Sumber |
Menonton
filem menjadi kegemaran ramai orang. Oleh sebab itulah, apabila ada sahaja
filem baharu yang ditayangkan, maka berpusu-pusulah orang akan pergi ke
pawagam.
Kebanyakan
orang lebih suka menghabiskan wang mereka dengan menonton filem daripada
membeli buku. Oleh sebab itulah, kita melihat mengapa penerbit-penerbit filem
boleh menjadi kaya raya. Sayangnya, penerbit-penerbit buku pula yang sering
gulung tikar.
Terdapat
pelbagai sebab mengapa orang pergi menonton filem. Antara sebab-sebabnya adalah
:
Pertama,
untuk mendapatkan hiburan. Setelah mereka penat bekerja, mereka mahu melakukan
sesuatu yang boleh menghilangkan penat dan tekanan kerja mereka. Menonton filem
di pawagam adalah salah satu bentuk hiburan yang boleh menghilangkan penat dan
tekanan kerja.
Kedua,
untuk menghilangkan bosan. Oleh kerana mereka bosan berada di rumah kerana tidak
melakukan apa-apa, maka mereka akan ke pawagam untuk menonton filem. Tidak
dinafikan bahawa menonton filem juga merupakan langkah terbaik untuk
menghilangkan bosan.
Ketiga,
untuk mengisi masa lapang. Boleh dikatakan bahawa menonton filem adalah sebagai
hobi bagi diri mereka. Selain membaca buku atau bermain besi di gimnasium,
menonton filem juga boleh dijadikan sebagai hobi. Cuma hobi menonton filem ini memerlukan
belanja yang agak besar. Hal ini kerana, harga tiket wayang bukanlah murah!
Keempat,
untuk mendapatkan sesuatu mesej daripada sesebuah filem itu. Semua filem yang
dibikin pasti mempunyai mesej yang tersendiri yang ingin disampaikan oleh
pengarah atau penulis skrip filem tersebut kepada penonton. Sama ada mesej itu
baik atau buruk, itu usahlah difikirkan dahulu. Apa yang penting ialah mesej
yang hendak disampaikan melalui filem tersebut yang boleh difikirkan oleh penonton.
Walau bagaimanapun, rata-rata penonton yang pergi menonton filem pastilah
hendak mendapatkan mesej yang baik.
Kelima,
untuk merasai realiti yang berlaku. Terdapat filem-filem tertentu yang dibikin
berdasarkan realiti yang berlaku di sekitarnya. Misalnya ialah filem Dukun
lakonan Datin Paduka Umie Aida. Filem tersebut dibikin berdasarkan kisah benar
tentang pembunuhan seorang ahli politik pada tahun 1993. Generasi muda yang
belum dilahirkan atau masih kecil ketika peristiwa itu berlaku pasti akan pergi
menonton filem tersebut untuk mendapatkan sedikit sebanyak gambaran mengenai
latar peristiwa yang pernah menggemparkan negara itu.
Keenam,
untuk mencari sisi-sisi tertentu dalam sesebuah filem. Sisi-sisi tertentu itu
merangkumi idea, sinematografi, olahan skrip, penggunaan CGI dan sebagainya.
Biasanya orang yang mempunyai tujuan begini adalah seperti pengarah,
pelajar-pelajar fakulti filem, pengkritik filem ataupun pencinta filem. Mereka
pergi menonton filem adalah semata-mata untuk belajar sesuatu daripada filem
yang mereka tonton itu.
Terdapat
pelbagai sebab mengapa kita pergi menonton filem. Bagaimana dengan anda? Apakah
yang menyebabkan anda sanggup ke pawagam untuk menonton filem?
Artikel ini telah disunting dan disiarkan di portal Free Malaysia Today
Yuhuu..Nak Nonton filem
BalasPadamSalam https://www.pandianto.com
Zumal tengok filem sebab terpengaruh iklan je. Hehehe...
BalasPadamSkrg lbh byk tgk filem dr baca buku sb if membaca imiginasi perlu kuat baru dapat mghidupkan watak dlm buku tu. Tp if nonoton, tak perlu byk imiginasi,tgk je, kdg2 qpa yg ditonton blm tfikir dok akal.
BalasPadam