Selasa, 21 Jun 2016

NOVEL : MELUNAS DENDAM BAB 14



 

         Sejak pukul tujuh pagi lagi teksi Hamad sudah menunggu pelajar pelajar asrama Kolej Putri dihadapan pintu pagar asrama tersebut. Pelajar pelajar yang mahu segera sampai ke kolej akan menaiki teksi Hamad dan teksi teksi yang lain yang sudah sedia menunggu. Sejak sepuluh tahun yang lalu, itulah yang dilakukan oleh Hamad untuk mencari sesuap nasi untuk diri dan keluarganya. Dia akan menunggu pelajar pelajar Kolej Putri sama ada lelaki ataupun perempuan menaiki teksinya untuk ke kolej.

          Namun begitu, untuk ‘mencari makan’ di tempat itu bukan mudah. Hamad perlu berdaftar dengan persatuan teksi di situ dan membayar yuran keahlian bagi membolehkannya menjaja perkhidmatan teksi di tempat itu. Jika dia tidak berdaftar sebagai ahli ataupun tidak membayar uran keahlian, susah untuk dia cari makan di situ. Silap silap hari bulan, boleh dibelasah separuh mati oleh gangster gangster keparat yang diupah oleh ahli jawatankuasa teksi di tempat itu yang dipengerusikan oleh Bakar, salah seorang pemandu teksi senior di tempat tersebut. 

          Ketika Hamad sedang menunggu pelanggannya yang terdiri daripada penghuni asrama Kolej Putri, tingkat teksi miliknya diketuk oleh seseorang. Dia melihat Pak Bakar sedang menunggunya di luar teksi. Segera dia keluar dari teksi untuk bertemu dengan Pak Bakar.


          “Kenapa Pak Bakar?” Hamad bertanya dalam keadaan bingung. Jarang sekali Bakar mahu memanggilnya keluar pada waktu pagi sebegitu. Jika Pak Bakar sudah memanggil itu, maknanya adalah perkara penting yang hendak dirundingkan. 

          “Aku nak tanya, hutang aku bila kau nak bayar? Kau cakap minggu ni kau bayar, tapi senyap je sampai sekarang.” Ujar Pak Bakar yang berusia pertengahan 50an itu.

          “Sorrylah Pak Bakar. Duit tengah takde ni. Ada duit nanti saya bayar la.” Kata Hamad separuh merayu.

“Bawa teksi sampai pukul sebelas malam. Duit takde juga. Hutangnya selalu tapi bayarnya kadang kadang. Macam mana kau ni Mad?”

          “Saya betul betul minta maaf Pak Bakar. Saya betul betul takde duit ni. Duit saya habis untuk beli barang dapur, pastu nak bayar maintenance teksi lagi, bayar sewa permit lagi, macam macam saya nak bayar Pak Bakar. Hutang Abang Din dengan Abang Dollah pun saya tak bayar lagi. Sorry sangat sangat Pak Bakar.”

          “Habis tu bila lagi yang kau nak bayar ni? Aku bukan apa Mad. Aku bukan tak kesian kat kau tapi kau kena faham, aku pun orang berniaga juga. Aku pun ada keluarga juga yang aku kena bagi makan. Kalau kau asyik hutang aku je tak bayar bayar, kopak la aku macam ni.”

          “Saya ada duit nanti, saya akan terus bayar hutang Pak Bakar. Saya janji.”

          “Bilanya kau nak ada duit tu? Asyik cakap bila ada duit je, tapi duitnya tetap takde juga.”

          “Mmm...” Hamad menggaru garu kepalanya. “Insha Allah Pak Bakar, bulan depan kalau saya ada duit, saya bayar. Saya janji.”

          “Kau jangan janji je Mad. Aku tuntut janji kau nanti baru padan dengan muka kau. Ingat Mad, aku bagi kau hutang ni sebab aku kenang anak bini kau tu je kat rumah. Kalau tak...jangan haraplah aku nak kesiankan kau. Dan kau pun jangan nak ambil kesempatan atas kebaikan aku. Buruk padahnya nanti.” Pak Bakar memberi amaran.

          “Ya saya faham Pak Bakar. Terima kasih atas keprihatinan Pak Bakar terhadap saya dengan keluarga. Saya sangat hargai jasa Pak Bakar tu.” Hamad menelan air liur pahitnya mendengar amaran Pak Bakar tadi.

          “Hmmm...okaylah. ada duit nanti bayar tau. Aku pergi dulu. Assalamualaikum.” Ucap Pak Bakar.

          “Waalaikumussalam.” Balas Hamad sambil memerhatikan Pak Bakar yang menuju ke teksinya.

......................................................................................................................  
          Farah menyusun satu demi satu patung Mickey Mouse yang disepah sepahkan oleh anak pelanggan yang datang ke bahagian Toys itu di tempat yang disediakan. Begitulah rutinnya setiap pagi apabila dia masuk kerja. Mengemaskan patung patung dan mainan mainan yang disepahkan oleh anak anak pelanggan pada hari semalam supaya kelihatan kemas dan cantik. Jika tidak dilakukannya, sudah pasti dia akan dimarahi oleh Manan, ekeskutif di tingkat empat yakni tempat di mana bahagian Toys berada. 

          Farah melihat jam yang berada di pergelangan tangannya. Jarum jam sudah menunjukkan pada pukul 9.45 pagi. Ini bermakna, ada 15 minit lagi untuk Paradigma Mall, pusat membeli belah untuk golongan elit itu akan dibuka. Farah mempercepatkan kerjanya menyusun patung patung dan barang mainan yang banyak di bahagian Toys itu supaya dia tidak dimarahi oleh Manan atau sesiapa sahaja staff tertinggi di Paradigma Mall itu.

          “Rajinnya dia. Hehehe.” Tegur Suraya yang entah muncul dari mana. Satu senyuman nakal tersungging di bibirnya.

          “Memang la rajin. Tak rajin nanti kena marah pula dengan si Manan tu. Semalam saya dah kena warning dah dengan dia sebab main henfon masa tengah kerja. Budak lelaki yang jaga luggage tu pun semalam kena marah sebab duduk padahal customer takde pun time tu. Haihh...entahlah.” Farah merungut sambil tangannya lincah menyusun patung Thomas dan Friends di rak yang setinggi empat tingkat itu sambil dibantu oleh Suraya.

          “Mmm...Manan tu memang macam tu. Macam bagus je. Dah la semalam dia marah budak cashier baru tu. Biasalah orang baru buat silap. Tak pasal pasal kena marah semalam. Kesian budak tu. Habis kena marah dengan customer, kena marah pula dengan si Manan.” Ujar Suraya.

          “Manan tu memang tak reti timbang rasa. Kerja nak perfect je. Sikit sikit nak marah. Benci pula aku tengok muka dia. Semalam kalau Kak Su nak tahu, lepas je dia warning saya, dia suruh saya pergi buat price tag. Itu kerja dia tapi dia suruh saya. Saya cakap itu bukan kerja saya dia dah membebel panjang. Gaji banyak tapi kerja kau suruh aku juga.”

          “Samalah dengan aku. Kau tahu sepatutnya dia yang kena jaga pameran kat luar tu tapi dia suruh aku. Sakit hati aku. Dia suka suruh orang buat kerja dia. Kerja kita kat sini takde siapa nak buat.”

          “Mengumpat siapa tu? Hehehe.” Terkejut Suraya dan Farah apabila terdengar suara Seetha yang muncul secara tiba tiba itu.

          “Kau ni kan Seetha, aku pelangkung kepala kau tu baru kau tahu. Kau tak boleh ke bagi ucap selama pagi dulu sebelum tegur aku.” Marah Suraya. Dia lantas berdiri apabila setelah selesai membantu Farah menyusn patung Thomas and Friends itu di rak yang paling bawah. Begitu juga dengan Farah yang melakukan perkara yang sama.

          “Hai Seetha, semalam asal kau balik awal semalam? Pastu moody je. Kau gaduh dengan boyfriend kau ke?” Soal Farah.

          “Bukan gaduh dengan boyfriend la tapi semalam ada customer marah saya sebab saya suruh dia bayar dulu sebelum test itu kereta control. Kan polisi di Paradigma Mall macam tu kan? Customer kena bayar dulu sebelum test.” Jawab Seetha.

          “Betul tu tapi kalau customer nak test juga sebelum bayar kita buat je la. Customer kat sini semuanya sombong sombong belaka. Mentang mentang masuk Paradigma Mall dah nak berlagak dengan kita.” Kata Farah.

          “Itu saya tahu sebab tu saya suruh dia bayar dulu. Tapi kalau dia nak test juga sebelum bayar saya boleh je tolong buatkan. Saya tak habis cakap lagi dia dah nak marah marah saya depan ramai customer.” Balas Seetha.

          “Hmm...aku dah biasa dah kena dengan customer kerek nak mati ni. Hari tu ada customer nak beli mainan masak masak tu. Aku dah cakap barang dalam tu ada yang hilang sebab kena curi means tak boleh dijual la tapi dia nak juga beli. Pastu minta bateri free sebagai ganti barang yang hilang tu. Minta kalau satu dua takpe juga, ni minta sampai sepuluh. Aku cakap tak boleh dia mula nak bising bising. Aku malas dengar dia membebel, aku bagi je. Yang rugi Paradigma Mall, bukan aku. Hahaha.” Suraya ketawa dan diikuti oleh Seetha. Farah sekadar tersenyum sahaja.

          “Aduhh sakitnya kaki aku ni.” Farah mengurut betisnya yang lenguh sejak semalam.

          “Kenapa dengan kaki kau tu?” Suraya bertanya.

          “Semalam berdiri lama sangat sebab customer ramai. Tu yang sakit tu.” Jawab Farah.

          “Biasalah tu. kerja kat sini mana boleh duduk. Duduk nanti kena marah.” Kata Seetha. Farah dan Suraya mengangguk setuju.

          “Weyyhh korang. Ahad ni jangan lupa tau datang rumah aku. Anak aku nombor dua tu bersanding.” Suraya memberitahu.

          “Okay kak Suraya. Saya pasti datang dengan boyfriend saya. Dah lama tak makan nasi minyak. Hehe.” Seetha tersengih sengih sambil memandang muka Suraya.

          “Makan la Seetha berapa banyak kau nak makan. Jangan nanti tak boleh balik sebab kekenyangan sudah la. Kau Farah, datang tak? Dah la masa anak sulung aku bersanding kau tak datang. Yang nombor dua sanding ni pun kau tak datang juga?” Suraya menujukan soalan kepada Farah.

          “Insha Allah Kak Su. Saya pasti datang. Nanti saya ajak abang Hamad pergi sekali.” Farah menjawab.

          “Haaa...baguslah kalau macam tu. Eh, jom buat kerjalah. Mall ni pun dah buka. Asyik sembang je nanti si Manan tu marah pula. Dia tu dah la tak reti nak bertolak ansur.” Kata Suraya lalu meninggalkan bahagian Toys itu untuk pergi ke bahagiannya. Begitu juga dengan Seetha yang turut menuju ke bahagian branded pen. Hanya Farah yang berada di bahagian Toys itu untuk melayan pelanggan yang singgah di bahagian tersebut.  

1 ulasan:

  1. Nanti ada masa saya baca ye.

    p/s template bahagian footer nampaknya ada masalah. meleret terlalu panjang ke bawah.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.