Kita melihat golongan liberal atau murtad akan menyerang islam
melalui perhambaan. Mereka turut mendakwa bahawa Islam membenarkan
merogol hamba perempuan berdasarkan salah faham yang sengaja terhadap
hadith ini :
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، أَخْبَرَنَا
إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ، عَنْ رَبِيعَةَ بْنِ أَبِي عَبْدِ
الرَّحْمَنِ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ يَحْيَى بْنِ حَبَّانَ، عَنِ ابْنِ
مُحَيْرِيزٍ، أَنَّهُ قَالَ دَخَلْتُ الْمَسْجِدَ فَرَأَيْتُ أَبَا سَعِيدٍ
الْخُدْرِيَّ فَجَلَسْتُ إِلَيْهِ فَسَأَلْتُهُ عَنِ الْعَزْلِ،، قَالَ
أَبُو سَعِيدٍ خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي
غَزْوَةِ بَنِي الْمُصْطَلِقِ، فَأَصَبْنَا سَبْيًا مِنْ سَبْىِ الْعَرَبِ،
فَاشْتَهَيْنَا النِّسَاءَ وَاشْتَدَّتْ عَلَيْنَا الْعُزْبَةُ،
وَأَحْبَبْنَا الْعَزْلَ، فَأَرَدْنَا أَنْ نَعْزِلَ، وَقُلْنَا نَعْزِلُ
وَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بَيْنَ أَظْهُرِنَا قَبْلَ أَنْ
نَسْأَلَهُ فَسَأَلْنَاهُ عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ " مَا عَلَيْكُمْ أَنْ
لاَ تَفْعَلُوا، مَا مِنْ نَسَمَةٍ كَائِنَةٍ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ
إِلاَّ وَهْىَ كَائِنَةٌ "
Dari Ibn Muhairiz ia berkata : “Aku
masuk kedalam masjid, maka aku mendapatkan Abu Said Al-Khudry di
dalamnya, lalu aku duduk mendekat kepadanya, maka aku tanyakan kepadanya
tentang Azl, maka ia berkata : dalam peperangan Bani Mustholiq,r“Kami
telah keluar bersama Rosulullah dan kami menawan tawanan dari
tawanan-tawanan arab. Lalu kami berkehendak kepada wanita, kerana kami
jauh dari isteri-isteri kami. Sedangkan kami suka melakukan Azl
(menumpahkan air mani di luar rahim wanita), dan kami ingin
melakukannya. Maka kami berkata : berada ditengah-tengah kami, “.”*Maka
kami berkata: “Apakah kita akan melakukan ‘azl sebelum bertanya,
sementara Rasulullah S.A.W berada di antara kita? Lalu kami bertanya
tentang Azl. Maka Baginda bersabda: “Mengapa kalian tidak melakukannya,
kerana tidak ada satu jiwa pun yang telah ditaqdirkan hingga Hari
Kiamat, kecuali pasti ianya akan terjadi."
[Sahih Bukhari, Kitab Al-Maghazi, Hadith 4183]
Hadith yang lebih kurang sama juga diriwayatkan dalam Sahih Muslim,
3371 dan Kitab Al-Muwatta, Kitab At-Talaq, Hadith 95 dan Hadith 1260]
Fahaman golongan liberal/murtad yang seangkatannya terhadap hadith-hadith ini lebih kurang begini:
1. Riwayat ini menunjukkan bahawa Orang Islam biasa bersetubuh dengan wanita tawanan perang mereka
2. Tawanan perempuan itu disetubuhi tanpa kerelaan mereka, kerana
keluarga mereka baru sahaja dibunuh dalam Perang Bani Mustaliq, tidak
mungkin mereka rela disetubuhi oleh orang-orang yang baru sahaja menawan
mereka.
3. Oleh itu, Tentera Muslim dikira sebagai merogol
tawanan wanita Bani Mustaliq kerana bersetubuh dengan mereka tanpa
kerelaan mereka.
Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita lihat
bagaimanakah keadaan budaya Yahudi, Nasrani dan Orang-Orang Samawi
(Semites) di Timur Tengah ketika itu :
“Para wanita akan mengikut
ayah dan suami mereka ke medan perang dan mereka akan memakai pakaian
dan perhiasan yang paling cantik sebelum pertarungan bermula, dengan
harapan bahawa mereka akan dapat menarik perhatian askar yang menawan
mereka jika berlaku kekalahan”
[John McClintock, James Strong,
"Encyclopedia of Biblical, Theological, and Ecclesiastical Literature"
[Harper & Brothers, 1894], p. 782]
“Para wanita sejak sekian
lama akan sentiasa mengikuti gerakan tentera untuk membasuh pakaian
askar, menjaga mereka yang sakit dan cedera, dan melayani mereka sebagai
pelacur. Mereka akan berpakaian dan berhias dengan cantik untuk menarik
perhatian askar-askar yang memenangi peperangan”
[Matthew B.
Schwartz, Kalman J. Kaplan, "The Fruit of Her Hands: The Psychology of
Biblical Women" [Wm. B. Eerdmans Publishing, 2007] , pp. 146-147)]
Walaupun petikan ini merujuk kepada zaman Israeliyyat, ianya boleh
diaplikasi dalam keadaan zaman Bani Mustaliq dan Kabilah-Kabilah Arab di
Semenanjung Tanah Arab dalam keadaan ini kerana mereka juga membawa
bersama mereka wanita-wanita dalam peperangan ini, mengikut budaya
Yahudi, Nasrani, dan Orang-orang Samawi (Semite) ketika itu yang membawa
wanita turut serta dalam Peperangan.
Ini menunjukkan adalah
norma pada zaman itu untuk bersetubuh dengan hamba wanita yang menjadi
tawanan dalam sesuatu peperangan, dan perempuan yang ditawan juga tahu
akan kebiasaaan bahawa mereka akan disetubuhi oleh Tuan mereka
seandainya mereka ditawan jika kalah dalam peperangan, seperti yang kita
nyatakan di atas.
Timbul persoalan. Adakah Kaum Muslimin yang
memiliki hamba perempuan (selepas ini dipanggil jariyah) dibenarkan
bersetubuh dengan Jariyah tersebut tidak rela dengan perbuatan tersebut?
Untuk mengetahui apakah pendapat Islam tentang hukuman bagi seorang
Tuan yang merogol Jariyah mereka, mari kita merujuk kepada riwayat ini :
أخبرنا أبو الحسين بن الفضل القطان أنبأ عبد الله بن جعفر بن درستويه ثنا
يعقوب بن
سفيان ثنا الحسن بن الربيع ح وأخبرنا أبو نصر بن قتادة أنبأ أبو
الفضل بن خميرويه أنبأ أحمد بن نجدة ثنا الحسن بن الربيع ثنا عبد الله بن
المبارك عن كهمس عن هارون بن الأصم قال بعث عمر بن الخطاب رضى الله تعالى
عنه خالد بن الوليد في جيش فبعث خالد ضرار بن الأزور في سرية في خيل
فأغاروا على حي من بني أسد فأصابوا امرأة عروسا جميلة فأعجبت ضرارا فسألها
أصحابه فأعطوها إياه فوقع عليها فلما قفل ندم وسقط به في يده فلما رفع إلى
خالد أخبره بالذي فعل فقال خالد فإني قد أجزتها لك وطيبتها لك قال لا حتى
تكتب بذلك إلى عمر فكتب عمر أن أرضخه بالحجارة فجاء كتاب عمر رضى الله
تعالى عنه وقد توفي فقال ما كان الله ليخزي ضرار بن الأزور
Terjemahan:
Abu al-Hussain ibn al-Fadhl al-Qatan meriwayatkan daripada Abdullah ibn
Jaffar ibn Darestweh daripada Yaqub ibn Sufyan daripada al-Hassab ibn
Rabi’ daripada Abdullah ibn al-Mubarak daripada Kahmas daripada Harun
ibn Al-Asam yang menceritakan:
Umar bin al-Khatab (R.A.) telah
menghantar Khalid bin al-Walid dalam satu sariyyah dengan sekumpulan
tentera, dan Khalid menghantar Dharar ibn Al-Auwzwar dalam satu pasukan
kecil dan mereka telah menawan satu penempatan yang diduduki oleh Bani
Asad.
Mereka kemudian berjaya menawan seorang perempuan yang
cantik, Dharar sangat suka dengannya, dan dia meminta kepada raka-rakan
sekumpulannya agar mereka menghadiahkan perempuan itu kepadanya dan
mereka bersetuju dengan kehendak Dharar. Dia kemudiannya bersetubuh
dengan perempuan itu.
Setelah dia selesai menjalankan tugasnya
(yakni menawan penempatan Bani Asad), dia merasa bersalah (kerana
menyetubuhi perempuan tersebut), dan dia pergi kepada Khalid dan
memberitahu Khalid apa yang dia lakukan. Khalid berkata: “Aku
membenarkan kepada kamu dan menghalalkan kepada kamu (perbuatan
tersebut, yakni bersetubuh dengan tawanan wanita itu). Namun Dharar
berkata: “Tidak, tidak sehingga kamu menghantar surat kepada Umar (untuk
memberitahu kepadanya tentang perkara ini). (Mereka kemudian menghantar
surat kepada Umar) dan Umar membalas bahawa dia (Dharar wajib dihukum
dengan hukuman rejam. Namun apabila surat Umar sampai kepada kumpulan
tentera Khalid Al-Waliad, Dharar telah meninggal dunia. (Khalid)
berkata: “Allah tidak mahu memalukan Dharar”
[Sunan Al Bayhaqi, Jilid 84 Hadith no. 18001]
Athar ini sungguh jelas menunjukkan bahawa Umar Al-Khattab
memerintahkan agar mereka yang merogol jariyah akan dikenakan hukuman
rejam.
Apakah golongan liberal seperti mahu menyatakan bahawa
mereka lebih memahami hukum hakam Islam dari Umar Al-Khattab, sehingga
mereka menuduh Islam membenarkan Lelaki Muslim merogol jariyah mereka?
Apakah pendapat para fuqaha tetang hukuman kepada mereka yang merogol jariyah (hamba perempuan)?
Daripada Kitab Al-Muwatta karangan Imam Malik ibn Anas :
حَدَّثَنِي مَالِكٌ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، أَنَّ عَبْدَ الْمَلِكِ بْنَ
مَرْوَانَ، قَضَى فِي امْرَأَةٍ أُصِيبَتْ مُسْتَكْرَهَةً بِصَدَاقِهَا
عَلَى مَنْ فَعَلَ ذَلِكَ بِهَا . قَالَ يَحْيَى سَمِعْتُ مَالِكًا
يَقُولُ الأَمْرُ عِنْدَنَا فِي الرَّجُلِ يَغْتَصِبُ الْمَرْأَةَ بِكْرًا
كَانَتْ أَوْ ثَيِّبًا إِنَّهَا إِنْ كَانَتْ حُرَّةً فَعَلَيْهِ صَدَاقُ
مِثْلِهَا وَإِنْ كَانَتْ أَمَةً فَعَلَيْهِ مَا نَقَصَ مِنْ ثَمَنِهَا
وَالْعُقُوبَةُ فِي ذَلِكَ عَلَى الْمُغْتَصِبِ وَلاَ عُقُوبَةَ عَلَى
الْمُغْتَصَبَةِ فِي ذَلِكَ كُلِّهِ وَإِنْ كَانَ الْمُغْتَصِبُ عَبْدًا
فَذَلِكَ عَلَى سَيِّدِهِ إِلاَّ أَنْ يَشَاءَ أَنْ يُسَلِّمَهُ
Terjemahan:
"Malik telah meriwayatkan daripada Ibn Shihab (Az-Zuhri) bahawa Abdul
Malik Ibn Marwan telah memutuskan hukuman bahawa perogol harus membayar
mahar bagi wanita yang dirogol.
Yahya berkata bahawa dia mendengar dari Imam Malik : “Apa yang dilakukan di kalangan kami berkenaan dengan lelaki yang
merogol wanita, perawan atau bukan perawan; jika dia (perempuan itu)
adalah seorang merdeka, maka dia (lelaki itu) haruslah membayar mahar
yang sesuai dengannya. Jika dia (perempuan itu) adalah seorang hamba,
maka dia mesti membayar nilai yang telah dia kurangkan terhadap hamba
itu.
Hukuman Hadd (Sebat 100 kali atau rejam) akan dikenakan
kepada perogol dalam keadaan ini, dan tiada hukuman akan dikenakan
kepada wanita yang dirogol. Jika yang melakukan jenayah merogol adalah
seorang hamba lelaki, maka ianya adalah (tanggungan) ke atas Tuannya,
melainkan jika Tuannya menyerahkannya.”
[Al-Muwatta, Kitab Al-Aqdiah, Hadith 14 dan Hadith 1418]
Daripada Sahih Bukhari, hukuman bagi mereka yang merogol hamba perempuan :
وَقَالَ اللَّيْثُ حَدَّثَنِي نَافِعٌ، أَنَّ صَفِيَّةَ ابْنَةَ أَبِي
عُبَيْدٍ، أَخْبَرَتْهُ أَنَّ عَبْدًا مِنْ رَقِيقِ الإِمَارَةِ وَقَعَ
عَلَى وَلِيدَةٍ مِنَ الْخُمُسِ، فَاسْتَكْرَهَهَا حَتَّى افْتَضَّهَا،
فَجَلَدَهُ عُمَرُ الْحَدَّ وَنَفَاهُ، وَلَمْ يَجْلِدِ الْوَلِيدَةَ مِنْ
أَجْلِ أَنَّهُ اسْتَكْرَهَهَا. قَالَ الزُّهْرِيُّ فِي الأَمَةِ
الْبِكْرِ، يَفْتَرِعُهَا الْحُرُّ، يُقِيمُ ذَلِكَ الْحَكَمُ مِنَ
الأَمَةِ الْعَذْرَاءِ بِقَدْرِ قِيمَتِهَا، وَيُجْلَدُ، وَلَيْسَ فِي
الأَمَةِ الثَّيِّبِ فِي قَضَاءِ الأَئِمَّةِ غُرْمٌ، وَلَكِنْ عَلَيْهِ
الْحَدُّ.
“Seorang hamba lelaki milik kerajaan cuba untuk
menggoda seorang hamba perempuan hasil tawanan dari 1/5 ghanimah perang
dan dia bersetubuh dengan hamba perempuan itu secara paksa; maka Umar
menghukum sebat ke atasnya dan memulaukannya, tetapi dia tidak menghukum
sebat hamba perempuan itu kerana hamba lelaki itu telah menyetubuhinya
secara paksa.”
Az-Zuhri berkata berkenaan dengan seorang jariyah
yang perawan yang dirogol oleh lelaki yang merdeka: Hakim hendaklah
menghukum denda sebanyak nilai harga yang sama dengan harga jariyah
tersebut, dan perogol itu disebat; tetapi jika jariyah tersebut bukan
seorang perawan (janda; pernah berkahwin), maka mengikut keputusan
Imam,perogol tidak dikenakan denda, tetapi dia dikenakan hukuman had
(sebat atau rejam)”
[Sahih Bukhari, Kitab Al-Ikrah, Hadith 10]
Ini semua adalah dalil yang mencukupi untuk menangkis fitnah dan
tuduhan liberal bahawa Islam membenarkan seseorang lelaki untuk merogol
hamba perempuannya.
Kemudian timbul pula dakwaan, bagaimana jika
seseorang lelaki Muslim itu mempunyai hamba perempuan, namun hamba
perempuan itu tidak mahu bersetubuh dengan lelaki tersebut? Adakah
lelaki itu boleh memaksa perempuan itu bersetubuh dengannya?
Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk dari Rasulullah S.A.W. Baginda
telah memberi perintah dan panduan yang sangat jelas tentang tatacara
bagi kaum Muslimin untuk melayan hamba miliknya :
حَدَّثَنَا
مُحَمَّدُ بْنُ عَمْرٍو الرَّازِيُّ، حَدَّثَنَا جَرِيرٌ، عَنْ مَنْصُورٍ،
عَنْ مُجَاهِدٍ، عَنْ مُوَرِّقٍ، عَنْ أَبِي ذَرٍّ، قَالَ قَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " مَنْ لاَءَمَكُمْ مِنْ مَمْلُوكِيكُمْ
فَأَطْعِمُوهُ مِمَّا تَأْكُلُونَ وَاكْسُوهُ مِمَّا تَكْتَسُونَ وَمَنْ
لَمْ يُلاَئِمْكُمْ مِنْهُمْ فَبِيعُوهُ وَلاَ تُعَذِّبُوا خَلْقَ اللَّهِ
Rasulullah S.A.W. bersabda: Berikan makanan kepada hamba kamu daripada
apa yang kamu makan, dan pakaikanlah mereka dari apa yang kamu pakai,
dan jual lah hamba yang kamu tidak redha kepadanya dan janganlah
menghukum makhluk Allah
[Sunan Abi Daud, Kitab Al-Adab, Hadith 389, Sahih menurut penilaian Al-Albani]
Secara mafhum, kalau Rasulullah S.A.W melarang seseorang menyakiti
hamba miliknya sendiri dan memerintahkan agar menjualnya jika dia tidak
redha kepadanya, maka jika hamba perempuan tersebut tidak rela untuk
bersetubuh dengan lelaki Muslim itu, maka hendaklah lelaki itu
menjualnya, dan tidak boleh dia memaksa hamba perempuan itu untuk
bersetubuh dengannya
حَدَّثَنَا آدَمُ، قَالَ: حَدَّثَنَا
شُعْبَةُ، قَالَ: حَدَّثَنَا حُصَيْنٌ قَالَ: سَمِعْتُ هِلاَلَ بْنَ
يَسَافٍ يَقُولُ: كُنَّا نَبِيعُ الْبَزَّ فِي دَارِ سُوَيْدِ بْنِ
مُقَرِّنٍ، فَخَرَجَتْ جَارِيَةٌ فَقَالَتْ لِرَجُلٍ شَيْئًا، فَلَطَمَهَا
ذَلِكَ الرَّجُلُ، فَقَالَ لَهُ سُوَيْدُ بْنُ مُقَرِّنٍ: أَلَطَمْتَ
وَجْهَهَا؟ لَقَدْ رَأَيْتُنِي سَابِعَ سَبْعَةٍ وَمَا لَنَا إِلاَّ
خَادِمٌ، فَلَطَمَهَا بَعْضُنَا، فَأَمَرَهُ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم
أَنْ يُعْتِقُهَا.
Hilal ibn Yasaf berkata:
Kami biasa
menjual kain di dalam rumah Suwaid ibn Muqarrin. Seorang hamba perempuan
keluar dan berkata sesuatu kepada salah satu lelaki yang ada dan lelaki
itu kemudian melempang hamba perempuan itu. Suwaid ibn Muqarrin
berkata: "Adakah kamu melempang dia?" Ada tujuh orang di antara kami dan
kami hanya ada satu hamba. Salah satu dari kami memukulnya, dan
Rasulullah S.A.W. memerintahkan dia agar membebaskannya (hamba perempuan
itu)
[Adab Al-Mufrad, Jilid 9, Haditth 21, Sahih menurut penilaian Al-albani]
Ibn Umar berkata :
أَنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ " مَنْ
لَطَمَ مَمْلُوكَهُ أَوْ ضَرَبَهُ فَكَفَّارَتُهُ أَنْ يُعْتِقَهُ ".
Aku mendengar bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Sesiapa yang melempang atau memukul hambanya, maka kafarahnya adalah dibebaskan hamba (yang dipukul) tersebut"
[Sahih Muslim, Kitab Al-Iman, Hadith 46]
Jikalau memukul, melempang dan menyakiti seorang hamba pun dilarang oleh Rasulullah S.A.W., apatah lagi merogol hamba.
Bahkan dalam Islam, hamba perempuan mempunyai beberapa hak yang tiada pada hamba-hamba lain pada zaman itu, antaranya ialah:
1. Anak hasil persetubuhan dengan Tuannya dikira sebagai seorang yang
merdeka. Ini berbeza dengan budaya pada zaman itu, di mana anak hasil
hubungan Tuan dan hamba perempuan masih dipandang hina dan dianggap
sebagai hamba.
2. Jika hamba perempuan itu melahirkan anak, ianya
dikira sebagai Ummu Walad, yakni dia telah dijamin kebebasan setelah
kematian Tuannya, dan Tuannya tidak boleh menjualnya kepada sesiapa
sahaja setelah dia melahirkan anak.
Bahkan Napoleon Bonaparte
sangat mengkagumi hak-hak seorang hamba yang dikurniakan oleh syariat
Islam sehingga inilah kata-kata-nya ketika dia berjaya menawan Mesir:
“The slave inherits his master's property and marries his daughter. The
majority of the Pashas had been slaves. Many of the grand viziers, all
the Mamelukes, Ali Ben Mourad Beg, had been slaves. They began their
lives by performing the most menial services in the houses of their
masters and were subsequently raised in status for their merit or by
favour. In the West, on the contrary, the slave has always been below
the position of the domestic servants; he occupies the lowest rug. The
Romans emancipated their slaves, but the emancipated were never
considered as equal to the free-born. The ideas of the East and West are
so different that it took a long time to make the Egyptians understand
that all the army was not composed of slaves belonging to the Sultan
al-Kabir.”
Cherfils, Bonaparte et l'Islam (Paris, 1914)
Terjemahan:
"Hamba-hamba mewarisi harta Tuan mereka dan berkahwin dengan anak
perempuan Tuannya. Kebanyakan Pashas adalah seorang hamba. Kebanyakan
Wazir, kesemua Mamluk,Ali Ben Mourad Beg, adalah dahulunya hamba. Mereka
memulakan kehidupuan mereka dengan menjalankan tugas yang sangat remeh
di rumah Tuan mereka sehinggalah kedudukan mereka diangkat, sama ada
kerana hasil usaha mereka atau kerana disanjungi oleh Tuan mereka.
Di barat pula, keadaannya terbalik, golongan hamba sentiasa berada di
bawah kedudukan dan taraf pembantu rumah, dia meduduki status yang
terbawah. Orang-Orang Rom membebaskan hamba mereka, namun hamba yang
dibebaskan tidak pernah dianggap sama taraf dengan orang yang lahir
merdeka. Idea-idea Timur dan Barat sangat berbeza sehingga ianya
mengambil masa yang lama untuk Orang-orang Mesir faham bahawa
keseluruhan Tentera (Napoleon) tidak terdiri daripada hamba yang
dimiliki oleh Sultan Al-Kabir.(Sultan Al-Kabir di sini merujuk kepada
Napoleon Bonaparte.