Selasa, 31 Januari 2017

SELAMAT BERTUGAS SEMUA…


Image result for selamat bertugas
Sumber : Google


Umum tahu bahawa Pembina UiTM Shah Alam sekarang telah dipimpin oleh jawatankuasa yang baru (diketuai oleh akhi Thaqif sebagai Presiden). Walaupun jawatankuasa tersebut dibarisi oleh muka muka lama tetapi tetap ada juga muka muka yang baru. Rombakan jawatan yang telah dibuat sebelum ini telah meletakkan Pembina UiTM Shah Alam sebagai sebuah pertubuhan yang boleh bersaing dan berdaya maju. 

Kita semua yakin dan percaya bahawa jawatankuasa yang baru ini pasti dapat mengemudi Pembina dengan sebaiknya. Berbekalkan bakat, pengalaman, dan kebijaksanaan yang ada pada mereka, pastilah Pembina dapat melangkah ke hadapan dengan lebih berjaya. 

Kita juga yakin dan percaya bahawa sekalian orang yang duduk dalam jawatankuasa baru itu mempunyai kredibiliti dan integriti. Atas kapasiti itulah mereka diberi kepercayaan untuk mengemudi persatuan yang bukan setahun jagung usianya ini. Maka, sekalian ahli Pembina sama ada yang aktif mahupun yang kurang aktif mestilah memberi sokongan penuh kepada mereka tanpa ada rasa berbelah bahagi.

Tidak banyak sebenarnya yang saya boleh cerita mengenai mereka. Saya mengenali mereka dengan seadanya sahaja. Tetapi melihat pada diri mereka daripada jauh dan melihat gerak kerja mereka seberapa lama, saya yakin mereka adalah orang yang bertanggungjawab dan boleh buat kerja.   

Bagi memimpin sebuah persatuan yang sebesar Pembina ini bukanlah satu tugas yang mudah. Banyak cabaran yang perlu dihadapi dan semestinya ia sangat payah. Hanya orang yang berani, berwawasan, berbakat, bijaksana, dan berkebolehan sahaja yang mampu melakukannya. Kerana mereka sudah bersedia untuk memikul tugas tersebut sejak sekian lama. 

Tugas tugas untuk menjadi seorang pemimpin ini sangat berat dan sangat banyak sebenarnya. Jika tidak bersedia atau tidak mempunyai bakat sebagai pemimpin pastilah sukar seseorang itu melakukan tugas-tugasnya. Sebab itu ramai orang tidak bersedia atau mungkin tidak layak untuk untuk menjadi seorang pemimpin. Dia lebih suka dirinya terus dipimpin. Tetapi berdasarkan gerak kerja yang sedia ada, sekalian jawatankuasa baru ini pastilah terdiri daripada orang orang yang boleh memimpin.

Dengan dipimpin oleh jawatankuasa yang baru, diharapkan Pembina diberi nafas baru dan mempunyai idea yang baru. Program program yang akan dilaksanakan oleh Pembina pun pastilah lebih segar dan bermutu. Ini bertujuan untuk menarik lebih ramai mahasiswa UiTM untuk menyertai Pembina. Maka, dakwah dan tarbiyah yang selama ini terpasak lama dalam batang tubuh Pembina akan tersebar luas di sini sana. 

Berdasarkan maklumat yang saya terima, gerak kerja Pembina sudah berubah dan sedikit berbeza. Perubahan yang dibuat itu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk kebaikkan Pembina juga. Perubahan juga dibuat supaya Pembina boleh mendapat lebih ramai pelapis untuk terus memimpinnya. Semuanya untuk memastikan agar Pembina UiTM Shah Alam akan terus bertahan sampai bila bila.

Semua pihak yang berada dalam Pembina mesti bekerjasama. Tidak boleh diharap kepada jawatankuasa yang baru sahaja untuk buat kerja. Apabila ada kerjasama, pastilah semua gerak kerja dapat berjalan dengan sempurna. Dan pastilah Pembina mendapat keuntungan yang besar daripadanya. Tegas pepatah : bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. 

Kepada semua ahli jawatankuasa yang lama terutama kepada akhi Saiful dan akhi Asyraff khususnya, terima kasih atas segala sumbangan dan bakti kalian kepada Pembina. Tanpa kalian pastilah Pembina tidak akan ke mana mana. Ahli jawatankuasa yang baru ini muncul pun kerana hebatnya ahli jawatankuasa yang lama. Semoga jasa kalian kepada Pembina UiTM Shah Alam diberkati oleh Allah hendaknya. 

Apa apa pun, saya ingin mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada semua ahli jawatankuasa yang baru. Lakukanlah apa sahaja yang terbaik untuk memastikan Pembina terus hebat dan maju. Semoga sumbangan anda semua kepada Pembina dirahmati oleh Allah selalu.   

       

Isnin, 30 Januari 2017

CARA MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DENGAN BERKESAN



Image result for bahasa melayu
Sumber : Google


Mengapa bahasa Melayu sukar dimartabatkan? Mengapa bahasa Melayu sering dipinggirkan? Inilah yang pejuang pejuang bahasa sering persoalkan. Bahasa Melayu terdapat dalam Perlembagaan tetapi bahasa ini acapkali dianaktirikan. 

Seperti kata Datuk Rahman Shaari (bekas pensyarah Universiti Malaya) dalam kolumnya di akhbar Sinar Harian, bahasa Melayu sukar dimartabatkan kerana ia tidak digunakan dalam bidang pekerjaan. Bahasa Inggeris menjadi bahasa utama yang digunakan oleh ramai majikan. Dan sebab itulah bahasa Melayu umpama mati tak mahu, hidup pula segan!

Seandainya semua (ulang : semua) majikan memilih bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam sektor pekerjaan, baik dalam mesyuarat mahupun dalam temuduga, pastilah bahasa Melayu ini akan ramai orang suka dan akan ramai orang guna.

Tetapi sayangnya tidak ramai majikan mahu gunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di syarikat mereka. Majikan yang berbangsa Melayu barangkali mereka guna tetapi tidak dengan majikan yang bukan berbangsa Melayu lebih lebih lagi yang ultrakiasu. Mereka lebih suka menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa ibunda mereka dalam urusan seharian di pejabat mereka. Maka bahasa Melayu pun sukar dimartabatkan pula. 

Kerajaan pula dilihat tidak tegas dalam memartabatkan bahasa Melayu. Sepatutnya kerajaan mewajibkan semua sektor baik kerajaan mahupun swasta untuk menggunakan bahasa Melayu. Kewajiban itu hendaklah tertakhluk dalam semua perkara seperti temuduga, urusan surat menyurat, mesyuarat dan sebagainya. Barulah bahasa Melayu boleh dimartabatkan dengan serta merta.
 

Tetapi, seperti yang kita ketahui, negara kita ini memang bermasalah serba serbi. Baik dalam pendidikan, sukan, politik, agama, apatah lagi ekonomi. Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan pastilah lebih parah lagi. Sedih apabila melihat kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu gagal menangani masalah ini.

Saya tidak berniat bermain acilut politik dalam artikel ini. Cuma saya menegur langkah langkah kerajaan kita yang seperti tidak tegas dalam memartabatkan bahasa kebangsaan sendiri. Jika kerajaan sendiri pun dilihat tidak tegas, bagaimana rakyat jelata mahu ikut dengan tuntas dan pantas?! 

Bahasa Melayu sudah tertulis elok dalam perlembagaan. Perkara 152 itu sudah sepatutnya tidak boleh lagi menjadi satu permasalahan. Tetapi seperti yang saya kata, negara ini kaya dengan masalah segala. Masalah yang melanda pun termasuklah masalah dalam bahasa. Di negara negara lain, masalah bahasa kebangsaan memang telah lama diselesaikan. Setelah sesebuah negara mendapat kemerdekaan, semua urusan dalam negara baik rasmi atau tidak rasmi menggunakan bahasa kebangsaan. Ia bukan menjadi satu masalah yang perlu mengundang banyak perbahasan seperti yang negara kita sering lakukan. 

Bahasa Melayu bukan hanya bermasalah dalam sektor pekerjaan sahaja. Dalam banyak perkara pun begitu juga. Jika kita merentasi jalan raya untuk ke mana mana, lihatlah bahasa apa yang digunakan pada papan papan iklan di sini sana? Adakah bahasa Melayu semata-mata? Atau ada bahasa Inggeris dan bahasa bahasa lain juga? Tepuk dada dan tanyalah selera.        

Sampai bila pun bahasa Melayu sukar dimartabatkan jika kerajaan tidak tegas untuk memartabatkannya. Bertegas supaya penggunaan bahasa Melayu dalam sektor pekerjaan adalah antara salah satu cara. Jika kerajaan culas bertindak sekarang, bahasa Melayu suatu hari nanti pasti akan hilang. Dan tidak mustahil ia akan berlaku pada masa akan datang.


Ahad, 29 Januari 2017

SENARAI LAGU YANG DIGEMARI RAMAI LELAKI TETAPI MEREKA MALU MENGAKUINYA

Image result for lelaki macho
sumber : Google


Setiap lelaki pasti ada lagu yang mereka gemari tidak kira dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. 

Lagu lagu itu digemari mungkin kerana rentaknya yang sedap, liriknya yang mempunyai maksud yang mendalam atau mungkin juga kerana penyanyi yang menyanyikan lagu tersebut kacak atau cantik. 

Pendek kata, ada bermacam sebab mengapa seseorang itu menyukai sesebuah lagu.

Walau bagaimanapun, citarasa setiap orang itu adalah berbeza. 

Ada orang sukakan lagu begini dan ada orang sukakan lagu begitu. 

Orang yang suka lagu rock belum tentu suka lagu k-pop

Orang yang suka k-pop belum tentu suka lagu balada. 

Pokok pangkalnya, citrasa setiap orang adalah berbeza. 

Kerana perbezaan inilah yang menyebabkan mengapa ada orang (terutama lelaki) malu untuk mengakui yang dia meminati lagu lagu tertentu. 

Dia malu kerana mungkin lagu itu dianggap tidak sesuai dengan jiwa seorang lelaki. Atau mungkin juga lagu itu dianggap hanya layak disukai oleh remaja perempuan sahaja. 

Itulah persepsinya dan persepsi itu bergantung kepada persepsi orang lain. 

Maka, pada hari ini, saya ingin senaraikan lagu lagu yang ramai disukai oleh kaum lelaki tetapi mereka malu untuk mengakuinya kerana takut dituduh dengan bermacam perkara. 

Mahu tahu apakah lagu lagu tersebut? Jom terjah ---> Senarai Lagu Yang Digemari Ramai Lelaki Tetapi Mereka Malu Mengakuinya <--- untuk mengetahuinya. 

Selamat membaca...