Sumber |
Sekarang ini isu bahasa Melayu sering
kali sahaja timbul menghiasi media-media sosial di negara kita. Isu yang sama
juga melanda akhbar-akhbar arus perdana.
Ini semua gara-gara kerajaan Pakatan
Harapan bukan sahaja tidak bersungguh-sungguh untuk memartabatkan bahasa Melayu
tetapi juga dilihat cuba untuk meminggirkan bahasa itu.
Apabila kerajaan Pakatan Harapan
dilihat cuba menggugat kedaulatan bahasa Melayu, maka ramailah pejuang bahasa
bangun mengkritik apa yang dibuat oleh kerajaan itu. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang
telah melihat sinis usaha yang dilakukan oleh pejuang bahasa. Mereka terus
menyindir segala usaha yang dilakukan oleh pejuang bahasa.
Mereka mengatakan bahawa pejuang bahasa
hanya mengkritik kerajaan Pakatan Harapan tetapi tidak mengkritik kerajaan
Barisan Nasional yang juga meminggirkan soal bahasa.
Mereka mengatakan semasa Barisan
Nasional mentadbir negara dahulu pun bahasa Melayu tidak dimartabatkan tetapi
pejuang bahasa dilihat tidak bersuara. Maka yang mengkritik itu mengatakan
bahawa dalam keadaan sekarang pun sepatutnya pejuang bahasa tidak bersuara.
Saya merasakan bahawa apa yang disebut
oleh sekalian yang mengkritik itu sebagai lucu. Sebenarnya pejuang bahasa telah
mengkritik Barisan Nasional tentang isu bahasa sejak lama dahulu.
Saya sendiri sebagai seorang pecinta
bahasa telah banyak menulis sajak dan artikel yang mengkritik kerajaan Barisan
Nasional berkenaan isu bahasa. Artikel dan sajak yang mengkritik Barisan
Nasional dalam isu bahasa itu ada diterbitkan di blog saya. Oleh yang demikian,
tuduhan sekalian orang yang membenci itu adalah salah sebenarnya. Pejuang
bahasa akan terus mengkritik mana-mana kerajaan yang dilihat cuba meminggirkan
bahasa Melayu di dalam negara.
Saya melihat apa yang cuba dilakukan
oleh orang yang mengkritik itu adalah satu usaha untuk membungkam suara-suara pejuang
bahasa. Mereka tidak mahu kritikan itu merosakkan kepercayaan rakyat terhadap
kerajaan kesayangan mereka.
Orang yang mengkritik dan menyindir
pejuang bahasa mungkin tidak suka akan bahasa Melayu. Namun, pejuang bahasa
akan terus sayang dan memperjuangkan bahasa Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.