Sumber Gambar |
1. Jika mahu
mengukur seluar sama ada muat atau tidak dengan pinggang, boleh mengukurnya
dengan cara melilit pinggan seluar itu di sekitar leher.
2. Manusia
lebih banyak membakar kalori semasa tidur berbanding semasa menonton
televisyen.
3. Satu
daripada lima orang dewasa percaya makhluk asing bersembunyi di bumi dalam
bentuk manusia.
4. Menurut Amazon, buku yang paling banyak dibicarakan di
Kindle adalah Bible, biografi Steve Jobs, dan The Hunger Games.
5. Pada
tahun 2006, seseorang cuba menjual negara New Zealand di eBay. Harga yang ditawarkan
oleh pembeli mencecah AS$3000 sebelum ditutup oleh eBay.
6. Ayat
terakhir yang dituturkan oleh Bob Marley kepada anak lelakinya sebelum dia
meninggal dunia ialah : “duit tidak boleh membeli kehidupan”.
7. Mulut
badak air yang terbuka luas cukup besar untuk memuatkan seorang kanak-kanak lelaki yang mempunyai ketinggian
empat kaki.
8. Manusia
tidak boleh berdengkur dan bermimpi dalam masa yang sama.
9. Secara
fizikalnya amat mustahil khinzir boleh melihat ke langit.
10. Bintang paling tua di alam semester ialah
Methuselah yang berusia 13.8 bilion tahun.
11. Makanan
paling banyak dijual di Amerika Syarikat ialah gula-gula.
12. Haiwan kebangsaan Scotland ialah kuda unicorn.
13. Sesetengah kucing tidak suka kepada manusia.
14. Ikan emas tidak sepatutnya diletakkan di dalam
balang kerana kebanyakan balang terlalu kecil untuk diletakkan ikan emas di
dalamnya.
15. Netherland dan Holland adalah dua perkara yang
berbeza. Netherland ialah negara secara keseluruhannya manakala Holland Utara dan
Holland Selatan ialah dua kawasan yang terpisah dalam negara tersebut.
16. Segumpal awan mempunyai berat 1 juta pounds.
17. Roti tidak sepatutnya diberi kepada itik untuk
dimakan kerana roti tidak membuatkan itik membesar. Beri itik sayur
atau makanan burung.
18. Guinness Book of Records memegang rekod sebagai buku paling kerap dicuri
dari Perpustakaan Awam.
19. Kebanyakan polis secara sengaja memberikan
anda rasa selamat yang salah kerana secara terknikalnya, polis tidak mempunyai
kewajipan untuk memberitahu anda
perkara sebenar.
20. Sos tomato pernah digunakan sebagai ubat pada
tahun 1930an.
Artikel ini telah disunting dan disiarkan di portal Free Malaysia Today. Ini ialah versi artikel asal.
terbaik. terima kasih di atas perkongsian.. :)
BalasPadam