Sumber : Google |
Ketika ku cium wajahmu yang terbaring pasrah,
Terasa dingin bagai embun di pagi yang cerah,
Terhidu bau wangi umpama bunga ros warna merah,
Dan terlukis permandangan yang amat indah.
Engkau telah banyak menabur bakti suci,
Tidak terbalas segala jasa yang telah engkau beri,
Ketika engkau keluar bertemu dengan Ilahi,
Aku tahu engkau pasti tidak akan kembali.
Engkau memotong sedikit kuih kegembiraan,
Lalu mengheret bersama beberapa bagasi kenangan,
Dan mengusung sekali sebuah keranda impian,
Dalam perjalanan kita ke tanah perkuburan.
Tidak banyak mimpi yang kita jahit bersama,
Tidak banyak harapan yang dapat kita bina,
Kau mewariskan aku sekotak kesedihan,
Yang di dalamnya terdapat banyak harta kesepian.
Akan aku kirim warkah doa buatmu sentiasa,
Untuk menemani engkau di alam sana,
Percayalah, kita pasti akan bertemu juga,
Moga-moga di taman syurga.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.