Sumber : Google |
Sebuah
puisi yang ditulis dengan penuh kesungguhan,
Sebuah
puisi yang ditulis untuk melontar segumpal teguran,
Sebuah
puisi yang ditulis untuk menyampaikan maksud pandangan,
Tetapi
puisi yang baik itu telah dikeronyokkan,
Dengan
tangan kata tanpa sekelumit rasa belas kasihan,
Puisi
yang baik itu cuba untuk dipertahankan,
Tetapi
ia tetap tidak langsung mendapat sebarang bantuan,
Apatah
lagi ia terus dihujani dengan suara suara berbentuk sokongan,
Juga
disiram dengan madah madah yang penuh kelucuan,
Akhirnya
puisi yang baik itu telah dibakulsampahkan.
Puisi
itu ditulis dengan segunung niat yang murni,
Ia ditulis
tanpa meminta sebarang balasan walau seinci tanah di bumi,
Ia
ditulis untuk cuba membangunkan sejuta idealisme yang suci,
Dengan
penuh rasa ikhlas yang mekar di sanubari,
Supaya
masyarakat boleh tumbuh rasa cakna dan subur sikap peduli,
Atas
apa yang telah berlaku pada masa kini di alam realiti,
Tetapi
puisi itu tidak pula cuba untuk dimengerti,
Kerana
tidak langsung memahami hakikat sebenar tentang diri,
Seorang
penyair yang punya banyak kelemahan sendiri.
Puisi
itu tiada salahnya,
Ia
bukan puisi yang penuh noda apatah lagi berdosa,
Ia
cuma puisi yang ditulis dengan tidak mengikut selera,
Ia mungkin
ditulis dengan kata kata yang biasa,
Tetapi
di dalamnya penuh dengan madah bicara,
Yang
mungkin boleh menyentap minda seorang manusia,
Supaya
langsung bangun dari mimpi siangnya.
Puisi
itu mungkin tidak akan pernah difahami,
Oleh
manusia yang buta bahasa dan tuli seni,
Juga
manusia yang tidak faham diri dan hakikat realiti.
Seorang
penyair mungkin menerima sejuta pujian,
Seorang
penyair mungkin menerima seribu tepukan,
Atas
puisi puisi yang pernah dibaca dan telah disiapkan,
Tetapi
mana mana puisi yang sudah pun masuk ke bakul sampah,
Di
hatinya telah penuh dengan luka, darah, dan nanah.
Seorang
penyair mungkin boleh mengukir seindah senyuman,
Untuk
menutup luka besar yang terpahat perit di ruang kejiwaan,
Seandainya
puisi seorang penyair sudah tidak diperlukan lagi,
Seandainya
puisi seorang penyair itu memang buruk tidak terperi,
Seandainya
ada penyair yang lain datang sebagai pengganti,
Sebagai
pengingat diri dan hati hampir setiap detik dan hari,
Maka
sudah tiba masanya penyair itu berundur diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.