1. Seluruh dunia termasuk Malaysia sekarang diserang wabak Covid-19. Wabak yang pada asalnya biasa-biasa dan dianggap tidak berbahaya kini semakin mengganas dan membunuh banyak nyawa. Seluruh umat manusia kini berada dalam ketakutan dan berwaspada
2. Gara-gara wabak ini semua masjid dan surau tidak dapat dibuka. Solat berjemaah dan solat Jumaat terpaksa dibatalkan. Banyak kedai dan pusat membeli belah pula terpaksa ditutup. Urusan harian rakyat Malaysia banyak yang tergendala.
3. Gara-gara wabak ini juga negara sekarang ini sedang menjalankan kawalan pergerakan. Semuanya kerana tidak mahu rakyat Malaysia banyak bergerak ke mana-mana supaya wabak ini tidak tersebar dengan seluasnya. Polis dan tentera sekarang berganding bahu mengawal pergerakan rakyat Malaysia supaya wabak ini tidak merebak dengan lebih dahsyat.
4.Penularan wabak ini adalah bukti ujian Allah Taala kepada kita. Ujian Allah yang ditimpakan ke atas kita itu bukanlah untuk menyeksa kita sebaliknya untuk menambah keimanan dan ketakwaan kita. Dengan ujian ini moga-moga kebergantungan kita kepada Allah semakin tinggi hendaknya.
5. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersatu hati untuk menangani wabak ini. Jangan keluar rumah sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini dijalankan melainkan jika anda mempunyai urusan yang penting. Jangan pulang ke kampung halaman atau bergerak dari kawasan tempat tinggal anda. Dilarang juga menyertai apa-apa perhimpunan yang melibatkan ramai orang.
6. Jika anda sakit seperti selsema, demam, batuk, sakit tekak atau mempunyai gelaja-gejala wabak Covid-19, segeralah ke hospital berhampiran anda untuk membuat pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.
7. Anda sebagai rakyat Malaysia tidak boleh sesekali mementingkan diri. Jangan melakukan apa-apa sahaja perkara yang boleh menyusahkan diri anda dan orang ramai. Patuhi arahan kerajaan dan amalkan gaya hidup yang sihat supaya anda terhindar daripada wabak yang berbahaya ini.
8. Anda perlu kerap memakai topeng muka, kerap membasuh tangan atau memakai hand sanitiser. Semua ini adalah penting untuk anda lakukan supaya wabak ini tidak mudah terkena pada diri anda.
9. Kepada ahli politik di luar sana, amat molek jika anda kurangkan aktiviti berpolitik murahan itu pada masa kini. Elakkan diri anda daripada sindir menyindir, caci maki, buat fitnah atau saling menyalahkan antara satu sama lain. Gunakan pengaruh yang anda ada sebagai seorang ahli politik untuk mengajak para penyokong anda supaya sama-sama membantu kerajaan sekarang mengurangkan kesan penularan wabak ini kepada orang ramai.
10. Wabak ini adalah ujian Allah kepada kita. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah supaya wabak ini dapat hilang dengan serta-merta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.