Sumber : Google |
Hanya kerana berbeza agama,
Hanya kerana berbeza bangsa,
Hanya kerana berbeza negara,
Pembunuhan pun menjadi halal di dunia,
Nyawa pun semakin murah harganya.
Hanya kerana berbeza bangsa,
Hanya kerana berbeza negara,
Pembunuhan pun menjadi halal di dunia,
Nyawa pun semakin murah harganya.
Banyak keluarga telah dirampas oleh mati,
Kawan pun hanya tinggal beberapa sahaja lagi,
Esok pasti akan ada yang pergi,
Kehilangan sudah menjadi harta peribadi,
Jalan raya menjadi saksi kematian penuh ngeri.
Sedang enak menghirup kuah keamanan,
Peluru dan bom datang merejam kebebasan,
Hidup terus dipangku oleh ketabahan,
Hanya mampu bergayut pada dahan keimanan,
Dan terus terpasung di penjara kesedihan.
Bantulah mereka segera wahai Tuhan,
Kirimkan pertolongan supaya musuh dihapuskan,
Hanya kau tempat bergantung segala harapan,
Untuk menggangkat segala batu penindasan.
Teruskan bersabar wahai saudara seagama,
Saat kemenangan sudah hampir tiba,
Akan terus dialirkan sejambak sokongan dan doa,
Untuk mengurangkan segala beban derita.
Moga tidak terendam di lumpur putus asa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.