Khamis, 23 Jun 2016

PERBEZAAN RAYA DULU DENGAN RAYA SEKARANG YANG ANDA MESTI TAHU

Sumber : Google

Semakin bertambah bilangan tahun, semakin maju zaman. Semakin maju zaman, semakin banyak perubahan yang berlaku. Sedar atau tidak sedar, semakin banyak yang berubah dalam dunia ini. Perubahan itu bukan hanya berlaku dalam bidang politik, ekonomi, dan budaya sahaja, malah perubahan turut berlaku dalam kehidupan semua makhluk Tuhan di muka bumi. 

Bukan hanya manusia sahaja yang berubah, haiwan pun turut berubah. Kalau dahulu jika kucing bertemu dengan anjing, kedua dua haiwan ini pasti akan bertempur sehingga wujudlah pepatah bagai anjing dengan kucing yang membawa makna orang orang yang suka bergaduh atau suka mencari gaduh. Tetapi sekarang tidak lagi. Apabila kedua dua haiwan itu bertemu, mereka hanya saling pandang pandang dan jeling jeling sahaja. Tabiat mereka yang suka bergaduh itu sudah hilang entah ke mana. 

Jika haiwan berubah, sudah pastilah manusia yang berakal ini pun turut berubah. Jika kita memerhati, banyak perubahan dalam hidup kita telah berlaku. Sebagai contoh, jika dahulu kita makan duduk bersila di lantai. Tetapi sekarang, jika makan tidak duduk di atas kerusi, rasa janggal pasti akan singgah di sanubari. Itulah salah satu perubahan dalam konteks budaya yang boleh kita kenali. 


Perubahan juga tidak terkecuali berlaku dalam kita meraikan hari kebesaran kita sebagai umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri. Banyak perubahan yang boleh kita lihat telah berlaku dalam cara kita meraikan hari raya ini. Jika kita memerhatikan perubahan itu, banyak perbezaan yang boleh kita temui. Segala perbezaan itu kita boleh membuat satu perbandingan antara raya dulu dengan raya sekarang.   

Segala perbezaan antara raya dahulu dengan raya sekarang wajar kita renungi untuk kita mengambil pengajaran daripadanya di samping kita boleh bernostalgia dengannya. Daripada perbezaan perbezaan yang disenaraikan ini, kita boleh membuat satu perbandingan, raya mana yang paling seronok? Raya pada zaman dahulu atau raya pada zaman sekarang. 

Jika anda mahu tahu apakah perbezaan antara raya dulu dengan raya sekarang, anda boleh klik pautan ini ---> PERBEZAAN RAYA DULU DAN RAYA SEKARANG YANG ANDA MESTI TAHU <--- untuk anda mengetahuinya. Baca dan hayatilah segala perbezaan itu supaya anda boleh membuat perbandingan, raya pada masa bila yang anda rasa sangat seronok? Raya pada zaman dulu atau raya pada zaman sekarang? Selamat membaca dan salam Ramadhan Kareem.  

1 ulasan:

  1. Zaman 80an & 90an benar2 merayakan hari raya, cukup seronok. Selepas itu semuanya berubah dengan drastik. Kini raya lebih kepada pertandingan siapa rumah terbuka paling meriah, makanan paling sedap, perhiasan paling indah dan terlalu banyak perkara yang merosakkan sambutan raya.. menyedihkan :(

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.