Sumber |
Kesihatan
adalah sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan. Jika anda tidak mempunyai
kesihatan yang baik, anda pasti tidak dapat menjalani kehidupan dengan
sempurna.
Salah
satu cara untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang
sihat. Selepas anda makan, ada perkara tertentu yang tidak boleh anda lakukan.
Jika anda lakukan juga, pasti kesihatan anda akan terancam.
Oleh
yang demikian, pada hari ini, ingin saya kongsikan kepada anda perkara-perkara
yang tidak boleh kita lakukan selepas anda makan.
Di
bawah merupakan perkara-perkara yang dilarang buat selepas makan :
Minum Teh
Asid
tanik yang ada dalam teh bergabung dengan protin dan zat besi dalam makanan
akan membawa kepada penurunan 87% penyerapan zat besi oleh tubuh badan anda.
Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anda mengalami anemia, kekurangan selera
makan, sakit dada, tangan serta kaki berasa sejuk, pening, lemah, dan terlalu
letih. Anda hanya boleh minum teh sekurang-kurangnya satu jam setelah makan.
Tidur
Tidur
selepas makan boleh meningkatkan berat badan. Tidur selepas makan juga
menyebabkan perut anda bekerja sepanjang malam lalu anda akan berasa tidak
selesa, perut menjadi kembung, dan tidak dapat tidur dengan baik. Anda perlu
makan dua atau tiga jam sebelum tidur.
Mandi
Mandi
selepas makan boleh menyebabkan aliran darah meningkat pada kaki dan tangan
tetapi menurun pada bahagian perut. Hal ini akan melemahkan sistem percernaan
anda dan anda akan mengalami sakit perut. Tunggu sehingga 30 hingga 60 minit
selepas makan sebelum anda mandi.
Merokok
Selepas
makan, sangat penting untuk anda tunggu selama dua jam sebelum anda merokok.
Kajian mendapati orang yang segera merokok selepas makan umpama menghisap
sepuluh batang rokok dalam tempoh masa yang sama! Hal ini boleh menyebabkan
anda berisiko untuk terkena kanser paru-paru lebih cepat daripada biasa.
Minum Air
Minum
air sejurus selepas anda makan akan merosakkan apa sahaja khasiat makanan yang
ada dalam tubuh badan anda. Jika anda kerap melakukannya, anda berpotensi untuk
mendapat obesiti. Tunggu sehingga 30 hingga 45 minit selepas anda makan untuk
minum air.
Makan Buah-buahan
Tidak
dinafikan bahawa memakan buah-buahan adalah sesuatu yang bagus kerana sangat
berkhasiat tetapi bukanlah selepas makan. Adalah sesuatu yang amat baik jika
anda memakan buah-buahan semasa perut kosong atau 30 minit sebelum makan. Memakan
buah-buahan selepas makan akan menyebabkan pedih ulu hati, ketidakhadaman dan
kerap sendawa.
Di
atas itu merupakan perkara-perkara yang anda dilarang untuk melakukannya jika
anda mahu mempunyai kesihatan yang baik. Mungkin terdapat di dalam larangan di
atas anda biasa melakukannya. Diharapkan anda dapat berhenti daripada melakukan
kesemua perkara tersebut demi kesihatan anda.
Artikel ini telah disunting dan disiarkan di laman portal Free Malaysia Today
Terima kasih atas perkongsian Haziq, nampaknya banyak kesilapan yang zumal lakukan lepas makan
BalasPadamSemua tu lah yang orang selalu buat selepas makan, especially minum air.
BalasPadamTq atas tips.. Banyak jugak kesilapan yg dilakukan rupanya..
BalasPadam