"Mana pula laki
aku ni? Dah pukul dua pagi tak balik balik? Biasa pukul enam petang dah sampai
rumah dah. Call pun tak angkat angkat. Hishh...risau aku.” Norin
bermonolog sambil merungut. Puas dia meninjau-ninjau ke luar jendela untuk
melihat bayang kereta suaminya namun tetap juga tidak kelihatan. Dia yang
sedang berada dalam keadaan risau waktu itu sekadar duduk di salah sebuah sofa
yang ada di ruang tamu rumah agam itu. Televisyen yang tidak dipasang
dihadapannya itu ditatap dengan penuh rasa bimbang. Hatinya sejak petang tadi
sudah mula berasa tidak sedap.
Sedang dia asyik melayan rasa
bimbangnya itn, tiba tiba dia terdengar bunyi ketukan pada pintu rumahnya.
Hatinya sedikit lega. Segera dia berlari ke muka pintu untuk menyambut suaminya
pulang. Pelbagai soalan yang hendak ditanya kepada suaminya yang pulang lewat
pada hari itu. Dia khuatir jika ada apa apa perkara yang buruk berlaku kepada
suaminya. Atau adakah suaminya melakukan perkara perkara lain dibelakangnya seperti
bermain perempuan contohnya di kelab kelab malam? Ya, dia perlu menyoal
suaminya dengan soalan soalan sebegitu persis seorang peguam yang memang
menjadi kerjayanya.
Tatkala dia membuka pintu rumah untuk
menyambut kepulangan Shuib, suaminya, yang terpacul di muka pintu itu bukan
suaminya sebaliknya anak terunanya, Khairil. Dia menjadi bingung melihat
Khairil di muka pintu itu dalam keadaan pucat lesi, tidak bermaya, dan
ketakutan. Pelbagai persoalan menujah-nujah kotak fikirannya waktu itu.
“Eh, ni kan malam Jumaat, kenapa Ril
balik? Biasakan Ril balik pagi Ahad? Ril ada tinggal apa apa barang ke?” Soal
Norin yang sememangnya berada dalam keadaan bingung.
Khairil yang semamangnya masih
terkejut dan trauma itu tidak terus menjawab soalan Norin sebaliknya dia
melangkah masuk ke dalam rumah dan terus memanjat tangga untuk ke biliknya di
tingkat dua. Norin yang masih bingung melihat keadaan Khairil itu terus menutup
pintu dan mengekori Khairil yang terletak di tingkat tiga rumah agam itu.
“Ril, Ril kenapa ni? Ril sakit ke
nak?” Tanya Norin lagi setelah dia masuk ke dalam bilik Khairil. Dia melihat
Khairil hanya bungkam sahaja duduk di birai katil. Dia melihat Khairil seperti
orang yang sedang dirasuk. Jika tadi dia bimbang akan suaminya, sekarang dia
bimbang pula melihat keadaan Khairil.
“Ril, cuba Ril cakap dengan mama, Ril
kenapa ni? Ril sakit ke? Ada orang pukul Ril ke? Apa dah jadi kat Ril ni?
Kenapa Ril nampak pucat? Ril, please jangan diam je macam ni. Cuba cakap
dengan mama.” Norin mendesak dengan bertanya soalan bertubi tubi. Dia lebih
risau apabila melihat Khairil yang diam membisu itu. Dia yang duduk di sebelah
Khairil di atas katil itu segera menggoncang goncang tubuh Khairil dengan
lembut.
Tidak semena-mena, air mata lelaki
Khairil tumpah di situ juga. Segera dia sembamkan mukanya ke dada Norin sambil
memeluk wanita itu. Dia sangat sedih, kecewa, dan kesal pada waktu itu.
Kelelakian dan maruahnya dicabul dalam masa satu malam sahaja. Duburnya sakit
tidak terperi. Dia sememangnya tidak dapat menerima segala ujian yang maha
dahsyat itu. Dia sama sekali tidak menyangka, orang yang selama ini dia sanjung
dan dia sangka baik, rupa rupanya seorang gay. Dan orang itu juga telah merobek
keterunaannya.
“Ril, kenapa ni sayang? Apa dah berlaku
ni? Cuba cerita kat mama please.” Ujar Norin sambil mengangkat kepala
Khairil dari dadanya. Dia memandang wajah jambu anak lelakinya yang sememangnya
digilai oleh ramai gadis gadis cantik itu.
“Ma, Ril kena liwat ma. Ril kena liwat
dengan Abang Faiz. Ril dah rosak ma. Ril dah jadi gay.” Khairil lantas
memberitahu ibunya tentang apa yang berlaku pada dirinya saat itu. Beberapa
titik air jernih menitis dari tubir matanya.
“What?! Ril kena liwat?! Siapa
yang liwat Ril? Cakap, siapa yang liwat Ril?!” Segala apa yang keluar dari
mulut Khairil sebentar tadi benar benar mengejutkan Norin. Dia tidak menyangka
sama sekali yang anak lelakinya sendiri telah menjadi mangsa kekejaman manusia
yang bernafsu songsang.
“Abang Faiz ma. Abang Faiz!” Jawab Khairil
sambil menangis tersedu-sedan.
“Abang Faiz? Siapa abang Faiz tu? Cakap
Ril cakap!” Desak Norin lagi. Suara sudah mula kuat dan keras. Hatinya yang
berasa bimbang tadi telah mula diganti dengan rasa marah dan geram.
“Orang yang selalu ajar Ril tu. Orang
yang Ril tumpang tidur bilik dia tiap tiap hujung minggu tu.” Khairil menjawab
dengan tangisan yang seolah olah tidak mahu berhenti. Dia benar benar sedih
atas apa yang berlaku pada dirinya saat itu.
“Ya Allah...” Itu sahaja yang mampu
keluar dari bibir Norin. Dia tidak mampu berkata apa apa kerana terkejut.
Sebelum sebelum ini, Khairil ada menceritakan tentang seniornya yang pandai dan
baik hati kerana sering membantunya dalam pelajaran. Sebagai seorang ibu,
apabila mendengar cerita cerita sebegitu, dia sangat bersyukur kerana dia
beranggapan yang Khairil berkawan dengan orang yang baik baik dan mampu
membantunya dalam pelajaran. Namun, dia tidak sangka sama sekali, orang yang
dia sangka baik selama ini walaupun mereka tidak pernah bersua muka, telah
merosakkan anak lelaki kesayangannya pada malam itu.
“Ma, bontot Ril sakit ma. Bontot Ril
rasa pedih. Ril rasa bontot Ril dah koyak dan berdarah. Ril tak tahu Ril boleh
berak ke tak.” Kata Khairil sambil menangis tidak henti henti. Air matanya bercucuran
membasahi pipinya yang putih dan licin itu.
“Ya Allah...” Norin tidak mampu untuk
berkata apa apa selain hanya berupaya untuk menarik Khairil dalam pelukannya.
Dia mahu mententeramkan anak itu. Dia mahu Khairil berasa selamat di dalam
pelukannya.
“Takpe Ril, Ril jangan risau okay. Jom
mama bawa Ril pergi klinik lepas tu kita pergi buat report polis. Biar
polis tangkap dia dan masukkan dia ke dalam lokap. Kemudian mama akan buat
pendakwaan ke atas dia. Biar dia meringkuk dalam penjara atas segala perbuatan
dia terhadap Ril.” Kata Norin dengan penuh rasa marah dan dendam sambil
mengusap kepala Khairil. Dia memang marah benar dengan budak yang bernama Faiz
itu. Ya, dia akan melunaskan dendamnya pada budak itu kerana telah merosakkan
anak lelakinya.
“Tak payah la ma.” Kata Khairil sambil
meleraikan pelukan Norin. Dia memandang wajah Norin dengan pandangan sayu.
“Kenapa pula tak payah? Dia dah buat
Ril macam ni Ril nak biarkan dia lepas macam tu je? No way!” Kata Norin
dengan rasa sedikit bingung dengan sikap Khairil.
“Bukan ini ke yang mama nak? Mama kan
pejuang hak asasi manusia. Mama kan nak mengiktiraf golongan gay macam abang
Faiz tu. Jadi kenapa mama nak dakwa dia?” Balas Khairil. Dia yang kelihatan
lemah tadi tiba tiba kelihatan seperti bersemangat untuk bercakap tentang
perkara tersebut dan Norin telah terpempam dengan segala apa yang keluar dari
mulut Khairil tadi.
“Mama tahu tak sebab orang macam mama
la golongan macam abang Faiz tu semakin banyak kata Malaysia ni. Mama tahu tak
sebab mama la orang macam abang Faiz yang gay tu berani untuk masukkan ‘batang’
dia dalam bontot Ril. Mama sedar tak yang semua ni balasan Tuhan pada mama.
Sebab mama sokong perkara yang Allah larang, sekarang Allah timpakan balasan
pada Ril, anak mama sendiri. Mama tak rasa ma, tapi Ril yang tanggung sekarang.
Terima kasih ma sebab iktiraf dan sokong golongan gay yang lahanat macam abang
Faiz tu. Ini kan yang mama nak selama ni? Sekarang Ril dah jadi gay ma. Mama
puas hati sekarang?” Ujar Khairil dengan berani. Matanya yang berkaca tadi
bersinar garang. Tidak semena-mena, satu tamparan singgah ke pipi Khairil
dengan kuat sehingga merah pipi putih milik jejaka berwajah baby face
itu.
“Kau jangan nak kurang ajar dengan
aku. Aku ni mama kau tau!” Kata Norin dengan kuat dan segera dia keluar dari
bilik itu. Dia benar benar tergamam dan terkejut dengan apa yang baru sahaja
keluar dari mulut Ril itu. Tubuhnya menggigil. Segera dia masuk ke dalam bilik
tidurnya. Dia bersandar di pintu bilik tidurnya lalu terduduk jatuh. Dia benar
tidak tentu arah sekarang kerana dia sudah mula menerima hakikat, bahawa apa
yang dia lakukan bersama NGO bernama CUCI itu sebenarnya salah. Dan dia juga
mula mengerti, bahawa balasan Tuhan kerana telah derhaka padaNya dengan
menyokong golongan yang dilaknat olehNya telah sampai kepada dirinya saat itu. Dia
benar benar buntu dan keliru sekarang.
Tiba tiba dia terasa getaran pada
poket seluarnya. Dia mengeluarkan telefon pintar canggihnya dari poket seluar
itu. Kelihatan ada satu panggilan masuk. Kelihatan nombor suaminya terpapar di
skrin sesentuh telefon pintar itu. Segera dia menekan butang JAWAB untuk
menjawab panggilan telefon itu.
“Hello abang! Abang kat mana? Kenapa
tak balik balik lagi ni?! Err...ya ya saya isteri dia. Kenapa ye? Siapa ni?...
Hah? What?! Ya Allah...!!!!” Norin terus menangis di situ. Dia bukan
sahaja menangis tetapi juga meraung. Ya, dia mendapat khabar berita yang buruk
dari si pemanggil. Orang yang menghubunginya sebentar tadi bukanlah suaminya
sebaliknya anggota polis yang mengurus jenazah suaminya yang mati kemalangan di
jalan raya. Dia benar benar sedih. Sedih yang teramat sangat. Lelaki yang
dicintainya dan sentiasa menjadi pelindung dirinya sudah tidak ada lagi di
dunia ini. Lelaki itu telah pergi menemui Ilahi buat selama lamanya.
Norin terus bersandar dan duduk di
pintu itu sambil menangis tanpa henti. Dia benar benar rasa kehilangan
sekarang. Kehilangan yang sangat berharga dalam hidupnya. Orang yang dia cinta
separuh mati telah tiada lagi untuk dirinya. Dia benar benar buntu. Buntu
sebuntu-buntunya saat itu. Dan dia terus menangis sampai ke pagi.
.....................................................................................................................
Setelah dua hari ditahan di hospital
kerana ingin dilakukan bedah siasat, akhirnya jenazah milik Shuib telah selamat
dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Islam yang terletak di ibu kota. Ramai
kenalan dan keluarga datang untuk melihat persemadian Shuib di tanah perkuburan
itu termasuklah Norin dan Khairil. Sepanjang menerima berita kematian Shuib
akibat kemalangan jalan raya itu, Norin tidak henti henti menangis. Begitu juga
dengan Khairil namun dia cuba mengawalnya. Sebagai lelaki, dia perlu kuat dan
tabah untuk menghadapi dugaan hidup itu walaupun dia merasakan bahawa separuh
hidupnya telah hancur berkecai akibat dinodai oleh seniornya sendiri.
Setelah semuanya selesai, semua yang
hadir ke tanah perkuburan itu pulang ke rumah masing masing. Sebelum pulang,
mereka tidak lupa untuk mengucapkan takziah kepada Norin dan Khairil. Mereka
juga menasihati Norin supaya bersabar kerana itulah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa. Setiap yang
hidup pasti akan mati. Itulah ketentuan Tuhan sejak azali lagi.
Setelah berteleku di tepi kubur milik
arwah Shuib beberapa ketika, Norin pun mengajak Khairil pulang. Walaupun terasa
berat untuk melangkah bagi meninggalkan lelaki yang dicintainya di situ, namun
dia perlu gagah juga untuk pergi di tanah perkuburan itu. Dia mahu dan dia
berharap agar Shuib dapat bersemadi dengan tenang di alam barzakh sana. Dan dia
sangat berharap agar Allah dapat mengampunkan segala dosa dosa arwah suaminya
itu ketika arwah masih di dunia.
Ketika Norin dan Khairil sedang
berjalan untuk menuju ke kereta, tiba tiba ada seseorang menegur mereka dengan
memberi ucapan salam dari arah belakang. “Assalammualaikum.” Ucap suara itu.
Segera Norin dan Khairil menoleh ke
belakang. Mereka melihat Hafizah sedang berdiri menghadap mereka. Dan tanpa
ditunggu tunggu lagi, Norin lantas berlari ke arah Hafizah dan memeluk kakak
sulungnya itu. Air matanya tumpah lagi saat itu di atas bahu Hafizah. Hafizah
yang sememangnya memahami keadaan itu cuba untuk mententeramkan Norin dengan
cara menggosok-gosok belakang adiknya itu.
“Sabarlah dik. Ini semua ujian tuhan.
Setiap yang hidup pasti akan mati. Itulah yang tertulis buat kita sejak azali
lagi.” Hafizah menasihati namun pelukkan tetap tidak dia lepaskan. Dia mahu
bersama dengan adiknya di saat saat sedih dan rawan sebegitu.
Setelah beberapa ketika berada dalam
pelukan Hafizah, Norin pun meleraikan pelukan itu. Segera dia mengesat air
matanya yang tumpah tadi. “Aku ingat kau tak datang.”
“Aku datang tapi lambat sikit. Aku
kena minta cuti kecemasan kat pengetua aku dulu. Lepas tu baru aku gerak ke
sini. Aku sampai masa jenazah Shuib tengah masuk liang lahad. Aku ada nampak
kau tadi tapi malas nak pergi kat kau. Aku nak bagi kau masa tengok jenazah
Shuib buat kali terakhir.” Balas Hafizah.
“Ibu dan ayah tak mana? Kau tak bawa diaorang sekali?”
“Ibu ada bagitahu kat aku yang dia nak
datang tadi tapi kau tahu je la keadaan ayah yang berkerusi roda tu. Susah
orang tua tu nak bergerak ke mana mana. Jadi aku cakap tak payahlah datang.”
“Mmm...Hafreez dengan Haliza?”
“Hafreez pun nak datang sebenarnya
tapi tu la, company dia tak bagi cuti. Kalau Hafreez tak datang, Haliza
pun tak datang la. Dia mana pandai bawa kereta. Aku nak menjemput pun malas.
Kalau aku gi jemput dia, confirm aku tak sempat nak tengok jenazah Shuib
dikebumikan. Kau tahu je la rumah aku dengan rumah diaorang kan jauh.” Hafizah
memberitahu dan dan Norin sekadar mengangguk.
“Kau ada bagitahu kat Hamad tak?” Soal
Hafizah setelah bersalam dengan Khairil.
“Dah tapi dia tak balas apa apa pun.
Aku call tak angkat. Aku whatsapp tak balas.”
“Dia sibuk la tu. Kau tahu je la kerja
Hamad sebagai pemandu teksi tu. Dia kerja tak macam kita. Ada gaji bulan bulan.
Dia sekali bawa teksi, tak makan dia anak beranak.”
“Yalah, aku faham. Dia tu bukan orang
senang.” Kata Norin.
“Kau tak nak jumpa ibu dan ayah? Jom
la kita gi rumah Hafreez. Jumpa ibu dan ayah kat sana.”
“Nanti dululah long. Aku tengah letih
ni. Sedih pun tak hilang lagi. Aku dah okay sikit aku pergi.”
“Takpelah. Kau rehat la dulu.
Tenangkan fikiran. Aku faham keadaan kau. Tapi kau kena kuat Norin. Kau kena
tabah. Kau tak boleh lemah. Hidup kau dengan anak kau kena teruskan juga.”
Hafizah memberi nasihat.
“Aku faham long. Terima kasih atas
nasihat tu dan terima kasih sebab sudi datang.”
“Takde apa la. Kita kan adik beradik.
Kalau adik beradik tak saling sokong menyokong, siapa lagi? Okaylah, aku nak
balik dulu. Kau hati hati ye. Jangan sedih sangat. Jaga kesihatan diri. Ada
masa nanti aku datang lagi lawat kau. Dan jangan lupa lawat ibu. Dia selalu sangat
tanya pasal kau.”
“Insha Allah long. Ada masa nanti aku
pergi.”
“Okaylah. Aku balik dulu.
Assalammualaikum.” Ucap Hafizah. kemudian dia berjalan meninggalkan Norin dan
Khairil di tanah perkuburan itu untuk ke keretanya yang dipakir jauh dari tempat
itu. Sebenarnya dia mahu berlama lama di situ dengan Norin namun melihat
keadaan Norin yang masih dalam keadaan sedih itu, dia membatalkan hasrat
tersebut. Dia tidak mahu mengganggu Norin yang baru sahaja kehilangan suami
itu.
“Waalaikumussalam.” Balas Norin sambil
menghantar Hafizah dengan pandangan mata untuk ke kereta. Kemudian dia dan
Khairil berjalan ke keretanya untuk pulang ke rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.