Sabtu, 10 Jun 2017

BERTEMAN SYAITAN DI BULAN RAMADAN!



Image result for SYAItan
Sumber : Google


Bulan Ramadan yang mulia ini memang tidak pernah dapat dipisahkan dengan ibadah puasa. Ibadah puasa pula memang tidak dapat dipisahkan dengan makanan semestinya. Bercakap tentang darihal makanan di bulan Ramadan ini ada pelbagai kerenah sebenarnya. Ia bertujuan untuk membuka mata kita bersama agar kita mengambil cakna.  


Baru baru ini gempar berita yang mengatakan bahawa terdapat pembaziran makanan yang berlaku dengan begitu banyak sekali. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati bahawa terdapat 3000 tan sampah dibuang setiap hari. 80% daripada 3000 tan sampah itu adalah sisa makanan buangan dari rumah sebenarnya. Dan 40% daripada sisa makanan buangan dari rumah itu adalah sisa makanan yang masih elok pula.  


Pembaziran makanan memang sudah sepatutnya tidak berlaku. Sedang orang di tempat lain diancam dengan kebuluran selalu, kita di sini boleh pula membazir begitu. Sedang kita tahu membazir itu sesuatu yang tidak baik dalam agama. Islam melarang keras pembaziran kepada umatnya.


Dalam bercakap tentang pembaziran ini, Allah telah menyebutnya secara jelas dalam Al-Quran. Terjemahan ayat itu berbunyi begini : 


Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. (Surah Al-Israa, ayat 27) 


Oleh yang demikian, elok benar kiranya jika kita dapat mengelakkan pembaziran yang berlaku dalam bulan Ramadan. Dalam bulan Ramadan yang mulia ini tidak molek jika kita dikatakan bersahabat dengan syaitan. Maka, disediakan beberapa tips untuk mengawal dan mengelak pembaziran. 


Pertama, rancang dahulu apa yang hendak dibeli. Rancang makanan apa yang hendak dibeli dan berapa banyak yang hendak dibeli mengikut kemampuan sendiri. Jangan beli makanan terlalu banyak sedang kita tidak berupaya menghabiskannya. Ia akan menyebabkan pembaziran itu berlaku dengan sebanyaknya. 


Kedua, belajar untuk mengawal nafsu. Nafsu itu dikawal bukan ketika kita berpuasa sahaja, ketika kita berbelanja pun kita perlu kawal juga. Jangan sesekali berbelanja dengan mengikut nafsu dan perasaan. Jangan membeli juadah berbuka secara berlebihan kemudian makanan itu dibuang sahaja kerana tidak habis dimakan. Itulah tandanya kita telah melakukan pembaziran. 


Ketiga, berbuka puasa di rumah sahaja. Seandainya tidak mahu berbuka puasa di masjid, berbuka puasa di rumah adalah seeloknya. Berbuka puasa di rumah lebih menjimatkan belanja (berbanding berbuka puasa di restoran dan hotel). Ini kerana, jika hotel atau restoran dijadikan tempat untuk berbuka puasa, kita perlu membayar dengan harga yang agak mahal juga. 


Keempat, bertukar-tukar juadah sesama jiran tetangga. Seandainya kita ada makanan yang berlebihan, berilah kepada jiran di sebelah rumah kita. Barangkali jiran di sebelah rumah pun akan beri makanan berlebihan yang mereka ada sebagai membalas budi baik kita. Cara begini bukan sahaja menjimatkan dan mengelak pembaziran, malah dapat mengeratkan hubungan sesama jiran. 


Kita sebagai umat Islam dilarang sama sekali melakukan pembaziran lebih lebih lagi pada bulan Ramadan. Kita perlu sedaya upaya mengelak daripada melakukan pembaziran. Bulan Ramadan adalah bulan yang mulia maka elakkanlah daripada melakukan perbuatan yang sia-sia. Semoga pembaziran tidak berlaku lagi sampai bila-bila.  

2 ulasan:

  1. Mudah2an kita tidak tergolong diantara saudara-saudara syaitan.

    BalasPadam
  2. Bulan puasa tidak sepatutnya dijadikan pesta makanan..

    Oramg susah ada yang makan sekali sahaja sehari

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.