Isnin, 27 Februari 2017

KEBURUKAN YANG TIMBUL APABILA LELAKI MULA CUCI BAJU!

 F87f


Kerja kerja mencuci baju ini adalah suatu kerja yang penting sebenarnya. 

Walaupun ia penting, tetapi tidak ramai orang boleh melakukannya dengan sempurna. 

Orang perempuan dipercayai adalah golongan yang paling cekap dalam hal ehwal mencuci baju. 

Ini ekoran daripada mencuci baju itu adalah kerja kerja yang biasa dilakukan oleh mereka.

Orang lelaki pun mencuci baju juga tetapi cara mereka mencuci tidaklah sama seperti cara orang perempuan mencuci baju.

Mereka ada cara mereka sendiri bagaimana mereka mahu mencuci baju.

Bagi kebanyakkan perempuan, cara lelaki mencuci baju boleh merosakkan segala-galanya. Benarkah begitu? 

Orang perempuan mendakwa akan timbul banyak keburukan jika orang lelaki mencuci baju. 

Mahu tahu apa keburukan tersebut? 

Jom terjah ---> Keburukan Yang Timbul Apabila Lelaki Mula Cuci Baju <--- untuk mengetahuinya. 

Anda nilailah sendiri benarkah keburukan keburukan yang disenaraikan itu boleh timbul jika lelaki mencuci baju.

Selamat membaca...

Ahad, 26 Februari 2017

SUARA PUISI SEORANG PENYAIR


Sumber : Google


Sebuah puisi yang ditulis dengan penuh kesungguhan,
Sebuah puisi yang ditulis untuk melontar segumpal teguran,
Sebuah puisi yang ditulis untuk menyampaikan maksud pandangan,
Tetapi puisi yang baik itu telah dikeronyokkan,
Dengan tangan kata tanpa sekelumit rasa belas kasihan,
Puisi yang baik itu cuba untuk dipertahankan,
Tetapi ia tetap tidak langsung mendapat sebarang bantuan,
Apatah lagi ia terus dihujani dengan suara suara berbentuk sokongan,
Juga disiram dengan madah madah yang penuh kelucuan,
Akhirnya puisi yang baik itu telah dibakulsampahkan. 

Puisi itu ditulis dengan segunung niat yang murni,
Ia ditulis tanpa meminta sebarang balasan walau seinci tanah di bumi,
Ia ditulis untuk cuba membangunkan sejuta idealisme yang suci,
Dengan penuh rasa ikhlas yang mekar di sanubari,
Supaya masyarakat boleh tumbuh rasa cakna dan subur sikap peduli,
Atas apa yang telah berlaku pada masa kini di alam realiti,
Tetapi puisi itu tidak pula cuba untuk dimengerti,
Kerana tidak langsung memahami hakikat sebenar tentang diri,
Seorang penyair yang punya banyak kelemahan sendiri.

Puisi itu tiada salahnya,
Ia bukan puisi yang penuh noda apatah lagi berdosa,
Ia cuma puisi yang ditulis dengan tidak mengikut selera,
Ia mungkin ditulis dengan kata kata yang biasa, 
Tetapi di dalamnya penuh dengan madah bicara,
Yang mungkin boleh menyentap minda seorang manusia,
Supaya langsung bangun dari mimpi siangnya.

Puisi itu mungkin tidak akan pernah difahami,
Oleh manusia yang buta bahasa dan tuli seni,
Juga manusia yang tidak faham diri dan hakikat realiti.

Seorang penyair mungkin menerima sejuta pujian,
Seorang penyair mungkin menerima seribu tepukan,
Atas puisi puisi yang pernah dibaca dan telah disiapkan,
Tetapi mana mana puisi yang sudah pun masuk ke bakul sampah,
Di hatinya telah penuh dengan luka, darah, dan nanah.   

Seorang penyair mungkin boleh mengukir seindah senyuman,
Untuk menutup luka besar yang terpahat perit di ruang kejiwaan,
Seandainya puisi seorang penyair sudah tidak diperlukan lagi,
Seandainya puisi seorang penyair itu memang buruk tidak terperi,
Seandainya ada penyair yang lain datang sebagai pengganti,
Sebagai pengingat diri dan hati hampir setiap detik dan hari,
Maka sudah tiba masanya penyair itu berundur diri. 


Sabtu, 25 Februari 2017

TUJUH SEBAB PETI SEJUK ANDA MUDAH ROSAK!


 954d

Peti sejuk atau peti ais adalah antara peralatan terpenting yang ada di rumah kita. 

Tanpa alat ini, sudah pasti hidup kita menjadi sukar.

Peti sejuk adalah alat yang sangat berguna untuk menyimpan barang barang dapur yang kita beli seperti ikan, ayam, sayur, dan sebagainya. 

Walau bagaimanapun, oleh kerana kekurangan ilmu pengetahuan, ramai di antara kita telah silap menggunakan peti sejuk itu. 

Ramai di antara kita gemar melakukan perkara perkara yang boleh menyebabkan peti sejuk menjadi rosak. 

Akibatnya, peti sejuk yang mahal harganya itu rosak dengan cepat walaupun penggunaannya belum pun mencecah 10 tahun. 

Maka, pada hari ini, inginlah saya kongsikan kepada anda, punca punca peti sejuk anda mudah rosak. 

Mahu tahu apakah punca punca tersebut? 

Jom terjah ---> Tujuh Sebab Peti Sejuk Anda Mudah Rosak <--- untuk mengetahuinya. 

Bacalah artikel yang saya kongsikan itu supaya anda tidak melakukan perkara perkara yang boleh merosakkan peti sejuk anda. 

Selamat membaca... 

Jumaat, 24 Februari 2017

KEBURUKAN DAN KEBAIKAN TINGGAL DI KUALA LUMPUR


Sumber : Google


Saya memang dilahirkan di Melaka tetapi setelah beberapa bulan dilahirkan saya dibawa oleh ibu bapa saya tinggal di Kuala Lumpur. Mungkin kerana bapa saya orang Kuala Lumpur dan ibu saya pula bekerja di Kuala Lumpur, maka mereka bawa saya tinggal di Kuala Lumpur. Bolehlah dikata yang saya ini membesar dan banyak menghabiskan hidup saya di Kuala Lumpur. Walaupun Melaka itu tempat lahir saya tetapi jiwa dan hati saya terlalu dekat dengan Kuala Lumpur. Saya kurang jadi orang Melaka tetapi lebih banyak jadi orang Kuala Lumpur. Dialek Melaka pun saya tidak kuasai dengan baik sekali. 

Untung betul saya tinggal di Kuala Lumpur. Sejak kecil lagi saya sudah lihat kepesatan pembangunan Kuala Lumpur. Rumah saya yang terletak di Kampung Baru itu berada di tengah tengah bandaraya Kuala Lumpur. Oleh itu, banyak bangunan tinggi tinggi seperti KLCC dan Menara Kuala Lumpur saya boleh lihat dengan mata kepala saya sendiri seawal saya kanak kanak lagi. Kawasan rumah saya memang terkepung dengan banyak bangunan yang tinggi tinggi. 

Jika ditanya kepada saya apa yang saya suka sangat tentang Kuala Lumpur, saya sendiri tidak tahu sebenarnya. Mungkin kerana ia dekat dengan jiwa saya atau mungkin juga kerana banyak kemudahan yang disediakan di sini sana. Kuala Lumpur itu bolehlah dikata sebagai tempat tumpuan manusia untuk tinggal dan mencari rezeki dari seluruh Malaysia. Kuala Lumpur juga menjadi pusat kegiatan ekonomi yang pesat sentiasa. 

Walaupun saya cinta dengan Kuala Lumpur tetapi ada juga rasa tidak suka saya pada Kuala Lumpur. Misalnya, jika hendak ke mana mana, bukan semua tempat kita boleh menggunakan pengangkutan awam semata-mata. Seperti yang kita tahu, pengangkutan awam di Malaysia antara yang paling teruk di dunia! Di ibu kota negara negara maju, pengangkutan awam mereka mempunyai kelas dan mutu. Pengangkutan awam mereka boleh diakses ke mana mana walaupun tempat itu tidak ramai orang tuju. Tetapi pengangkutan awam kita seperti bas, LRT, Monorel, dan sebagainya tidaklah begitu. Ia adalah suatu yang sangat sukar bagi orang yang tidak suka memandu atau tidak boleh memandu.  

Kuala Lumpur memang tidak dapat dipisahkan dengan kesesakan jalan raya. Hampir setiap (ulang : setiap) masa jalan raya dilanda kesesakan yang agak teruk sebenarnya. Tidak ramai orang boleh tahan dengan kesesakan jalan raya. Jalan raya di Kuala Lumpur hanya menjadi lengang apabila tiba musim hari raya. 

Jenayah pun banyak berlaku di Kuala Lumpur. Kegiatan gangsterisme, pelacuran, kecurian, dan rompakan memang biasa kedengaran di Kuala Lumpur. Kegiatan tidak bermoral lain seperti perjudian, seks bebas, dan LGBT juga memang berlaku di Kuala Lumpur. Sebab itu bapa saya sangat melarang keras saya merayau tidak tentu hala di Kuala Lumpur (terutama pada waktu malam). Bapa saya tidak mahu saya menjadi manusia rosak yang dibawa arus kemaksiatan Kuala Lumpur.

Di Kuala Lumpur manusia kebanyakkannya tidak bersopan santun dan tidak bertimbang rasa. Mereka boleh memakirkan kereta mereka (untuk makan di restoran atau hadir kenduri) dihadapan rumah orang tanpa ada sekelumit pun rasa bersalah di hati mereka. Memandu di Kuala Lumpur perlu cekap sentiasa. Jika tidak cekap memandu, bersiap sedialah untuk dihon atau dimaki-hamun oleh pemandu yang tidak bertimbang rasa. 

Jika saya merenung Kuala Lumpur, saya kadang kala rasa ia bukan lagi ibu negara Malaysia. Saya boleh rasa ia adalah ibu negara Bangladesh, Nepal, Myanmar, dan Indonesia. Begitu ramai pendatang asing yang datang dari pelbagai negara wujud di sana. Ada yang sudah pun dibenarkan untuk berniaga. Tidak mustahil suatu hari nanti Kuala Lumpur itu mereka yang punya. 
     
Menurut cerita bapa saya dan melalui buku buku yang pernah saya baca, Kuala Lumpur adalah tempat berkembangnya seni dan budaya (selepas Malaysia berpisah dari Singapura). Di Pasar Seni, ramai seniman dan sasterawan seperti Khalid Salleh, Pyanhabib, , M. Nasir, S.H.Al-Attas, kumpulan Kopratasa dan ramai lagi memang gemar membaca puisi. Acara teater pun banyak di lakukan di Pasar Seni. Tetapi seni dan budaya yang berkembang di Kuala Lumpur itu diancam kemunahan setelah ia dirobek oleh pembangunan. Tidak banyaklah lagi aktiviti seni dan budaya yang terdapat di sana. Jika ada pun begitu mahal harganya.  

Kuala Lumpur adalah bandaraya yang anti seni, anti budaya, anti sejarah, dan anti kemudahan! Segala kegiatan seni dan budaya (seperti yang telah saya sebut di atas tadi) musnah kerana pembangunan. Banyak bangunan sejarah seperti Penjara Pudu misalnya diroboh untuk tujuan pembangunan. Dan banyak kemudahan orang ramai seperti stesen Petronas di Kampung Baru itu diroboh dan dimusnahkan kerana mengejar pembangunan. 

Kuala Lumpur banyak baiknya tetapi pada masa yang sama, ada buruknya juga. Ia boleh menjadi sebuah ibu negara yang selesa didiami seandainya segala masalah yang saya sebutkan di atas tadi dapat diatasi dengan segera. Jika banyak masalah, bukan sahaja ia menjadi ibu negara yang tidak selamat untuk didiami, malah penduduknya ramai yang akan sengsara nanti. Semoga Kuala Lumpur menjadi bandar yang selesa untuk didiami.

PERKARA YANG TIDAK PERLU DILETAK DALAM RESUME KERJA

Image result for temuduga kerja
Sumber : Google

1. Butiran lanjut ketika zaman kolej 

Terlalu banyak butiran mengenai zaman kolej boleh mengganggu ruang dalam resume anda. Jika anda bukan graduan muda, butiran ini sudah tidak relevan lagi bagi majikan. Mereka tidak akan pandang lagi segala penglibatan kokurikulum, ahli kelab persatuan, CGPA, dan sebagainya.  

2. Bahasa

Majikan sudah tidak hairan dengan bahasa melainkan kerja kerja yang anda mohon itu melibatkan penggunaan bahasa. Boleh dimasukkan jika anda mahir dalam bahasa ketiga tetapi jika anda tidak mahir, tidak perlu dimasukkan. Semua industri memerlukan anda menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.  

3. Internship dan anugerah penghargaan

Butiran ini boleh dimasukkan jika ada kaitan dengan bidang kerja yang anda mohon. 

4. Tempoh perkhidmatan kerja untuk mengukur tahap pengalaman

Berapa lama anda bekerja di sesebuah syarikat bukan lagi aset utama untuk mengukur kehandalan anda bekerja. Ia hanyalah sebagai jangkaan untuk membuat perundingan gaji sahaja.