Jumaat, 16 September 2016

BAHAYA! 5 TANDA ANDA MENGIDAP MASALAH KETAGIHAN INTERNET!

Image result for ketagihan internet
Sumber : Google


Pada zaman ini, kehidupan manusia sentiasa bergelumang dengan internet. Ke mana sahaja mereka pergi atau apa sahaja yang mereka lakukan, mereka mesti mahu internet bersama mereka. Jika tidak ada internet, ada dalam kalangan manusia ini boleh menjadi tidak tentu arah. Mereka akan sentiasa berasa resah dan gelisah.

Memanglah tidak dinafikan bahawa internet pada masa kini adalah suatu perkara yang sangat penting. Ia bukan lagi suatu kehendak tetapi sudah pun menjadi suatu keperluan. Segala perkara yang hendak diketahui oleh manusia dalam dunia ini ada dalam internet. Bahkan, untuk mencari rakan pun boleh dicari dalam internet. Pendek kata, internet itu seperti sebuah perpustakaan besar yang boleh dimasuki oleh sesiapa sahaja tanpa mengira negara atau bangsa.

Walau bagaimanapun, jika seseorang manusia itu terlalu banyak bergelumang dengan internet sehingga internet itu mengambil keseluruhan hidupnya, itu bukanlah suatu perkara yang bagus. Manusia itu boleh menjadi kera sumbang kerana dia tidak punya teman untuk bersosial. Begitu banyak sekali keburukan jika seorang manusia itu terlalu bergantung atau terlalu banyak menggunakan internet.    

Oleh sebab ramainya manusia yang terlalu banyak bergelumang dengan internet ini, maka suatu langkah pencegahan perlu dilakukan. Manusia manusia yang mengidap masalah ketagihan internet ini perlu dipulihkan dengan kadar segera. Jika tidak, rosak binasalah hidup mereka sampai bila bila. Bagi mengatasi masalah ini, kita perlu mengetahui punca puncanya terlebih dahulu. Setelah tahu punca, barulah masalah tersebut dapat diatasi.  

Sebelum kita mahu mengambil tahu tentang punca punca itu, kita perlu tahu juga tanda tanda seseorang itu mengalami masalah ketagihan internet. Melalui tanda tanda inilah kita boleh mengesan punca sekaligus mengesan langkah langkah pencegahan untuk menyelamatkan mereka. Adakah anda mempunyai tanda tanda ini? 

Jika anda adalah salah seorang yang mengidap masalah ketagihan internet, anda perlu terjah laman web ini ---> 5 Tanda Anda Mengidap Masalah Ketagihan Internet <--- untuk mengetahuinya. Jika tanda tanda ini ada dalam diri anda, segeralah anda mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini. Anda boleh bertanya kepada Encik Google untuk mengetahunya. Selamat membaca... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.