Isnin, 7 Mei 2018

RESTORAN PALING BODOH DI MALAYSIA!!!


Semalam aku pergi makan kat Restoran Prinze Corner, Seksyen 7, Shah Alam. Memandangkan aku duduk kat Shah Alam, biasa sangat nampak restoran ni tapi tak pernah nak cuba masuk. Semalam rancangan aku sebenarnya nak makan kat Restoran Murni Discovery tu tapi diaorang tutup pula sebab buat renovation. Memandangkan Restoran Prinze Corner dan Restoran Murni tu dekat, jadi aku ambil keputusan untuk makan kat Restoran Prinze Corner tu la.


Sampai kat Restoran Prinze Corner tu, aku terus duduk. Aku tunggu orang ambil order. Dalam sepuluh minit aku tunggu, ada la sorang crew restoran tu datang amik order. Jadi aku order la limau ais dengan chicken marryland.


Image result for prinze corner shah alam
Inilah restoran yang aku cakap tu

  
Sebelah meja yang aku duduk tu ada tiga orang. Sorang lelaki dan dua orang perempuan. Diaorang pun sama macam aku juga, baru datang. Tapi crew restoran tu amik order diaorang dulu. 


Dalam masa setengah jam aku tunggu, makanan budak tiga orang yang duduk sebelah aku tu pun sampai. Diaorang order nasi goreng aku rasa. Jadi aku tunggulah. Mungkin  sebab aku punya order tu makanan Barat, jadi maybe lambat sikit la kot. Jadi aku terus tunggu.

 Image result for prinze corner shah alam


Dah dekat satu jam aku tunggu, tapi makanan aku tak sampai juga. Air limau ais yang aku order tu dah sampai lama dah. Pastu aku tengok tukang masak dah tak masak dah. Yang crew pula boleh lepak-lepak kat meja yang dekat dengan meja aku minum air sambil gelak-gelak. Aku pun teruslah bersabar dan menunggu. Perut aku yang tadinya lapar gila terus kenyang sebab dah lama sangat tunggu.    


Aku try panggil dua tiga crew yang lalu lalang tu untuk tanya pasal makanan aku tapi seekor pun tak layan. Maybe sebab diaorang sibuk kot sebab ada dua kumpulan customer baru datang. Jadi aku pun pergi kat cashier untuk tanya.


Image result for prinze corner shah alam
Sumber : Google




Aku cakaplah kat cashier tu yang chicken marryland yang aku order tu tak sampai lagi. Cashier tu pun tanya aku duduk meja mana. Aku tunjuklah meja yang aku duduk. Pastu dia tekan apa entah kat mesin dia yang macam komputer tu, dan dia cakap : “Oh…jap ea bang. Saya nak order jap. Mat, buat chicken marryland satu.”


Terkejut gila aku time tu. Dah satu jam aku tunggu dia baru nak buat? Bodoh ke apa? Aku dah la lapar, servis lembab gila pastu baru nak buat makanan aku. Oleh sebab aku dah bengang, aku terus pergi kat meja aku, habiskan air aku pastu pergi balik kat cashier. Aku pun terus cancel order aku tadi. Hati aku punya sakit time tu hanya Allah yang tahu. Tu nasib baik aku tanya. Kalau aku tak tanya, confirm dua jam aku duduk situ, makanan aku tak sampai sampai lagi. Diaorang ingat aku ni takde kerja lain ke nak duduk kedai diaorang je.      
 

Lepas aku bayar, yang cashier tu bukan nak minta maaf ke apa, ucap terima kasih je. Bangang punya cashier. Dah la servis lembab gila pastu makanan pula tak siap. Customer servis diaorang sumpah macam babi. Dah buat salah bukan nak minta maaf ke apa. Bangsat!


Aku marah bukan apa. Restoran buka dah bertahun tapi servis macam sampah. Nampak je eksklusif dari luar tapi servis sumpah babi. Dah tu bukan nak minta maaf. 


So, aku harap sangat yang baca artikel ni dalam kalangan pemilik restoran, janganlah tiru perangai crew Restoran Prinze Corner tu. Biar kedai kau nampak murah dan selekeh takpe tapi servis kena tip top. Kedai dari luar nampak mahal dan eksklusif tapi servis macam lahanat. Buang masa aku je duduk lama lama kat situ. Bodoh punya crew. 


Lagi satu, kalau kau dah buat salah, minta maaflah. Aku tak maki kau depan depan tu pun dah cukup baik dah. Bodoh punya crew. Sampah punya restoran. 


So, aku harap sangat korang yang baca artikel aku ni, kalau korang pergi restoran Prinze Corner yang bangang lahanat ni, make sure korang kena alert dengan order korang. Supaya takdelah nasib korang macam aku. Tunggu punya lama tapi makanan kau diaorang tak buat lagi malahan boleh gelak-gelak lagi macam takde benda yang berlaku. Bodoh! Ni la perniagaan orang Melayu. Sebab tu orang Melayu berniaga selalu lingkup. Sebab ada crew-crew bodoh macam crew dan cashier Restoran Prinze Corner tu!

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.