Sumber |
Saya
merupakan seorang penggemar pizza. Saya tidak ingat bila kali pertama saya
makan pizza tetapi apa yang saya tahu, sejak kali pertama saya makan pizza,
saya sudah menyukainya.
Walau
bagaimanpun, saya tidaklah makan pizza setiap hari kerana harga pizza bukanlah
murah.
Antara
PizzaHut dan Domino Pizza, saya lebih suka PizzaHut kerana lebih tebal. Namun
begitu, jika ada Domino Pizza di depan mata, saya tetap akan makan juga.
Oleh
kerana saya penggemar pizza, maka saya ingin kongsikan kepada anda semua fakta-fakta
menarik tentang pizza :
2. Lebih 10% perkhidmatan makanan yang dijual di Amerika Syarikat adalah pizza.
3. Hari Sabtu merupakan hari yang paling ramai orang makan pizza.
4. Lebih 5 billion pizza telah dijual di seluruh dunia setiap tahun.
5. Penghantar pizza mendakwa perempuan lebih banyak memberi upah kepada mereka berbanding lelaki.
6. Perempuan dua kali ganda menyukai ‘veggie pizza’ berbanding lelaki.
7. Pizza yang paling mahal pernah dibuat berharga $2,745.
8. Bahan yang paling banyak digunakan untuk membuat pizza di Jepun ialah sotong, mayonis, kentang dan bacon.
9. 36% orang mengambil pizza semasa sarapan pagi.
10. 9 daripada 10 pelajar universiti menyukai pizza.
Itulah
fakta-fakta menarik tentang pizza yang saya telah kongsikan kepada anda. Adakah
anda penggemar pizza? Jika ya, anda sama dengan saya. Perisa pizza apa yang
anda suka? Saya menyukai semua perisa!
Artikel ini telah disunting dan disiarkan di portal Free Malaysia Today
Bro pun suka makan Pizza.. Tapi jarang makan la
BalasPadamZumal suka Domino's. Hehehe...
BalasPadam