Sumber : Google |
Bermula dengan masuknya bangsa
Feringgi,
Tanah terjajah dan diambilnya segala
hasil bumi,
Mengalir banyak darah, tangisan, dan
keringat,
Akhirnya kemerdekaan berjaya kita
dapat.
Negara yang asalnya sungguh kaya,
Kini habis tergadai semua,
Kerana kita banyak bersengketa,
Akibat merebut harta, pangkat, dan
kuasa.
Apa yang tinggal pada Melayu kini,
Pegangan ekonomi kecil sekali,
Tanah pusaka habis dijual beli,
Kuasa politik dimonopoli oleh
pembodek dan kroni,
Tetapi Melayu masih berhibur lagi.
Renunglah di negara negara Islam,
Mereka sentiasa diburu dan sering
diancam,
Disembelih, dibedil, dan dibunuh
setiap hari,
Nyawa seolah-olah tiada harga lagi.
Kini kita cuma tinggal Allah Taala,
Yang dapat membantu dan menyelamatkan
bangsa,
Usahlah kita berbalah lagi,
Lupakanlah segala politik dan
ideologi,
Persiapkan diri dengan ilmu yang
tinggi.
Dunia semakin beranjak ke usia tua,
Segera tambahkan iman di dalam dada,
Janganlah terus terleka dan terlupa,
Semoga Melayu tidak hilang di dunia.
Menarik tulisan puisi ini
BalasPadamMelayu memang Xkan hilang di dunia.
BalasPadamCuma bagaimana nasib masa depan anak bangsa kita.
jangan jadi melukut di negara sendiri.