Sumber : Google |
Menggunakan
pena dan juga kertas,
Kita
tulis bantahan dengan sangat keras,
Ketika
kita turun ke jalan raya,
Kita
arakkan keranda satu lima dua.
Semakin
negara menuju kemodenan,
Bahasa
Melayu semakin terkorban,
Sebelum
bahasa kita hilang di bumi,
Peringatan
awal telah pun kita beri.
Sudah
pasti kita akan terus dihina,
Hanya
kerana ingin menjulangkan bahasa,
Tetapi
tekad kita sebagai pejuang,
Janganlah
pernah sesekali kita buang.
Kita
adalah pejuang yang memartabatkan bahasa,
Supaya
bahasa kembali bermaruah dalam negara.
Rasa
cinta kita terhadap bahasa,
Satu
saat pun janganlah pernah kita lupa,
Supaya
bahasa tidak terus diperkosa,
Kita
akan terus berjuang menyelamatkannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.