Sumber : Google |
I
Mahmudah memberhentikan
kereta Kancil miliknya di hadapan rumah Maimon. Dia mahu mengambil Adam dan
Irfan untuk di bawa pulang. Maimon yang sedang bermain main dengan kanak kanak
asuhannya begitu terkejut melihat kedatangan Mahmudah pada pukul dua petang
itu.
“Awal kau balik hari ni. Kau tak kerja ke?” Maimon bertanya kepada
Mahmudah sambil membuka pintu pagar rumahnya.
“Kerja tapi separuh hari je. Aku rasa macam tak sihat.” Jawab Mahmudah berbohong. Dia tidak mahu
menceritakan perkara sebenar kepada Maimon.
“Kalau kau tak sihat biarlah aku
jaga budak berdua tu dulu. Kau pergilah klinik. Petang nanti baru kau ambil
diaorang.” Ujar Maimon.
“Aku bukan sakit apa pun. Cuma pening pening sikit
saja. Lagipun aku malas nak keluar petang ni. Aku nak berehat kat rumah saja.”
Kata Mahmudah.
“Kalau macam tu baiklah. Kau
tunggu kejap. Aku nak siapkan budak berdua tu.” Pinta Maimon dan berlari masuk
ke dalam rumah. Setelah Irfan dan Adam bersiap secara ala kadar, Mahmudah terus
membawa mereka pulang. Ketika dia masuk ke dalam rumah, dia melihat ada nota
yang ditampal pada belakang pintu rumah tersebut. Mahmudah membaca nota
tersebut,
Mahmudah,
Kau
tak payah masak apa apa malam ni. kita makan kat luar. Pukul lapan nanti aku
ambil kau kat rumah.
Sahiril.
Begitulah nota yang ditampal
pada belakang pintu itu. Mahmudah menjadi hairan. Tidak pernah Sahiril mahu
mengajaknya makan di luar. Apakah Sahiril sudah memaafkannya? Dia sendiri
bingung memikirkan perkara itu.
II
Mahmudah telah mempersiapkan
Adam dan Irfan pada malam itu. Dia memakaikan kedua dua anak kecil itu pakaian
yang cantik cantik.
“Kita nak pergi mana mak long?” Soal Irfan ketika Mahmudah
menyapukan sedikit bedak di wajahnya.
“Hari ni papa kamu ajak kita semua makan
kat luar.” Jawab Mahmudah.
“Kita nak makan kat mana mak long?” Irfan bertanya
lagi.
“Maklong sendiri pun tak
tahu. Kita makan saja kat mana mana pun.” Jawab Mahmudah.
Tiba tiba mereka
mendengar loceng pintu rumah itu berbunyi. Mahmudah terus membuka pintu. Dia
melihat Sahiril sedang berdiri di luar rumah.
“Kamu semua dah siap?” Soal
Sahiril.
“Sudah. Kita nak makan kat mana ni?” Soal Mahmudah.
“Kat hotel.” Jawab
Sahiril pendek.
Sahiril membantu Mahmudah
membawa barang barang Adam seperti botol susu dan lampin pakai buang jika
diperlukan di sana nanti. Setelah memastikan pintu rumah berkunci, mereka terus
meninggalkan rumah dan menuju ke RaHa Hotel. Sahiril telah menempah sebuah meja khas
untuk makan malam di hotel tersebut.
“Aku tak tahu kau suka makan apa jadi aku
pesan Grill Fish untuk kau sebab aku tahu kau suka makan ikan keli. Ikan keli
tak ada dimasak dalam makanan Barat jadi aku pesanlah ikan Salmon. Aku harap
kau suka.” Ujar Sahiril.
“Untuk pengetahuan kau, aku
juga suka makan ayam dan daging. Kalau kau order Chicken Chop atau Lamb Chop
pun aku makan.” Kata Mahmudah.
Dia melihat Irfan yang sedang berselera
menikmati ayam goreng kegemarannya bersama dengan kentang goreng dan nugget.
Mahmudah begitu kagum melihat hiasan dalaman hotel tersebut. Dekorasi hotel
tersebut begitu menarik sekali. Dia yakin makanan yang dihidangkan di sini
pasti mahal mahal belaka. Jika diharapkan gajinya sebagai kerani itu, dia hanya
bermimpi untuk makan di sebuah hotel bertaraf lima bintang itu.
“Kalau aku tanya kau satu
soalan boleh tak?” Mahmudah bertanya kepada Sahiril yang sedang menikmati
hidangan Mix Grill itu.
“Apa dia?” Sahiril bertanya pula. Dia meletakkan sudu
dan garpu di dalam pinggan dan mengelap mulutnya dengan menggunakan napkin yang
disediakan.
“Kenapa tiba tiba kau bawa aku makan kat luar malam ni? Belum
pernah lagi kau bawa aku keluar dengan anak anak kau ni. Tak ada angin tak ada
ribut tiba tiba saja aku dapat nota yang kau nak bawa aku makan kat luar malam
ni. Pagi tadi kau bukan main marah dengan aku. Ada apa apa ke?” Duga Mahmudah
sambil mengangkat keningnya.
“Aku sebenarnya nak minta
maaf dengan kau. Aku tahu kau tak bersalah sebenarnya. Pagi tadi selepas aku jumpa
kau kat pejabat, Farid datang berjumpa dengan aku. Dia dah terangkan segala
galanya. Aku memang bodoh kerana menuduh kau secara membabi buta saja. Maafkan
aku Mahmudah.” Pinta Sahiril penuh keikhlasan. Mahmudah dapat melihat ketulusan
hati lelaki itu dari anak matanya.
“Aku tahu aku dah banyak
menyusahkan kau dan Mahani. Kalau susah sangat kau nak maafkan aku, kau
mintalah apa saja. Aku akan tunaikan.” Ujar Sahiril membuat janji.
Dia akan
menunaikan apa sahaja permintaan Mahmudah walaupun permintaan itu seberat bumi.
Ini semua untuk menghilangkan perasaan bersalahnya pada wanita itu. Mahmudah
seorang wanita yang baik namun dia sengaja membutakan matanya untuk menafikan
kebaikan kakak iparnya itu.
“Betul kau akan tunaikan apa
saja permintaan aku?” Mahmudah cuba menduga keikhlasan dan ketulusan hati
Sahiril.
“Ya. Aku berjanji.” Jawab Sahiril jujur.
“Jika Mahani sedar dari koma
suatu hari nanti, boleh tak kau menerima
dia sebagai isteri kau yang sah, menerima Adam sebagai anak kandung kau dan
menerima Irfan sebagai anak tiri kau dengan seikhlas hati?” Soal Mahmudah.
Sahiril sedikit terkejut
mendengar bait bait kata Mahmudah itu namun dia cuba mengawal perasaannya. Dia
hanya mendiamkan diri. Tiada kata yang keluar dari mulutnya pada waktu itu.
“Untuk pengetahuan kau Sahiril, Mahani sangat mencintai kau sejak dari sekolah
menengah lagi. Dia terlalu mencintai kau tapi dia takut kau tak dapat menerima
dia sebab kamu berdua dari dua dunia yang berbeza. Kau anak orang kaya
sedangkan dia adalah anak orang biasa. Dunia kamu berdua begitu jauh berbeza.” Sambung Mahmudah.
“Dia takut jika dia terlalu
mengharapkan kau, kau akan tolak cintanya kerana kau anak orang berada
sedangkan dia hanyalah anak orang biasa. Dia kahwin dengan Bakri bukan sebab
dia mencintai lelaki itu tapi untuk lari dari kau.” Ujar Mahmudah.
“Dia tahu
kau tidak mencintai dia dan dia berazam untuk keluar dari kampung itu secepat
mungkin supaya dia boleh melupakan kau dan cintanya pada kau.” Kata Mahmudah.
“Dia sengaja memberi alasan
untuk mencari kerja di Kuala Lumpur tapi sebenarnya dia nak melupakan cinta dia
pada kau. Dia berharap dengan mengahwini Bakri mampu menghapuskan rasa cinta
itu tapi tak boleh. Dia terlalu mencintai seorang lelaki bernama Sahimi Sahiril
bin Mansur. Memang dia tak pernah beritahu semua tu tapi aku boleh lihat dari
dalam mata dia. Dia sangat menderita ketika hidup dengan Bakri dan tolonglah
janganlah kau tambahkan lagi penderitaan dia lagi selepas ini. Tolonglah terima
dia sebagai isteri kau yang sah.” Rayu Mahmudah dalam linangan air mata.
“Dia sangat mencintai kau
Sahiril sebab tu dia boleh tahan hidup dengan kau. Aku pernah suruh dia buat
laporan polis untuk tangkap kau masa kau pukul dia dulu tapi dia tak nak. Dia
tak nak lelaki yang dia cintai masuk penjara. Untuk pengetahuan kau Sahiril,
bukan dia yang perangkap kau. Memang dia mencintai kau tapi dia takkan buat
perkara bodoh macam tu untuk kahwin dengan kau.” Ujar Mahmudah.
Sahiril yang dari tadi hanya
mendengar luahan hati Mahmudah semakin tersentuh. Dia tidak menyangka bahawa
Mahani terlalu mencintai dirinya sehingga sanggup mengorbankan kebahagiaan
dirinya sendiri. Oleh sebab itulah Mahani masih sanggup tinggal bersamanya walaupun
pelbagai perbuatan kejam yang dia lakukan pada diri Mahani.
“Mata kau dah buta Sahiril.
Mata kau dah buta dengan fitnah dan tuduhan yang dilemparkan pada diri Mahani.
Sebab itu kau tak boleh nampak kesucian cinta dia. Sebagai kakak dia aku merayu
pada kau, tolonglah terima dia sebagai isteri kau dan tolonglah belajar
mencintai dia. Aku dah tak sanggup tengok adik aku menderita Sahiril.” Mohon
Mahmudah sambil menangis.
Kata kata Mahmudah telah
banyak menyedarkan Sahiril. Benar kata Mahmudah. Mata dan hatinya telah buta
denga fitnah yang dilemparkan pada Mahani. Dia dapat merasakan bahawa Mahani
tidak bersalah dalam kes tangkap khalwat di hotel itu. Mahani hanya menjadi
mangsa keadaan. Ada orang lain yang sengaja memerangkap dirinya bersama Mahani
di dalam bilik hotel itu. Cuma ego diri telah membutakan dirinya sejak sekian lama. Ego yang tebal itu telah membutakan matanya.
Orang itu tentulah orang yang
bermusuh dengan dirinya. Dia akan berusaha untuk mencari siapakan dalang
disebalik semua itu. Dia yakin suatu hari nanti kebenaran pasti akan muncul.
Orang yang bersalah akan menjelma juga nanti.
“Baiklah Mahmudah. Aku akan
tunaikan janji aku. Aku akan belajar untuk mencintai Mahani setulus hati aku.”
Balas Sahiril akhirnya.
Mahmudah yang sedang menangis
itu mengelap air mata yang tumpah di pipinya. Dia berasa amat gembira dengan
kata kata yang keluar dari mulut Sahiril sebentar tadi.
“Terima kasih Sahiril.”
Ucap Mahmudah dengan perasaan gembira.
“Sama sama. Mari kita makan. Nanti
makanan kita sejuk pula.” Ujar Sahiril dan terus menyambung makan. Mereka menikmati makan malam
mereka dengan penuh berselera sekali.
III
Tiupan bayu laut yang sepoi
sepoi bahasa itu telah menampar nampar wajah Farid yang sedang berdiri di gigi
air itu. Dia berasa sungguh tenang apabila berada di tepi pantai Kampung Pantai
Dahan itu. Sesekali matanya tertancap pada nelayan yang sedang membasuh sampan.
Kebanyakkan penduduk Kampung Pantai Dahan bekerja sebagai nelayan. Ada juga di
antara mereka yang bekerja sebagai penoreh getah.
Tapi kebanyakkan muda mudi di
kampung itu sudah berkurangan. Kebanyakkan mereka sudah merantau ke Kuala
Lumpur untuk mencari rezeki, mendapatkan ilmu dan menimba pengalaman. Jika ada
pun mereka pastilah bekerja di kilang kilang yang terdapat di bandar namun
jumlah itu amat sedikit sekali sehingga boleh dibilang dengan jari. Farid juga
berazam untuk ke kota suatu hari nanti.
Dia bercita cita untuk
menjadi seorang wartawan selepas habis sekolah menengah nanti. Dia mahu menjadi
salah seorang wartawan hiburan yang terkemuka di Malaysia suatu hari nanti.
“Farid!” Panggil satu suara seorang gadis dari arah belakang. Serta merta
lamunannya sebantar tadi terbang di bawa angin laut. Sebuah senyuman terukir di
bibir apabila melihat Mahani berdiri di belakangnya.
“Maafkan aku sebab aku
lambat. Aku kena tolong mak aku hantar lepat kat kedai Makcik Kiah tu.” Mohon Mahani.
“Kau dah lama tunggu?” Soal Mahani apabila melihat tiada respon daripada Farid.
“Tak. Baru dalam beberapa minit. Marilah
kita duduk kat kayu mati tu. Ada perkara yang aku nak bincang dengan kau.” Ujar
Farid. Mereka berdua berjalan menuju ke sebatang kayu mati yang agak panjang
dan lebar. Mereka duduk di atas kayu itu.
“Apa yang kau nak bincang
dengan aku? Kenapa kita bincang kat sini? Kenapa tak bincang kat rumah saja?
Rumah kita kan sebelah menyebelah saja.” Mahani bertanya bertubi tubi. Dia
menjadi bingung kerana Farid mengajaknya untuk berbincang di pantai pada petang
itu sedangkan mereka boleh berbincang di rumah memandangkan rumah mereka begitu
hampir. Mereka berdua adalah jiran di kampung tersebut.
“Aku lebih suka kalau kita
bincang kat sini. Kalau kita bincang kat rumah aku takut mak aku atau mak kau
dengar.” Jawab Farid.
“Kau nak bincang apa dengan aku sampai takut sangat mak
kita dengar? Kau nak rompak bank ke?” Soal Mahani dalam nada suara yang sengaja
direndahkan. Bergurau.
“Hish, kau ni! ke situ pula. Bukanlah!” Jawab Farid dalam wajah
yang sedikit berkerut.
Mahani tertawa kecil melihat
kerutan di wajah Farid itu. Dia suka mengusik anak jirannya itu.
“Habis tu
apa?” Soal Mahani di hujung tawanya.
“A…ku s…uka k…au Mahani.” Jawab Farid
tergagap gagap. Nada suatanya begitu rendah sekali hingga sukar di dengari oleh
Mahani.
“Apa dia? Ulang balik apa kau cakap tadi. Kenapa kau tergagap gagap
ni?” Soal Mahani lalu tertawa kecil.
“Aku suka kau Mahani. Aku nak
kahwin dengan kau.” Farid berkata dengan nyaring. Dia berasa amat lega setelah
meluahkan perasaannya pada gadis itu. Sebaik sahaja mendengar kata kata yang
keluar dari mulut Farid, Mahani lantas tertawa dengan kuat. Dia berasa lucu
dengan kata kata Farid. Dia dapat merasakan bahawa Farid sedang bergurau
dengannya.
“Mahani, kenapa kau ketawa
sampai macam tu sekali? Aku tak buat lawaklah sekarang ni.” Ujar Farid. Mukanya
sudah mula mencuka. Dia berasa seperti dipermainkan oleh Mahani.
“Ok sorry
sorry. Kau ni kenapa? Kenapa tiba tiba cakap hal ini?” Soal Mahani yang
masih lagi ketawa.
“Aku serius Mahani. Aku memang suka kau. Aku memang cinta
dan sayangkan kau.” Farid berkata dengan bersungguh sungguh. Mahani mula berhenti ketawa
apabila melihat wajah Farid yang serius itu.
“Farid! Dengar sini. Aku anggap
kau sebagai kawan baik aku saja. Tak lebih dari itu. Aku lebih selesa berkawan
dengan kau. Lagipun kita masih bersekolah Farid. Tak lama lagi peperiksaan SPM
akan bermula. Lebih baik kita berdua belajar supaya dapat keputusan yang
cemerlang.” Ujar Mahani berterus terang.
“Aku tahu kau takkan sukakan
aku sebab aku ni lembut dan tak kacak. Kalau aku ni kacak dan ‘keras’ macam
lelaki lain pasti kau akan sukakan aku betul tak?” Soal Farid sedikit merajuk.
Dia juga ingin menduga hati sahabat baiknya itu.
“Tak... Farid. Kalau dah jodoh
aku dengan kau tak kira kau tu kacak ke, ‘keras’ ke tapi ini soal hati Farid.
Hati aku tak mencintai kau.” Balas Mahani.
Mahani memandang wajah
sahabat baiknya itu. Mereka telah berkawan sejak mereka berusia tiga tahun lagi
dan sampai sekarang mereka berdua masih bersahabat. Ibu Mahani juga telah
menganggap Farid sebagai anaknya sendiri.
“Habis tu kau suka siapa? Kau ada
suka lelaki lain kan? Siapa budak lelaki tu Mahani? Siapa?” Soal Farid bertubi
tubi. Ada nada tidak berpuas hati dalam suaranya.
“Kenapa kau nak tahu?” Soal
Mahani pula.
“Aku nak tahu siapa lelaki tu. Aku nak tengok adakah lelaki itu
lebih baik dari aku. Kalau lelaki itu sepuluh kali lebih baik dari aku, aku
takkan sebut sebut lagi pasal perkara ni.” Ujar Farid seolah olah mencabar diri
Mahani.
“Kalau aku sebut nama lelaki itu kau takkan sebut sebut lagi pasal hal
ni sampai bila bila?” Soal Mahani untuk menduga kesungguhan Farid.
“Betul. Aku bersumpah.” Jawab
Farid sambil mengangkat tangannya seperti orang sedang membaca ikrar.
“Sahimi
Sahiril!” Jawab Mahani jelas dan lancar. Dia begitu bangga menyebut nama lelaki
yang dicintainya itu.
“Sahimi Sahiril anak Datuk Mansur dan Datin Hasanah tu?”
Soal Farid sedikit terkejut.
“Ya.” Jawab Mahani pendek.
“Sahimi Sahiril pewaris
tunggal RaHa Hotel tu?” Soal Farid lagi seperti tidak percaya.
“Ya.” Jawab Mahani sambil tersenyum.
“Budak
lelaki paling hot kat sekolah kita dan juara Muay Thai peringkat daerah
tu ke?” Soal Farid lagi tidak berpuas hati.
“Ya Farid. Banyak betul soalan kau
ni.” Kata Mahani.
“Kau biar betul Mahani. Macam mana kau boleh jatuh cinta
dengan dia? Kau tahukan dia tu playboy. Lebih baik kau lupakan saja
dia.” Ujar Farid memberi nasihat.
“Bukan semudah tu Farid. Aku
dah jatuh hati pada dia. Tapi aku tahu dia takkan mencintai aku. Dia anak orang
kaya. Sudah tentu dia takkan pandang perempuan macam aku.” Kata Mahani.
“Kalau
kau dah tahu dia takkan sukakan kau kenapa kau masih mencintai dia?” Soal
Farid.
“Cinta itu buta Farid. Cinta tak mengenal rupa, usia, pangkat mahupun
harta. Hanya Allah saja yang tahu apa makna cinta.” Ujar Mahani.
“Kau dah janjikan Farid untuk
tak menyebut lagi tentang perkara ni. Aku harap kau boleh faham perasaan aku. Aku
terlalu mencintai Sahiril. Aku akan mencintai dia sampai bila bila. Aku harap
kau faham dan tolong lupakan cinta kau pada aku. Carilah gadis lain yang lebih
baik dari aku.” Ujar Mahani dan terus meninggalkan Farid di tepi pantai itu. Seperti yang diduga oleh Farid, Mahani pasti akan menolak cintanya.
Sudah pasti Mahani tidak akan
mencintai lelaki yang lembut dan tidak tampan sepertinya. Kenangan sembilan
tahun lalu kini menerpa dalam fikiran Farid. Dia yang sedang berdiri di balkoni
apartment rumahnya yang menghadap Bandaraya Kuala Lumpur itu hanya mampu
mengeluh. Dia tidak tahu mengapa dia boleh jatuh hati pada sahabatnya sendiri. Sampai
sekarang dia masih tidak mampu untuk melupakan Mahani.
Sudah banyak gadis yang ingin
diperkenalkan kepada dirinya. Ibunya sering menyuruh dia berumahtangga secepat
mungkin namun semuanya ditolak mentah mentah oleh Farid. Tiada wanita yang
boleh menambat hatinya kecuali Mahani. Dia akan berusaha untuk mendapatkan
Mahani walau apa cara sekalipun.
IV
Sahiril masih lagi belum
tidur walaupun jam sudah menunjukkan ke angka dua belas tengah malam. Dia
lantas bangun dari katilnya dan berjalan untuk menuju ke dapur. Dia menjerang
air dan membancuh secawan kopi untuk menghangatkan badannya. Dia luar hujan
turun dengan begitu lebat menyebabkan malam itu berasa amat dingin sekali.
Sahiril bersendirian di ruang tamu rumah tersebut.
Mahmudah sudah lama tidur
bersama Irfan dan Adam. Wanita itu sering tidur awal. Pada pukul sepuluh malam
sahaja Mahmudah pasti akan mengantuk dan akan mula masuk tidur. Pada malam ini
entah mengapa mata Sahiril masih lagi belum mengantuk. Dia asyik teringat akan
kata kata Mahmudah di restoran tadi. Dia tidak menyangka yang Mahani mencintai
dirinya.
Walaupun sukar untuk dia
terima tapi dia amat percaya pada kata kata Mahmudah. Dia yakin yang Mahmudah
tidak berbohong padanya. Dia juga dapat merasakan bahawa Mahani mencintai
dirinya. Dia dapat melihat dari anak mata wanita itu. Walaupun dia banyak
menyakiti wanita itu dari segi mental dan fizikal dia tahu Mahani masih
mencintai dirinya.
Oleh sebab itu Mahani masih
lagi bertahan di rumah itu walaupun dirinya menderita apabila tinggal di rumah
itu. Mahani tetap melayan dirinya seperti seorang suami walaupun dia tidak
pernah mengaggap Mahani isterinya. Dia juga dilayan dengan sebaiknya semasa
mereka ‘bersama’ buat kali pertama walaupun Mahani masih boleh menolak
permintaanya pada malam itu kerana dia telah memukul wanita itu dengan teruk sekali.
Hasil ‘pertemuan’ itu Mahani
telah melahirkan zuriatnya yang bernama Adam. Dia seolah olah bermimpi apabila
mendapat tahu bahawa Mahani menghamilkan anaknya namun perasaan benci dan
dendam pada Mahani mengatasi segala galanya. Dia tidak dapat menerima diri
Mahani mahupun anak yang dikandung oleh wanita itu. Benar kata Mahmudah, dia
telah termakan kata fitnah yang dibuat oleh ibunya dan Melisa.
Dia berasa amat bersalah pada
Mahani. Mahani seorang wanita yang baik dan ikhlas. Dia yakin Mahani tidak akan
buat perkara sekeji itu. Dia kenal benar dengan Mahani sejak mereka di sekolah
menengah lagi. Dia berasa amat berdosa kerana memperlakukan Mahani seperti itu.
Dia menjadi buta sehingga tidak mengenal yang mana kaca dan yang mana permata.
Mahani seorang isteri yang terbaik dikurniakan Allah untuknya.
Dia sahaja yang tidak mahu menghargai
pemberian Allah itu. Dia perlu mengubah keadaan ini. Dia berazam untuk belajar
mencintai Mahani sepenuh hatinya. Dia akan menerima Adam dan Irfan sebagai anak
anaknya. Dia berjanji untuk mengubah semua keadaan itu dengan kadar segera. Dia
segera mencapai telefon bimbitnya. Dia mendail nombor peguam keluarganya.
“Hello Encik Rahmat. Saya nak
Encik Rahmat membatalkan surat perjanjian itu dengan kadar segera. Saya dah
ubah fikiran.” Ujar Sahiril kepada Encik Rahmat.
“Baiklah Encik Sahiril. Saya
akan batalkan surat perjanjian itu esok juga.” Jawab Encik Rahmat yang berada
dalam keadaan mengantuk.
“Terima kasih Encik Rahmat. Maaf kerana menggaggu
Encik Rahmat malam malam macam ni.” Mohon Sahiril.
“Sama sama.” Balas Encik
Rahmat dan mematikan telefon bimbitnya dan menyambung tidur semula.
Sahiril berasa
lega. Dia berasa puas kerana telah melakukan perkara yang sebetulnya. Setelah
menghabiskan sisa sisa kopi yang ada di cawan, dia terus masuk tidur setelah
meletakkan cawan ke dalam sinki.
V
Datuk Hasanah melangkah masuk
ke kamar kerja Sahiril. Dia melihat anak tunggalnya itu sedang tekun melakukan
tugasannya. Tidak sia sia dia menghantar Sahiril belajar sehingga ke United
Kingdom dan tidak sia sia juga dia mewariskan RaHa Hotel kepada Sahiril. Dia
yakin Sahiril mampu untuk memimpin hotel tersebut untuk menjadi sebuah hotel
yang terkemuka di dunia seperti Hotel Hilton dan Hotel Plaza yang dimiliki oleh
jutawan hartanah New York iaitu Donald Trump.
“Mama, bila mama sampai? Saya
tak sedar pun.” Ungkap Sahiril yang kelihatan agak terkejut apabila melihat Datuk
Hasanah sudah berada di hadapannya.
“Mama dan dekat dua minit kat sini tapi
kamu saja yang tak perasan. Khusyuk betul kamu buat kerja.” Ujar Datuk Hasanah.
Sahiril tidak pasti adakah itu sindiran atau pujian dari ibunya.
“Biasalah
mama. Orang berniaga katakan. Arwah papa pun macam ni juga dulu sampai tak ada
masa nak balik rumah.” Balas Sahiril pula.
“Kamu pun sama macam arwah
papa kamu juga. Kalau bekerja tak ingat langsung nak balik rumah. Kamu pun dah
lama tak datang jenguk mama.” Ujar Datuk Hasanah seolah olah wanita tua itu merajuk.
“Saya bukan tak nak jenguk mama. Saya betul betul tak ada masa sekarang ni. Kerja
kat pejabat ni berlambak sangat. Nak harapkan budak budak alamatnya sampai bila
pun tak siap.” Sahiril memberi alasan yang dirasakannya munasabah.
“Semalam mama ada baca surat
khabar Harian Malaysia. Wartawan yang tulis cerita pasal kamu hari tu dah minta
maaf secara terbuka. Dia juga ada cakap apa yang terjadi adalah salah faham.
Mama pelik juga kenapa wartawan tu tiba tiba minta maaf? Kamu ada buat apa apa
ke pada wartawan tu?” Soal Datuk Hasanah sambil mengangkat keningnya.
“Pasal perkara tu mama tak
payah risau. Yang penting perniagaan dan nama baik keluarga kita selamat.” Ujar
Sahiril.
“Mama bukan apa. Mama tak nak kamu buat perkara yang bukan bukan.”
Kata Datuk Hasanah.
“Saya tahu mama. Mama tak perlu risau pasal hal tu.” Balas
Sahiril.
“Mama datang ni pun nak beritahu kamu sesuatu. Mama nak berangkat ke
Paris esok. Kawan mama ada buat pertunjukkan fesyen kat sana. Dia minta mama
temankan dia kat sana.” Ujar Datuk Hasanah.
“Oh patutlah mama datang pagi
pagi macam ni kat pejabat. Mama pergi baik baik ye. Jaga kesihatan mama dan yang paling penting jangan mengorat mat
mat saleh kat sana.” Kata Sahiril bergurau. Datuk Hasanah tertawa kecil
mendengar gurauan anak lelakinya itu.
“Mama tahulah nak jaga diri mama kat
sana. Kamu pun sama juga. Jaga diri kamu elok elok. Jangan nanti bila mama
balik berlambak lagi gossip liar kamu dengan Melisa tu.” Pesan Datuk Hasanah.
“Baiklah.” Jawab Sahiril sambil tersenyum.
VI
Mahmudah begitu tekun
menghadap komputernya sejak tadi. Pelbagai kerja yang perlu dia siapkan pada
hari ini. Kepalanya berasa pening apabila membuat terlalu banyak kerja pada
satu satu masa. Namun semua itu dia telan dengan redha. Suka atau tidak dia
perlu melunaskan semua kerja yang diberikan oleh majikannya dengan sempurna.
Ini semua adalah demi mencari sesuap nasi untuk menyara hidupnya.
Dia tidak suka bergantung
dengan orang lain dan dia juga tidak suka meminta minta. Mahmudah akan pakai
apa sahaja yang termampu. Dia juga tidak suka membazir. Dia akan membeli barang
barang yang dia perlu sahaja. Dia tidak kisah jika harga barang tersebut murah
asalkan barang tersebut masih elok dan boleh untuk dipakai. Dia memandang Noni
yang juga tekun membuat kerja.
Apabila dia memandang
sekeliling, dia mendapati kawan kawan yang sepejabat dengannya juga tekun
membuat kerja. Ini semua mesti sebab Encik Sulaiman ada di situ. Jika orang tua
itu tidak ada pasti pejabat itu seperti kapal mahu karam. Mereka akan bercakap
dari membuat kerja. Pelbagai cerita yang Mahmudah dengari. Dari segi ekonomi,
politik, sampailah ke dunia hiburan pun Mahmudah boleh tahu tanpa membaca surat
khabar.
Ramai kawan kawannya di sini
yang menjadi wartawan tidak bertauliah. Ketika dia sedang tekun menaip di
komputernya, Mahmudah mendengar telefon bimbitnya berbunyi. Mahmudah segera
menjawab panggilan tersebut. Panggilan tersebut adalah dari
Dr. Nora.
“Assalamualaikum.
Ini Cik Mahmudah binti Mahat ke?” Doktor Nora bertanya dengan lembut dari hujung
talian.
“Waalaikumussalam. Ya, saya Mahmudah. Ada apa
doktor?” Soal Mahmudah pula.
Hatinya mula rasa berdebar debar. Dia dapat
merasakan ada sesuatu perkara yang berlaku pada Mahani. Jika tidak masakan doktor
itu mahu menelefonnya pada waktu pagi bergini. Belum pernah lagi Doktor Nora
menelefon dirinya.
“Saya nak beritahu pada Cik Mahmudah yang Puan Mahani dah
sedar pagi tadi. Sila datang ke hospital sekarang sebab dia nak sangat jumpa
dengan Cik Mahmudah.” Jawab Doktor Nora.
Hati Mahmudah berasa begitu
lapang dan gembira sebaik sahaja mendengar kalimah kalimah yang keluar dari
bibir Dr. Nora itu.
“Baik doktor. Saya akan datang sekarang.” Balas Mahmudah
lalu menamatkan panggilan.
“Siapa yang telefon tadi tu? Kenapa kau nampak macam
gembira sangat ni? Kau menang loteri ke?” Soal Noni yang sedari tadi asyik
memandang ke arah Mahmudah.
“Berita ni lebih gembira dari
berita aku menang loteri. Adik aku dah sedar dari koma. Aku nak lawat dia kat
hospital sekarang.” Jawab Mahmudah dengan gembira. Dia terus mengemaskan kertas
dan fail yang bertimbun di atas meja itu. Kemudian dia terus ke bilik Encik
Sulaiman untuk memohon cuti separuh hati. Dia begitu gembira kerana cutinya
diluluskan. Mungkin kerana angin orang tua itu baik pada hari ini.
Dia terus menghantar khidmat
pesanan ringkas kepada Sahiril, Ramli dan Nadia untuk memberitahu tentang
berita tersebut. Mahmudah berasa terlalu gembira namun dia tetap memandu dengan
berhati hati untuk menuju ke Hospital Kuala Lumpur itu. Dia tidak mahu kegembiraan yang dia
kecapi itu meragut nyawanya. Dia berdoa agar semua perkara yang baik baik
terjadi kepada Mahani selepas ini.
bab 29 please! hehe singgah sini ye haziq!
BalasPadamI am really surprised by the quality of your constant posts.You really are a genius, I feel blessed to be a regular reader of such a blog Thanks so much..I’m really enjoying the design and layout of your site. It’s a very easy on the eyes which makes it much more pleasant for me to come here and visit more often. Did you hire out a designer to create your theme? Excellent work!
BalasPadamOnlinekaj.com
ভিটমেট