Sabtu, 11 Ogos 2018

ARTIS : JANGAN BUAT HAL JIKA ENGGAN DIKECAM!

Image result for selebriti malaysia
Sumber


Sejujurnya saya berasa geli mendengar artis-artis (saya lebih suka guna istilah selebriti) di Malaysia ini yang cuba meraih simpati awam dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur sedih setelah menerima kecaman atas kesalahan yang mereka lakukan. 

Perkataan atau ayat yang mereka gunakan seperti ‘netizen tidak mengetahui hal sebenar’, ‘kesalahan kecil sahaja’, ‘apa sahaja saya buat orang tak suka’, ‘orang kecam saya, saya dapat pahala’, ‘saya tak kacau orang tapi orang suka kacau saya’ dan sebagainya adalah antara ayat-ayat yang selalu dituturkan oleh selebriti-selebriti di negara ini untuk menutup kesalahan atau kontroversi yang mereka lakukan.

Apa yang mereka lakukan itu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk meraih simpati awam setelah tidak tahan dikecam teruk. Mereka beranggapan dengan mengeluarkan kenyataan berbaur sedih itu orang awam akan bersimpati dengan mereka seterusnya memaafkan kesalahan atau kontroversi yang mereka lakukan.

Mereka menuturkan ayat-ayat yang berbaur sedih begitu bukanlah kerana mereka benar-benar tabah menerima kecaman itu tetapi hanya kerana mereka mahu meraih simpati dan mahu orang awam kembali menjadi peminat mereka. Mereka juga mahu para peminat mereka turut sama mempertahankan diri mereka ketika mereka dikecam.

Prinsipnya mudah. Jika mereka tidak mahu dikecam, usah melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kontroversi. Mereka perlu sedar, sebagai seorang public figure, apa sahaja tindak tanduk mereka akan menjadi perhatian. Jika mereka membuat kebaikan, mereka akan dipuji. Jika mereka melakukan kesalahan, mereka pasti akan dicaci.

Justeru, setiap selebriti di negara ini mestilah menjaga tingkah laku mereka terutama di khalayak ramai. Jika tidak, bersedialah menerima kecaman.

Apabila mereka melakukan kesalahan atau kontroversi, mereka sepatutnya memohon maaf. Namun, berlainan sekali dengan selebriti-selebriti di negara ini. Mereka bukan sahaja enggan memohon maaf malah mempertahankan pula kesalahan mereka itu dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur sedih. Lebih melucukan apabila ada peminat kipas susah mati mereka sanggup mempertahankan kesalahan atau kontroversi yang mereka lakukan.

Saya tidak pasti adakah dengan melakukan kontroversi itu sebenarnya di luar kawalan mereka atau sebenarnya mereka memang sengaja melakukan kontroversi untuk meraih populariti murahan? Tidak dinafikan ada selebriti di negara ini apabila merasakan diri mereka sudah tidak mendapat perhatian, mereka mula melakukan kontroversi untuk menyedarkan masyarakat tentang kewujudan mereka.

Lagi satu, janganlah menunggang agama semata-mata untuk menutup kesalahan mereka dengan mengungkapkan ayat seperti ‘anda kecam saya, saya dapat pahala’ atau ‘Allah tahu apa yang saya lakukan’. Hal ini kerana, kerja mereka sebagai selebriti itu bukan sahaja jauh daripada nilai-nilai agama, malah mendatangkan lebih banyak dosa daripada pahala.

Artikel ini saya tidak tujukan kepada mana-mana selebriti. Saya tujukan kepada semua selebriti tidak kira mereka bergelar penyanyi, pelakon, pelawak, pengarah, dan sebagainya. Harap mereka boleh sedar dan melakukan muhasabah diri. 

3 ulasan:

  1. dunia mereka mmg penuh kontroversi huhuu

    BalasPadam
  2. Publisiti murahan untuk dapat tawaran dari produser. Kerjaya mungkin suam-suam kuku. Hehe.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.