Ahad, 19 Mac 2017

RAHSIA UNTUK MENDAPATKAN KULIT YANG CANTIK DAN MUDA

Image result for perempuan kulit cantik
Sumber : Google

Saya yakin ramai wanita di luar sana ingin mendapatkan kulit yang cantik, mulus, putih, gebu, dan kelihatan muda. 

Yalah, siapa yang tidak mahu kelihatan cantik di dunia ini bukan?

Untuk mendapatkan kulit yang cantik itu ada pelbagai cara. Terpulanglah kepada anda mahu menggunakan cara yang mana.

Ada cara yang mudah dan ada juga cara yang susah.

Ada cara yang mahal dan ada juga cara yang murah. 

Tetapi, apa yang pasti, cara apa pun yang anda guna, pastikan cara itu benar benar berkesan dan tidak memudaratkan diri anda. 

Sebagai penulis blog, inginlah saya berkongsi kepada anda terutama wanita tentang rahsia mendapatkan kulit yang cantik dan muda. 

Mahu tahu rahsianya? Jom terjah ---> Rahsia Untuk Mendapatkan Kulit Yang Cantik Dan Muda <--- untuk mengetahuinya. 

Bacalah artikel yang saya kongsikan itu untuk mendapatkan kulit yang benar benar menawan. 


Sabtu, 18 Mac 2017

TATKALA TUHAN MENYAMPAIKAN PESAN

Image result for tuhan
Sumber : Google



Ketika kita melangkah pergi meninggalkan Tuhan,

Sedikit pun Tuhan tidak pernah berasa sedih mahupun rawan,

Tetapi, Tuhan tidak pernah lupa untuk menyampaikan pesan,

Seandainya di suatu ketika nanti kita ditimpa kesedaran,

Janganlah pernah sesekali berasa malu ataupun segan,

Untuk menadah tangan dan memohon keampunan.



Berapa banyak pun dosa yang telah kita buat,

Tuhan tidak pernah culas untuk menerima taubat,

Dan Tuhan terus berpesan entah yang ke berapa kali,

Janganlah ditempuh maksiat itu lagi dan lagi.



Tuhan pun berpesan lagi,

Janganlah dicari Tuhan lain sebagai pengganti,  

Kelak kita tidak mampu menahan siksa Tuhan yang amat pedih sekali,

Meskipun kita keseorangan di dalam dunia ini,

Akibat disisih atau dipinggir oleh lain lain manusiawi,

Tuhan pasti datang untuk menemani.



Walaupun kita sering mengingkari perintah Tuhan,

Namun kasih Tuhan terhadap kita tidak pernah berkurangan,

Buktinya kita masih bernafas dan masih lagi bisa menikmati kehidupan.



Tuhan selalu bertanya : mengapa kita sering melupakan diri-Nya.

Apakah kita tidak sedar akan keesaan-Nya,

Ingatlah, walau di mana sahaja kita berada,

Tuhan sentiasa menyayangi dan mengingati kita semua.



Dan Tuhan terus lagi menyampaikan pesanan,

JIkalau suatu ketika nanti kita berada dalam keresahan dan kecelakaan,

Janganlah sesekali Tuhan itu kita lupakan,

Segeralah datang kepada-Nya untuk memohon pertolongan,

Kelak bantuan itu akan Tuhan kirimkan.






Isnin, 13 Mac 2017

BICARA SEORANG SENIMAN

Sumber : Google
 
Aku yang bergelar seorang seniman,
Hanya mampu berlakon di pentas teater panggung bangsawan,
Engkau yang bergelar seorang rakyat,
Sedang menanggung kehidupan yang amat berat,
Setiap kebahagian telah berlalu pergi,
Yang tinggal hanyalah kesedihan yang merundung hati. 


Aku yang bergelar seorang seniman,
Hanya mampu mencipta beberapa buah penulisan,
Engkau yang bergelar seorang rakyat,
Sedang berjalan di lorong kemiskinan yang amat dahsyat,
Tanpa mendapat pembelaan daripada sesiapa,
Meskipun telah mengemis di sini dan di sana.


Aku yang bergelar seorang seniman,
Hanya mampu menulis beberapa buah puisi,
Engkau yang bergelar seorang rakyat,
Sedang bertarung mencari sesuap nasi,
Untuk mengisi perut diri dan perut keluarga,
Yang tinggal di ceruk kota atau di kaki lima. 


Aku yang bergelar seorang seniman,
Hanya mampu memperjuangkan nasibmu di arena kesusasteraan,
Tidak banyak yang aku boleh suarakan sebagai seniman,
Untuk menegakkan kebenaran dan menabalkan keadilan,
Tetapi, selagi penaku masih bernyawa,
Dan selagi tintaku masih bernyala,
Nasibmu rakyat tidak akan pernah aku lupa. 



Nota : sajak ini telah beberapa kali dipinda untuk mengurangkan sensitivitinya dan menumpulkan ketajaman kritikannya. 

Ahad, 5 Mac 2017

ENAM RAKSASA EPIK YANG DIPERCAYAI OLEH MASYARAKAT BARAT

 9404


Setiap masyarakat yang ada di dunia ini memang mempunyai kepercayaan mereka yang tersendiri.

Walaupun sesebuah masyarakat itu telah menghadapi kemajuan sejak sekian lama, namun mereka tetap mempunyai kepercayaan yang karut marut. 

Masyarakat Barat misalnya, mereka memang mempunyai fikiran yang maju dan tinggal pula di negara yang maju.

Tetapi kepercayaan yang karut marut tetap tidak boleh ditinggalkan dalam masayarakat mereka. 

Misalnya kepercayaan tentang enam raksasa epik ini. Kebanyakkan masyarakat Barat cenderung untuk mempercayainya. 

Tidak tahulah mengapa mereka percaya dengan kewujudan enam raksasa epik ini sampai dibawa ke dalam filem. 

Mahu tahu apakah enam raksasa epik itu?

Jom terjah ---> Enam Raksasa Epik Yang Dipercayai Oleh Masyarakat Barat <--- untuk mengetahuinya.

Selamat membaca...  

 

Rabu, 1 Mac 2017

IKHWAH



Sumber : Google


Ikhwah yang tiba tiba muncul berada di situ,

Dikatakan Tuhan yang merancangnya supaya jadi begitu,

Bagi menanti kehadiran beberapa ikhwah yang baru,

Semuanya kerana jemaah yang telah lama ditubuhkan,

Supaya dakwah dan tarbiyah boleh terus digerakkan.



Ikhwah yang ramai itu telah membentuk sebuah jemaah,

Untuk terus melakukan kerja kerja mulia yang disebut dakwah,

Bagi membangun dan memajukan sejuta ummah,

Bergerak seiring dalam gerakan yang dipanggil usrah.



Pelbagai kebaikan bersama ikhwah telah dicanangkan,

Persaudaraan ikhwah berdasarkan Islam yang diredhai Tuhan,

Tidak tahulah sama ada yang dicanang itu betul ataupun bukan,

Atau hanya untuk menggerakkan jemaah seperti yang telah diamanahkan.   



 Ikhwah yang ramai itu memang diperlukan,

Terutama ketika diri dihambat dengan segunung kesusahan,

Seandainya suatu ketika nanti seorang ikhwah diuji Tuhan,

Dengan malapetaka dan kesukaran yang payah untuk diselesaikan,

Maka muncullah sebuah pertanyaan yang memerlukan jawapan,

Di manakah semua ikhwah pada waktu itu,

Adakah terus berada di situ atau hanya akan langsung berlalu.



Jika ikhwah lari meninggalkan diri,

Maka berdustalah segala kata kata ikhwah selama ini,

Maka sia-sialah segala usaha memasuki dan menggerakkan jemaah yang kononnya diredhai.



Ketika tiba masa, saat, dan ketika itu,

Janganlah disalahkan ikhwah yang mufarakah daripada jemaah itu,

Dan jangan sesekali mencela jika kritikan dilontarkan selalu,

Kerana ikhwah dan jemaah yang ada itu semuanya mungkin palsu.