Sumber : Google |
Seorang
selebriti wanita terkemuka (yang tidak perlulah disebut siapa) pernah
menggemparkan negara dan umat Islam di Malaysia tidak lama dahulu. Semuanya
gara gara dia dengan berani membuka tudung setelah sekian lama dia memakainya.
Umat Islam di Malaysia tidak marah dengannya cuma mereka kecewa sahaja. Tidak
pasal pasal sahaja selebriti wanita itu
menerima kecaman daripada masyarakat Malaysia. Dan tidak pasal pasal juga ramai
orang berbalah di media sosial gara gara dirinya. Ada yang mengecamnya dan
tidak kurang juga yang mempertahankannya.
Ada
banyak sebab mengapa masyarakat kecewa dengannya kerana isu buka tudung secara
tiba tiba itu. Tetapi antara salah satu sebab terbesarnya ialah, dengan membuka
tudung itu, dia dilihat kembali semula ke zaman ‘kegelapan’ yang telah lama dia
tinggalkan dahulu.
Dia
mendakwa yang dia gembira setelah dia tidak bertudung lagi. Pengikutnya pun bertambah
gara gara tindakannya yang tidak bertudung itu dan dia cuba untuk menjadi diri
sendiri. Boleh dikatakan yang dia tidak terkesan sedikitpun dengan tindakannya
yang membuka tudung itu. Boleh dikatakan juga yang banyak ‘tuah’ datang padanya
setelah tindakannya yang membuka tudung itu.
Jika
dilihat pada mata kasarnya memanglah dia tidak ada apa apa. Cuma kita khuatir
Allah tidak redha dengan dirinya. Apabila Allah tidak redha, Allah tidak
timpakan bala pada dirinya sebaliknya Allah tambahkan lagi nikmat dunia supaya
dia terus leka. Apabila dia terus leka, maka buat dosa pun sudah biasa baginya.
Lalu dia akan terus berada dalam keadaan kesesatan yang penuh nyata.
Firaun
dan Namrud adalah makhluk Allah yang hebat, berkuasa, dan kaya raya. Tetapi
mereka kufur kepada Allah pula. Allah tidak timpakan bala kepada mereka tetapi
Allah beri lagi nikmat yang berlipat kali ganda banyaknya supaya mereka terus
leka. Allah cuba hantar Nabi Musa dan Nabi Ibrahim untuk berdakwah kepada
mereka. Tetapi mereka tetap sombong dan leka juga. Akhirnya Allah musnahkan
mereka seperti mana Allah musnahkan umat umat yang terdahulu. Lalu mereka pun
mati dalam keadaan kufur buat selamanya.
Semua
manusia memang tidak boleh lari daripada melakukan dosa. Sama ada dosa itu
besar atau dosa itu kecil, manusia tetap akan buat dosa juga. Tetapi Allah
minta manusia bertaubat sebagai cara untuk menghapuskan dosa. Manusia tidak
boleh sesekali bangga buat dosa kelak dosa itu susah Allah mahu ampun untuk
selamanya.
Manusia
yang kufur tetapi tetap dapat nikmat Allah dipanggil istidraj. Namrud dan
Firaun adalah antara manusia yang termasuk dalam golongan istidraj. Istidraj
adalah golongan manusia yang tetap diberi nikmat oleh Allah dalam keadaan dia
banyak buat dosa dan dia tidak diredhai oleh Allah pula.
Kita
khuatir selebriti wanita itu masuk dalam golongan istidraj. Dalam keadaan dia
buat dosa, Allah tidak beri satu kudis pada dirinya bahkan Allah tambahkan lagi
nikmat pada dirinya. Kita sangat khuatir Allah beri nikmat itu untuk
melekakannya supaya dia terus jauh dari Allah untuk selamanya. Tetapi kita
berdoa agar Allah boleh beri hidayah pada dirinya supaya dia boleh kembali ke
jalan yang benar semula.
Tidak
mahu dikata yang selebriti wanita itu bangga melakukan dosa tetapi dalam riak
percakapannya semacam dia menuju ke arah itu pula. Tiada siapa dalam dunia
boleh menafikan atau menidakkan yang bertudung itu wajib dalam agama. Jika
tidak bertudung, ia boleh mengundang dosa. Janganlah dibangga dengan tindakan
tidak bertudung itu dengan mengatakan yang kita tidak menerima musibah apa apa.
Sama ada peminat bertambah atau berkurang, bertudung tetap wajib bagi semua
wanita dalam agama. Ada sebab tersendiri mengapa agama Islam mewajibkan semua
wanita supaya menutup aurat mereka.
Ya,
semua orang dalam dunia melakukan dosa. Sesudah melakukan dosa harapnya dapat
bertaubat dengan taubat nasuha agar dosa itu terhapus buat selamanya. Jangan
sesekali bangga melakukan dosa kelak susah Allah mahu ampun segala dosa kita.
Bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah beri dan bukannya semakin jauh
daripada Allah lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.