Sumber : Google |
Sering
saya ditanya apakah perbezaan antara sajak dengan puisi sebenarnya? Pertanyaan
itu muncul setelah ramai melihat saya cenderung dalam dunia sastera dan sajak beberapa
ketika. Meskipun bidang pengajian saya di universiti adalah bidang bahasa,
tetapi bidang sastera tetap menjadi kegemaran saya.
Sajak
dan puisi itu sebenarnya tidak jauh beza. Tetapi puisi lebih sukar difahami dan
diteka maksudnya. Namun, kedua-duanya mempunyai bentuk yang sama. Dan kedua-duanya
juga amat mementingkan keindahan dan kecekapan berbahasa.
Puisi
perlu disampaikan secara tersirat dan maksudnya sukar difahami. Jika maksudnya
mudah difahami, ia tidak menjadi puisi lagi. Ia sekadar menjadi sajak sahaja.
Namun, jika puisi terlalu kabur maksudnya, seperti puisi-puisi A. S. Amin dan
Noor S.I misalnya, ia adalah sesuatu yang tidak bagus juga.
Saya
mula jatuh hati dengan puisi/sajak setelah saya membaca sajak A. Samad Said
bertajuk Tetamu Senja. Dari situlah timbulnya minat saya untuk menulis sajak
dan menjadi penyajak sebenarnya. Sajak-sajak saya pun dipengaruhi oleh
sajak-sajak yang ditulis oleh sajak A. Samad Said kebanyakkannya.
Meskipun
saya dan A. Samad Said mempunyai perbezaan dari segi ideologi (politik), tetapi
puisi-puisinya sangat berkesan di hati. Perhatikan sajak Peludah Warna yang
ditulis oleh A. Samad Said di bawah :
“Kuasa
gusar kini menggelegak murka / Warna kuning diisytihar racun terbisa /
Diragutnya baju-T segeram tenaga / Dan diumum itulah busana bahaya.”
Sajak
di atas sebenarnya adalah sajak perjuangan. Hanya orang yang terlibat secara
langsung dalam lapangan perjuangan kepembangkangan (Bersih) sahaja boleh
menulis sajak yang indah sedemikian. Bait-bait sajak di atas bukan sahaja
menggambarkan luahan simpati, malah turut sama perasaan benci.
Saya
sebenarnya lebih banyak menulis sajak berbanding menulis puisi. Sajak lebih
mudah ditulis berbanding puisi. Jika tidak pandai menyatakan sesuatu secara
tersirat, menulis sajak adalah sebaik-baik karya seni yang boleh dibuat.
Perhatikan bait-bait sajak Alirkan Sokongan yang telah saya cipta baru-baru ini
:
“Sedang
enak menghirup kuah keamanan / Peluru
dan bom datang merejam kebebasan / Hidup terus dipangku oleh ketabahan / Hanya
mampu bergayut pada dahan keimanan / Dan terus terpasung di penjara kesedihan.”
Sajak
yang saya tulis di atas mudah diteka maksudnya. Ia menggambarkan tentang
keadaan seseorang yang sedang menderita. Penderitaan itu adalah kerana
peperangan yang menjadi punca.
Kita
beruntung kerana mempunyai ramai penulis puisi yang berbakat besar di Malaysia.
Usman Awang, Muhammad Haji Salleh, Latif Mohiddin, Baha Zain, Abdul Ghaffar
Ibrahim, dan Siti Zainon Ismail adalah
antara beberapa nama. Puisi-puisi mereka sering kali menjadi rujukan ramai
penulis puisi di Malaysia. Setiap daripada mereka mempunyai gaya tersendiri
dalam penulisan puisi-puisi mereka.
Latiff
Mohiddin (seorang pelukis dan penulis puisi) adalah antara penulis puisi yang
boleh dibanggakan. Puisinya yang berjudul Sungai Mekong adalah puisi yang telah
mencapai tahap kecemerlangan. Perhatikan bait-bait puisi Sungai Mekong di bawah
:
“Sungai
Mekong / Kupilih namamu / Kerana aku begitu sepi / Kan ku benamkan dadaku ke
dasarmu / Kaki kananku ke bulan / Kaki kiriku ke matahari / Kan ku hanyutkan
hatimu ke kalimu.”
Lihatlah
bagaimana puisi di atas itu diciptakan. Puisi ini ditulis dengan penuh gaya
kesenian. Frasa ‘kan ku benamkan dadaku ke dasarmu / kaki kananku ke bulan /
kaki kiriku ke matahari’ sering kali menjadi pertanyaan. Bagi orang yang tidak
biasa dengan puisi, pasti maksud sebenar frasa itu begitu sukar untuk difahami.
Pastilah
aneh bagaimana seseorang boleh membenamkan dadanya di dasar sungai dan
mengangkangkan kakinya – satu ke bulan dan satu lagi ke matahari. Sebenarnya
frasa itu tidak mempunyai maksud yang pasti. Penulisnya sahaja yang tahu
maksudnya serba-serbi. Cuma apa yang hendak ditekankan di sini, hanya penulis
puisi yang menjadi pelukis sahaja yang berupaya berimaginasi dan menulis puisi yang
indah sebegini. Mungkin Latiff terpengaruh dengan gaya surealisme semasa
menulis puisi ini.
Puisi
Sidang Roh nukilan Dr Kassim Ahmad juga adalah puisi yang mengesankan. Tidak
hairanlah puisi ini pernah mencipta kontroversi kerana ia menyentuh tentang
darihal ketuhanan. Perhatikan bait-bait puisi Sidang Roh ini di bawah :
“Nanti
akan padamlah dengan sendiri / Lampu dari menara tinggi / Kerana di bawahnya
orang kian mabuk / Dan Tuhan telah mati.”
Frasa
‘dan tuhan telah mati’ itulah yang mencetuskan kontroversi. Semua orang percaya
bahawa Tuhan tidak akan pernah mati. Percaya bahawa Tuhan boleh mati berupaya
untuk menggugat akidah sendiri. Inilah bahayanya jika maksud terlalu kabur
dalam sesebuah puisi. Orang akan mudah salah tafsir maksud sebenar yang hendak
disampaikan. Dan maksud sebenar frasa itu bukanlah apa yang ramai orang
fikirkan.
Puisi
itu perlu dibaca secara keseluruhan. Ia adalah berkenaan orang yang melakukan
maksiat dan kejahatan. Orang yang banyak melakukan kemaksiatan, dirinya pasti
jauh daripada Tuhan. Tuhan (baca : iman) sudah tiada atau mati dalam dirinya.
Itulah maksud frasa itu sebenarnya. Frasa itu boleh dianggap terlalu hiperbola (atau
mungkin absurd) sifatnya.
Esei
ini bukanlah mencakupi segala-galanya tentang sajak dan puisi. Pastilah wacana
tentang sajak dan puisi itu boleh ditulis daripada pelbagai sudut lagi. Apa
yang sedang saya bicarakan sekarang adalah perbezaan antara sajak dan puisi.
Baik dari segi keindahannya dan juga bentuknya. Latiff Mohiddin dan Kassim
Ahmad berupaya menulis puisi tentunya. Dan saya pula hanya mampu menulis sajak
sahaja.
Hebat
BalasPadamWujudkah puisi prosaik?
BalasPadamMungkin ada tetapi saya yang tak jumpa
Padambertamu seketika sebelum mimpi menjwmput
BalasPadam