ada orang yang aku sayang meninggal dunia.

Aku akan menangis kalau aku tengok orang lain menangis sebab ada ahli keluarga dia meninggal dunia.

Aku akan menangis bila tengok orang bukan Islam mengucap dua kalimah syahadah untuk masuk Islam.

Aku akan menangis kalau aku happy sangat.

Tapi disebabkan aku ni jarang mendapat kejayaan, aku jarang menangis kegembiraan.

Kalau aku mendapat kejayaan pun, biasanya aku takkan menangis.

Aku akan senyum je.

Aku tak pernah menangis sebab tengok filem atau drama.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.