Sabtu, 31 Disember 2016

PERKARA YANG PERLU DIAMBIL TAHU OLEH PASANGAN YANG BARU BERKAHWIN

Image result for alat kelengkapan rumah
Sumber : Google


Bagi pasangan yang baru berkahwin, pastilah anda mahu membina rumahtangga anda dengan sempurna bukan? Membina rumahtangga yang sempurna itu termasuklah dengan mempunyai rumah impian anda sendiri. Sebagai pasangan yang baru berkahwin, anda mestilah mahu mempunyai rumah impian yang cantik dan lengkap dengan segala kelengkapan rumah. 

Dalam hal ehwal membeli alat kelengkapan rumah ini, kebanyakkan pasangan yang baru berkahwin banyak melakukan kesilapan. Ada pasangan membeli alat kelengkapan rumah seperti mesin basuh misalnya dengan harga yang murah tetapi mesin basuh itu tidaklah bertahan lama. Dalam tempoh yang singkat sahaja mesin basuh itu pun rosak. Bukankah anda rugi di situ?

Oleh yang demikian, pada hari ini saya ingin kongsikan kepada anda Tips Tips Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Beli Alat Kelengkapan Rumah. Tips tips ini sangat penting supaya anda dapat membeli semua alat kelengkapan rumah anda dengan sempurna. Diharapkan artikel pendek saya ini dapat membantu anda sedikit sebanyak. Selamat membaca....
 

TAHUN BARU 2017 BUAT PARA BLOGGER

Image result for tahun baru
Sumber : Google

Sedar tidak sedar kita semua yakni para blogger sudah pun berada di tahun baru. Sebelum terlambat inginlah saya mengucapkan selamat tahun baru. Semoga tahun baru ini memberi kehidupan yang lebih baik kepada semua blogger sama ada yang telah lama mahupun yang masih baru. 

Apabila bercakap tentang tahun baru, tidak lengkap rasanya jika tidak bercakap tentang azam baru. Saya sebelum sebelum ini tidaklah mempunyai sebarang azam baru. Entah mengapa pada tahun 2017 ini saya mahu memasang azam baru pula. Mungkin kerana melihat blog saya yang tidak mempunyai banyak kemajuan yang boleh dibangga. 

Sepanjang tahun 2016 yang lalu, jumlah entri yang sempat saya tulis hanyalah sebanyak 212 entri sahaja. Sepatutnya saya perlu menulis 300 buah entri sekurang-kurangnya. Namun, akibat kekangan kerja dan masa, maka tidak banyak entri yang boleh saya tulis dengan sebanyaknya. 

Di tahun 2017 ini, saya bercadang (berazam) untuk menghasilkan 300 buah entri sekurang-kurangnya. Jika lebih, pastilah bagus lagi. Tetapi itupun bergantung kepada diri dan situasi. Jika diri dan situasi tidak menginzinkan, maka saya tidak boleh tulis begitu banyak entri. 

Jumlah pengunjung blog saya setakat ini dalam sehari sekadar 1000 orang sahaja. Itu adalah satu pencapaian yang tidak boleh saya bangga. Untuk menjadi seorang penulis blog yang berjaya dan terkemuka, saya perlu mendapat sejuta orang sehari sekurang-kurangnya. Tetapi untuk mendapatkan jumlah sebanyak itu bukanlah satu kerja yang mudah walaupun ia tidaklah mustahil untuk mendapatkannya. 

Sepanjang saya menulis blog, hanya sekali sahaja saya mendapat kerja membuat ulasan produk (job review). Itu pun semasa saya masih berada di alam diploma dahulu. Sekarang kerja itu saya tidak dapat lagi. Sama ada saya yang tidak pandai mencari atau blog saya ini yang tidak layak diberi, saya fikir itulah sebab sebabnya yang saya dapat beri. Banyak usaha yang perlu dibuat sebenarnya jika hendak dapat kerja mengulas produk berkali kali. 

Tidak banyak yang saya hendak cerita pada tahun baru ini. Saya cuma berharap agar segala azam dan cita-cita saya dapat menjadi realiti. Saya doakan agar semua blogger mendapat kehidupan yang dirahmati.

Selasa, 27 Disember 2016

CARA BUDAK 90an HIBURKAN DIRI MEREKA KETIKA DI RUMAH

Image result for budak 90an
Sumber : Google

Budak budak pada zaman sekarang kebanyakkannya tidak mengetahui apakah bentuk hiburan budak budak tahun 90an lakukan dahulu. Maklumlah, budak budak zaman sekarang kebanyakkannya ketika lahir sudah dihujani dengan kemajuan teknologi dan internet. Budak budak zaman sekarang berhibur begitu berbeza dengan budak budak tahun 90an. Budak budak zaman sekarang tidak bermain permainan yang dimain oleh budak budak 90an. Mereka kebanyakkannya lebih suka melayari internet, Facebook, Twitter, dan Instagram. Kadang kadang bayi yang baru lahir pun sudah ada Instagram. 

Tetapi berbeza dengan budak budak tahun 90an. Mereka ada cara tersendiri bagaimana mereka mahu menghiburkan diri mereka ketika mereka berada di rumah. Jika membacanya pasti boleh menggamit memori dan nostalgia bagi budak budak tahun 90an yang kebanyakkannya sudah besar panjang sekarang. 

Mahu tahu apakah kegiatan budak 90an untuk menghiburkan diri mereka ketika berada di rumah dahulu? Jom terjah ---> Cara Budak 90an Hiburkan Diri Mereka Ketika Di Rumah <--- untuk mengetahuinya. Budak 90an disaran untuk terjah artikel tersebut untuk menggamit semula memori lama. Budak yang lahir selepas 90an pun boleh terjah artikel itu untuk belajar tentang bentuk hiburan budak tahun 90an. Selamat membaca... 

FAKTA TERSEMBUNYI TEMBOK BESAR CHINA YANG RAMAI TIDAK TAHU

Image result for panjang tembok besar china beijing
Sumber : Google

Tembok Besar China adalah antara salah satu mercu tanda bagi negara China. Tembok tersebut merupakan tembok atau bangunan yang terpanjang yang pernah dibina dalam sejarah peradaban manusia. Tembok ini juga telah tersenarai sebagai tujuh keajaiban dunia oleh UNESCO sejak tahun 1987 lagi. Tembok tersebut panjangnya lebih kurang 8,851.8 km dan dibina untuk menghalang serangan musuh ke negara China.

Itulah fakta fakta yang biasa kita dengar tentang Tembok Besar China. Tetapi tahukah anda bahawa ada fakta tersembunyi mengenai Tembok Besar China itu yang tidak didedahkan kepada dunia? Banyak sebenarnya fakta tersembunyi mengenai tembok tersebut yang manusia tidak tahu. Dan pada hari ini saya ingin mendedahkan kepada anda mengenai fakta tersembunyi tersebut. 

Jika anda mahu tahu apakah fakta tersembungi mengenai Tembok Besar China itu, sila rujuk ke laman blog yang saya kongsikan ini ---> Fakta Tersembunyi Tentang Tembok Besar China Yang Ramai Tidak Tahu <--- untuk mengetahuinya. Itu adalah artikel orang maka saya tidak boleh menyalin-tampalnya dengan sesuka hati. Saya hanya boleh kongsikannya di blog ini untuk tatapan pembaca semua. Selamat membaca...

Isnin, 26 Disember 2016

BUKAN MUDAH MENJADI MAHASISWA


Image result for mahasiswa
Sumber : Google


Menurut Kamus Dewan, mahasiswa adalah golongan pelajar yang menuntut di sesebuah universiti. Mahasiswa juga adalah golongan manusia yang sering dipandang tinggi. Ramai orang boleh menjadi mahasiswa tetapi tidak ramai orang boleh bertahan sebagai mahasiswa.

Mahasiswa itu selain bergelut dengan ilmu dan pengalaman, mereka juga perlu bergelut dengan rencam perjuangan. Oleh kerana tiga perkara ini, mahasiswa itu menjadi golongan yang sering diberi perhatian dan tumpuan.

Masalah utama bagi kebanyakkan mahasiswa adalah penyakit malas, kurang tidur, kurang wang, dan kurang makan. Oleh kerana masalah masalah ini, kebanyakkan mahasiswa tidak mampu bertahan. Dan disebabkan inilah kebanyakkan daripada mereka kecundang di tengah jalan.

Mahasiswa adalah golongan muda yang perlu untuk menghadapi seribu satu cabaran. Dengan cabaran itulah mahasiswa mempunyai jati diri dan daya tahan. Dengan cabaran jugalah mahasiswa boleh membentuk pengalaman. Pengalaman adalah guru terbaik dalam sesebuah kehidupan.

Pengalaman bukan sahaja boleh memberi pengajaran, malah pada masa yang sama ia boleh mendewasakan. Apabila mahasiswa sudah mempunyai kehidupan sendiri suatu hari nanti, pengalamanlah yang akan menjadi salah satu rujukan yang paling berguna sekali.

Namun begitu, tidak ramai mahasiswa mempunyai ketahanan terhadap cabaran di dalam diri. Apabila mereka berasa susah, terutama dalam pembelajaran, mereka mengambil keputusan untuk berhenti daripada universiti. Mereka menyertai alam pekerjaan untuk meneruskan kehidupan yang mereka telah pilih sendiri.

Tidaklah dikata orang yang tidak masuk universiti atau mahasiswa yang berhenti daripada universiti ini sebagai orang yang tidak boleh berjaya. Ramai sahaja orang yang tidak masuk universiti atau berhenti daripada universiti boleh menjadi lebih berjaya. Tetapi orang yang masuk universiti dan habiskan pengajiannya di universiti sudah tentu boleh lagi menjadi lebih berjaya. Dan segala tindakan dan kata kata mereka orang akan jadi lebih percaya.  

Dalam banyak urusan di dunia, orang akan serah kepada mahasiswa yang berjaya untuk menguruskannya. Orang percaya mahasiswa yang berjaya sudah pasti boleh melakukannya. Ini kerana, mahasiswa itu ada ilmu. Orang yang berilmu dipercayai boleh melakukan bermacam perkara. Oleh sebab itulah, pengurusan dan pentadbiran di sesebuah organisasi di peringkat atasan diuruskan oleh mahasiswa yang berjaya semuanya. 

Orang yang tidak masuk universiti atau mahasiswa yang tidak menamatkan pengajiannya di universiti bukanlah golongan manusia yang tidak boleh dipercaya. Tetapi kelebihan orang yang masuk universiti dan habiskan pengajiannya di universiti masyarakat akan lebih percaya.

Di universiti, mahasiswa tidak diajar tentang ilmu semata mata. Kemahiran lain seperti kemahiran memimpin, kemahiran berkomunikasi, kemahiran berorganisasi dan bermacam lagi turut diajar sama. Oleh sebab itulah, kebanyakkan mahasiswa universiti yang berjaya, bukan sahaja tinggi ilmunya malah banyak kemahiran juga.

Tidak dinafikan untuk bertahan sebagai seorang mahasiswa tidak mudah. Tetapi inilah cabaran yang perlu ditempuh oleh setiap mahasiswa sampai ke sudah. Segala cabaran yang dihadapi ini akan membentuk pengalaman. Pengalaman adalah guru yang terbaik dalam kehidupan. Tahniahlah kepada mahasiswa yang dapat bertahan dengan segala cabaran. Moga moga mereka banyak memperoleh kejayaan.
 

DI DUNIA YANG MATI



Image result for dunia mati
Sumber : Google


Di sebuah dunia yang mati,

Ramai manusia bertukar menjadi zombie,

Berjalan ke sana dan ke mari,

Tanpa arah tujuan yang pasti,

Bagi memakan manusia yang masih ada lagi,

Untuk memuaskan nafsu yang tidak terperi.



Manusia yang masih ada hidup dalam ketakutan,

Mencari cara untuk meneruskan kehidupan,

Di samping menahan sedih akibat melihat kematian,

Perasaan curiga dan waspada sentiasa tumbuh di fikiran,

Gara gara mahu lari dari zombie yang seperti syaitan.



Kemusnahan tumbuh merata-rata,

Bangunan runtuh dan musnah di mana mana,

Kereta rosak bergelimpangan di sini sana,

Makanan semakin kurang dan semakin tiada,

Elektrik dan air semakin sukar dicari,

Undang undang manusia tidak terpakai lagi,

Semua manusia perlu hidup berdikari,

Secara berkumpulan atau bersendiri,

Ada manusia yang pentingkan diri,
Menunggu kiamat dunia yang bakal tiba tidak lama lagi.