Sumber : Google |
Saya memang
dilahirkan di Melaka tetapi setelah beberapa bulan dilahirkan saya dibawa oleh
ibu bapa saya tinggal di Kuala Lumpur. Mungkin kerana bapa saya orang Kuala
Lumpur dan ibu saya pula bekerja di Kuala Lumpur, maka mereka bawa saya tinggal
di Kuala Lumpur. Bolehlah dikata yang saya ini membesar dan banyak menghabiskan
hidup saya di Kuala Lumpur. Walaupun Melaka itu tempat lahir saya tetapi jiwa
dan hati saya terlalu dekat dengan Kuala Lumpur. Saya kurang jadi orang Melaka
tetapi lebih banyak jadi orang Kuala Lumpur. Dialek Melaka pun saya tidak
kuasai dengan baik sekali.
Sejak kecil
lagi saya sudah melihat kepesatan pembangunan Kuala Lumpur. Rumah saya yang terletak
di Kampung Baru itu berada di tengah tengah bandaraya Kuala Lumpur. Oleh itu,
banyak bangunan tinggi tinggi seperti KLCC dan Menara Kuala Lumpur saya boleh
lihat dengan mata kepala saya sendiri seawal saya kanak-kanak lagi. Kawasan
rumah saya memang terkepung dengan banyak bangunan yang tinggi-tinggi.
Ada banyak
sebab mengapa saya suka benar dengan Kuala Lumpur sebenarnya. Selain daripada
ia mampu menyediakan pelbagai makanan dari Malaysia dan dari seluruh pelusuk
dunia, pelbagai kemudahan terdapat juga di sana. Kuala Lumpur juga mempunyai
banyak tempat tempat menarik yang boleh dilawati antaranya Muzium Negara, Tasik
Perdana, Istana Budaya, Balai Seni Lukis Negara, dan sebagainya.
Walaupun saya
cinta dengan Kuala Lumpur tetapi ada juga rasa tidak suka saya pada Kuala Lumpur.
Pengangkutan awam di Kuala Lumpur bukanlah dalam kategori terbaik di dunia.
Seperti yang kita tahu, kualiti pengangkutan awam di Malaysia agak teruk
sebenarnya. Ia bukan sahaja tidak datang tepat pada masa malah sering kali
rosak pula. Keadaan ini sangat menyulitkan bagi mana mana warga kota yang
bergantung harap kepada pengangkutan awam untuk ke mana mana.
Kuala Lumpur
memang tidak dapat dipisahkan dengan kesesakan jalan raya. Hampir setiap (ulang
: setiap) masa jalan raya dilanda kesesakan yang agak teruk sebenarnya. Tidak
ramai orang boleh tahan dengan kesesakan jalan raya. Jalan raya di Kuala Lumpur
hanya menjadi lengang apabila tiba musim hari raya.
Jenayah pun
banyak berlaku di Kuala Lumpur. Kegiatan gangsterisme, pelacuran, kecurian, dan
rompakan memang biasa kedengaran di Kuala Lumpur. Kegiatan tidak bermoral lain
seperti perjudian, seks bebas, dan LGBT juga memang berlaku di Kuala Lumpur.
Sebab itu bapa saya melarang keras saya merayau tidak tentu hala terutama pada
waktu malam. Ini kerana, menurut bapa saya, ‘wajah sebenar’ Kuala Lumpur akan
muncul apabila menjelang malam!
Di Kuala
Lumpur manusia kebanyakkannya (ulang : kebanyakkannya) tidak bersopan santun
dan tidak bertimbang rasa. Mereka boleh memakirkan kereta mereka (untuk makan
di restoran atau hadir kenduri) dihadapan pintu pagar rumah orang tanpa ada
sekelumit pun rasa bersalah di hati mereka. Memandu di Kuala Lumpur perlu cekap
sentiasa. Jika tidak cekap memandu, bersiap sedialah untuk dihon atau
dimaki-hamun oleh pemandu yang tidak bertimbang rasa.
Jika saya merenung
Kuala Lumpur, saya kadang-kala rasa ia bukan lagi ibu negara Malaysia. Saya
boleh rasa ia adalah ibu negara Bangladesh, Nepal, Myanmar, dan Indonesia.
Begitu ramai pendatang asing yang datang dari pelbagai negara wujud di sana.
Ada yang sudah pun dibenarkan untuk berniaga. Tidak mustahil suatu hari nanti
Kuala Lumpur itu mereka yang punya.
Menurut
cerita bapa saya dan melalui buku buku yang pernah saya baca, Kuala Lumpur
adalah tempat berkembangnya seni dan budaya (selepas Malaysia berpisah dari
Singapura). Di Pasar Seni, ramai seniman dan sasterawan seperti Khalid Salleh,
Pyanhabib, Imuda, S.H.Al-Attas, kumpulan Kopratasa dan ramai lagi memang gemar
menyanyi dan membaca puisi. Pementasan teater pun banyak di lakukan di Kuala
Lumpur (seperti di Auditorium DBKL dan Balai Budaya DBP). Tetapi seni dan
budaya yang berkembang di Kuala Lumpur itu diancam kemunahan setelah ia dirobek
oleh pembangunan. Tidak banyak lagi aktiviti seni dan budaya yang terdapat di
sana. Jika ada pun begitu mahal harganya.
Kuala Lumpur
adalah bandaraya yang anti seni dan anti budaya. Segala kegiatan seni dan
budaya (seperti yang telah saya sebut di atas tadi) musnah kerana pembangunan.
Bangunan bersejarah seperti Penjara Pudu misalnya diroboh untuk tujuan
pembangunan. Dan banyak kemudahan orang ramai seperti stesen Petronas di
Kampung Baru itu diroboh dan dimusnahkan kerana mengejar pembangunan.
Kuala Lumpur
banyak baiknya tetapi pada masa yang sama, ada buruknya. Ia boleh menjadi
sebuah ibu negara yang selesa didiami seandainya segala masalah yang saya
sebutkan di atas tadi dapat diatasi dengan segera. Jika banyak masalah, bukan
sahaja penduduknya menjadi susah, malah kedatangan pelancong juga akan turut
tidak bertambah. Moga moga Kuala Lumpur tidak menjadi bandaraya yang bakal ‘musnah’!
Nasihat saya berpindahlah dari Kuala Lumpur, saya menetap di Bandar Raya ini dari tahun 2000 hingga Ogos 2015, (selepas itu saya berpindah ke Perak kerana tak tahan lagi melalui Kesesakan Jalan Raya)saya lihat K.L. semakin hari semakin sesak, tak pernah maju dari segi pengangkutan daratnya. yang Peliknya, Jalan raya hari-hari dikorek dan ditambus semula tanpa ada kesudahanya!
BalasPadamHope one day Kl boleh jadi bandaraya at least macam Singapura city atau lebih advanced macam Tokyo. Baru negara kita maju seiring sejalan dengan pelbagai kemudahan yg relevan dengan keperluan rakyat.
BalasPadamWHY I CAN NOT TO PRINT THIS
BalasPadam