Isnin, 17 April 2017

CARA CARA BUANG MALWARE DARI LAPTOP

Malware berasal daripada nama singkatan untuk malicious software. Ia adalah sebuah perisian yang dicipta untuk mendapat akses pada komputer kita dan juga merosakkan laptop dan juga sistem laptop.
Di antara simptom-simptom yang menunjukkan bahawa laptop kita dijangkiti malware adalah:
  1. Laptop menjadi lembab, walaupun dah clean-up dan upgrade hardware.
  2. Keluar pop-up yang bukan-bukan.
  3. Blue Screen of Death (BSOD) kerap berlaku.
  4. Homepage browser yang pelik.
Malware ini adalah istilah umum kepada virus-virus komputer seperti trojan horsesransomwarespyware, adware, scareware dan pelbagai lagi.
Ia mungkin hadir dalam pelbagai bentuk, sebagai contoh, program (*.exe) dan script. Kebiasaannya, malware ini menyamar sebagai program setup perisian dan juga permainan.
Program-program yang boleh dimuat-turun daripada laman sesawang rasmi yang dibuat oleh syarikat-syarikat besar, kadang-kala turut mengandungi malware untuk mengumpulkan data-data pemasaran daripada pengguna.
CARA-CARA UNTUK MEMBUANG MALWARE DARIPADA LAPTOP
1. Masuk ke dalam Safe Mode
Safe mode adalah salah satu ciri keselamatan yang terdapat pada Windows. Safe mode ini hanya menggunakan program dan servis yang minimum. Internet juga akan ditutup ketika safe mode.
Untuk Windows 7 atau 8:
  1. Boot laptop anda.
  2. Tekan butang F8 beberapa kali sehingga keluar Advance Boot Options.
  3. Pilih Safe mode dan tekan butang Enter pada papan kekunci.
Untuk Windows 10:
  1. Tekan butang Start @ Windows.
  2. Kemudian pilih icon Power.
  3. Tekan dan hold butang Shift dan kemudian pilih Restart.
  4. Apabila menu keluar, pilih Troubleshooting > Advance Options > Startup Settings.
  5. Kemudian, tekan butang Restart.
  6. Seterusnya, pilih nombor 4 iaitu Safe mode.
 2. Buang Temporary Files (fail sementara)
Ketika berada di dalam Safe mode, gunakan perisian Disk Cleanup untuk buang semua fail sementara, ini kerana kebanyakan malware berada di sini. Disk Cleanup juga menambahkan ruang kosong pada cakera keras.
Untuk melakukan Disk Cleanup pada Windows 7:
  1. Tekan butang Start.
  2. Pergi ke All Programs > Accessories > System Tools > Disk Cleanup.
Untuk Windows 8, 8.1, 10:
  1. Tekan butang Start.
  2. Taip Disk Cleanup.
  3. Pilih Free up disk space by deleting unnecessary files.
Setelah itu, ikut langkah ini:
  1. Jika anda mempunyai beberapa partition cakera keras, ia akan meminta anda untuk memilih cakera keras mana yang anda mahu cleanup. Pilih pemacu C, kerana ini adalah storan utama anda.
  2. Tanda fail-fail yang anda mahu buang. Semua fail yang di dalam senarai bukan fail yang penting untuk laptop anda. Tekan butang Ok.
  3. Tekan butang Delete files untuk memulakan proses cleanup.
3. Menggunakan perisian pengimbas malware
Setelah anda buang fail-fail sementara, seterusnya anda boleh teruskan dengan penggunaan perisian pengimbas malware. Perisian antivirus tidak dapat mengesan kesemua 100% jenis-jenis malware.
Gunakan Microsoft’s Malicious Software Removal Tool untuk mencari dan membuang malware yang berada di dalam laptop anda.
Cara penggunaan:
  1. Tekan butang Windows dan butang R pada papan kekunci.
  2. Taip mrt dan tekan run untuk membuka program Malicious Software Removal Tool.
  3. Tekan butang Next.
  4. Pilih Full scan untuk membuat carian yang lebih menyeluruh pada laptop anda dan tekan butang Next.
  5. Setelah proses pengimbasan selesai, tekan View detailed results of the scan. Kemudian, tekan butang Finish.
Secara ringkas, malware adalah sebuah perisian yang tidak patut berada didalam laptop kita. Ia boleh mengganggu ketika kita sedang melakukan kerja menggunakan laptop.
Dengan langkah-langkah ini kita boleh mengelakkan kehilangan dan juga kerosakan fail kita.
Kongsikan info ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Klik button share kat bawah ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.