Rabu, 15 Februari 2017

FAKTA SEBENAR TENTANG JENAYAH DI MALAYSIA


Image result for penjenayah
Sumber : Google


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seperti yang telah dilaporkan oleh Bernama telah berkata, kadar jenayah negara telah menurun pada kadar di antara 4.2 peratus dengan 12.6 peratus dari tahun 2011 hingga tahun 2015. Jika dibaca berita secara kasar, sudah pastilah di hati kita tiada sekelumit rasa gusar. Namun, jika kita perhatikan secara realiti, ia sungguh berlainan sekali. 

Walaupun media arus perdana membuat laporan tentang penurunan kadar jenayah negara, namun rakyat jelata merasakan jenayah negara makin berleluasa. Hampir setiap hari kita mendengar ada orang mati. Hampir setiap hari kita mendengar tentang kes curi. Kita juga sering mendengar tentang perempuan yang dirogol berkali kali. Lalu manakah penurunan kadar jenayah yang dilaporkan secara acapkali?

Misalnya, baru baru ini, kes yang dihadapi oleh jiran di kampung saya. Rumahnya telah dirompak lebih daripada empat kali banyaknya. Entah berapa kali laporan polis telah dibuatnya. Namun, penjenayah masih tidak tertangkap juga. Bahkan, kecurian masih lagi berlaku di rumahnya. Dia sendiri pun merasakan bahawa sudah tidak selamat baginya untuk tinggal di rumahnya sendiri. Segera dia berpindah sebelum dibunuh oleh penjenayah yang masih gagal dicari dan dikesani. 

Penjenayah sekarang bukan sahaja semakin bijak malah semakin berani. Mereka tidak takut untuk melakukan jenayah berkali kali. Tidak tahulah apa yang menyebabkan mereka tambah berani. Apa yang pasti, kadar jenayah negara sebenarnya bagi kebanyakkan rakyat jelata masih tidak turun lagi.
 
Kecekapan polis dalam menjalankan tugas tidaklah kita ragui. Begitu juga laporan akhbar yang dibaca setiap hari. Tetapi apa yang dilaporkan dan apa yang terjadi di alam realiti sungguh berbeza sekali. Tidak mahulah saya kata bahawa laporan akhbar arus perdana cuba menipu kita sebagai rakyat jelata. 

Jika benarlah berlaku penurunan pada kadar jenayah negara, pastilah kes kes jenayah jarang didengari oleh kita semua. Pastilah televisyen dan surat khabar tidak melaporkan jenayah negara yang berlaku di sini sana. Dan pastilah kita sebagai rakyat jelata berasa selamat untuk ke mana mana. Namun, semua itu tidak berlaku pula. Rakyat jelata masih berasa terancam untuk ke mana mana. 

Seperti di negara negara maju (seperti Iceland, Denmark, Austria, New Zealand), kadar janayah di negara mereka sangat jarang berlaku. Jenayah di negara mereka memang ada tetapi tidaklah sebanyak mana. Orang boleh bersendirian untuk ke mana mana tanpa perlu rasa takut apa apa. Warganya sentiasa hidup dengan aman dan sentosa.

Ada yang mendakwa bahawa punca jenayah berleluasa akibat teruknya ekonomi negara. Apabila ekonomi negara teruk, banyaklah warga tidak dapat mencari rezeki dengan sempurna. Maka menjadi penjenayah adalah salah satu cari untuk mencari rezeki bagi menyambung hayat kehidupan mereka.

Dakwaan itu barangkali (ulang : barangkali) betul apabila kita melihat di negara negara maju. Kebanyakkan negara negara maju yang stabil dan makmur ekonominya, kadar jenayah memang kurang berlaku. Mungkin dengan memulihkan dan memantapkan semula ekonomi negara, kadar jenayah boleh turun dengan serta merta. Tetapi semuanya bergantung kepada pemimpin tertinggi negara bagaimana untuk menjadikan ekonomi negara pulih dan mantap semula.  

Jika benarlah kadar jenayah negara sudah turun, ia merupakan suatu yang kita perlu bersyukur. Jika ia masih berleluasa, maka suatu tindakan paling berkesan perlu dilakukan dengan segera. Jenayah yang berleluasa bukan sahaja menyusahkan rakyat jelata, malah memburukkan imej negara di mata dunia. Janganlah kerana jenayah berleluasa, negara kita musnah kerananya.


1 ulasan:

  1. KPI hanya menyebabkan banyak kejadian jenayah disembunyikan, terutamanya kes berat. Jenayah masih lagi berlaku seperti dulu2, mungkin semakin bertambah dan agak mustahil berkurangan. Malah, jenayah rm2.6 bilion yang terpapr dimuka seluruh warga dunia juga secara jelas ditutup menggunakan kuasa OSA. Apa dah jadi dengan malaysia?

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.