Apabila berita tentang Adi Putra yang
berkahwin dua muncul dan tersebar di media media sosial, ramai gadis gadis muda
mula memasang impian dan angan angan untuk jadi isteri ketiga kepada Adi Putra.
Mereka ingin jadi isteri ketiga Adi Putra itu kerana pelakon itu kacak
orangnya. Jika wajah Adi Putra setaraf wajah Hamid Gurkha, saya yakin tiada
gadis muda yang memasang impian semacam itu.
Memasang impian untuk berkahwin
dengan lelaki kacak itu tidak salah. Memasang impian untuk menjadi isteri kedua
atau ketiga untuk seorang lelaki kacak itu juga tidak salah. Tetapi, sanggupkah
kita menghadapi cabaran perkahwinan poligami itu? Tidak ramai yang sanggup
walaupun Tuhan janjikan kepada isteri berpoligami itu payung emas di syurga.
Selalu benar kita dengar tentang
kemanisan berpoligami itu. Tidak dinafikan bahawa ada perkahwinan poligami itu
menemui banyak kebahagian tetapi yang tidak bahagia pun banyak juga.
Sebagi orang Islam dan lelaki,
tidaklah saya menentang hukum poligami itu kerana ia sudah pun menjadi hukum
Tuhan. Tetapi saya ingin memberi amaran bahawa bukan semua orang yang
berpoligami itu boleh temui kebahagian. Jika tidak menderita secara fizikal,
menderita mental pun boleh jadi juga.
Perkahwinan yang baik tidak didasari
dengan wajah yang tampan sahaja. Iman adalah elemen terpenting dalam pembinaan
sesebuah perkahwinan. Selain iman, sifat tolak ansur, kesabaran, kasih sayang
dan sebagainya juga adalah elemen terpenting dalam sesebuah perkahwinan. Jika
elemen elemen ini tidak subur dalam sesebuah perkahwinan, sukar perkahwinan itu
untuk temui kebahagian.
Ramai lelaki suka berpoligami tetapi
tidak ramai antara mereka mampu dan adil dalam perkahwinan poligami itu. Jika
anda dapat suami yang benar benar faham tentang hukum poligami, dan dapat pula
suami anda itu menunaikan tanggungjawabnya dengan sempurna, anda sangat sangat
beruntung sebenarnya. Tetapi bagaimana pula jika anda dapat suami yang
menegakkan perkahwinan poligami berdasarkan nafsu semata mata? Perkahwinan yang
ditunjangi nafsu sahaja memang tidak akan ke mana mana.
Bukan mudah untuk jadi isteri kedua
dan isteri ketiga. Jika anda bersedia mental dan fizikal, memang tiada masalah
sebenarnya. Yang bermasalah apabila anda tidak bersedia. Maka penceraianlah
jalan pemisahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.