Sumber : Google |
Di tangga itu,
Tangga yang menghubung tingkat
tingkat kolej,
Kolej lelaki yang pasti,
Dituruni oleh ramai lelaki,
Aku - lelaki yang tidak punya cinta,
Terserempak seorang gadis di rumah
tingkat dua,
Serta merta perasaan cinta menghiasi
dada,
Tetapi sebentar cuma,
Gadis cantik hilang di sebalik pintu
yang tadinya buka.
Aku yang awalnya tidak punya cinta,
Mula berasa gundah gulana,
Kerana cinta tiba tiba datang
menerpa,
Ingin tahu gadis itu siapa,
Sehingga malamnya aku tidur tidak
lena.
Berhari hari aku tunggu di tangga
tingkat dua,
Sehabis kelas aku tunggu di sana,
Kawan yang pelik lalu bertanya,
Tidak kurang juga yang mengata.
Segalanya aku persetankan,
Tugasan universiti ataupun teman,
Hatiku cuma mahu bertemu si gadis
perawan.
Nasib yang baik ditentukan Tuhan,
Tidak berapa lama aku tunggu akhirnya
kami berjumpa,
Gadis yang ditunggu keluar akhirnya,
Untuk mengutip kain di jemuran
sana,
Hati aku sungguh gembira,
Segera aku bertanya di saat itu juga,
Tentang diri gadis yang mencuri
hatiku.
Di pertemuan kedua itu kami menyulam
cinta,
Gadis itu juga menyimpan perasaan
yang sama,
Harapnya kami berdua akan bertemu
bahagia,
Jika cinta kami tidak dihalang
keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.