Sumber : Google |
Di sana sini ramai orang bercakap
tentang politik baru. Sejak tsunami politik tahun 2008, frasa ini kedengaran
dengan sangat jelas terutama dari mulut pemimpin pemimpin pembangkang dan anak
anak muda yang menyokong parti pembangkang. Pemimpin parti pembangkang
dikatakan cuba membawa politik baru ini bagi mengubah landskap politik Malaysia
setelah negara ini mencapai kemerdekaan selama hampir 60 tahun lamanya. Oleh
kerana pengundi pengundi yang ada pada hari ini terdiri daripada anak anak
muda, maka politik baru ini berjaya memenuhi aspirasi mereka. Pendek kata,
majoriti anak muda bersetuju dengan politik baru yang dibawa oleh pemimpin
pembangkang itu.
Secara kasarnya, politik baru yang
dibawa oleh pemimpin pembangkang itu memang untuk memecahkan monopoli kuasa
UMNO-BN sejak sekian lama. Pemimpin pembangkang percaya, dengan membawa politik
baru ini sahajalah sebagai satu cara bagaimana mereka mahu menumbangkan BN yang
mereka anggap telah banyak merugikan negara. Dengan membawa politik baru ini,
pemimpin pembangkang merancang untuk merampas takhta kuasa UMNO-BN bagi
membolehkan mereka mentadbir negara ini mengikut acuan yang mereka kehendaki
atau sesuai dengan politik baru yang mereka perkatakan pada hari ini.
Tidak hairanlah mengapa, pemimpin
pemimpin liberal dan sekular yang keluar dari PAS itu menamakan diri mereka
sebagai Gerakan Harapan Baru lalu menubuhkan Parti Amanah Negara (PAN). Semua
ini berlaku kerana pengaruh politik baru yang mereka cipta itu di samping
menyesuaikan parti tersebut dengan aspirasi anak anak muda yang menjadi penentu
kemengan mana mana parti politik dalam pilihan raya akan datang.
Wujud persoalan di benak ramai anak
muda, apakah yang dimaksudkan dengan politik baru itu? Menurut beberapa sumber,
politik baru yang acapkali dipukul canang oleh pemimpin pembangkang itu adalah
politik yang berpisah daripada kerangka perkauman, mengutamakan ketelusan,
menghapuskan rasuah, menjalankan pentadbiran kerajaan yang baik dan berkesan
serta menjaga kebajikan rakyat.
Secara umumnya, saya sangat bersetuju
dengan politik baru yang hendak dibawa oleh pemimpin pembangkang itu. Pada
hemat saya, sudah sampai masanya negara ini berubah untuk ditadbir mengikut
acuan politik baru yang dilaung-laungkan oleh pemimpin pembangkang itu. Politik
baru itu sangat bagus dilaksanakan bagi memastikan negara dan rakyat negara ini
kekal aman dan sejahtera sampai bila bila. Rakyat secara umumnya sudah muak
dengan pentadbiran sekarang yang bermasalah di sana sini.
Walaubagaimanapun, mengapa begitu
sukar sekali politik baru ini ingin diterima oleh sekalian anak muda? Jika
politik baru yang dibawa oleh pemimpin pembangkang ini benar benar berkesan,
mengapa ia tidak dapat diterima oleh sekalian anak muda secara keseluruhannya.
Tentu ada sebab musabab yang konkrit bagi menjelaskan perkara ini. Jika dilihat
secara kasar, kita boleh membuat kesimpulan bahawa politik baru ini sangat
berkesan dan sudah pasti mudah diterima oleh ramai anak muda.
Walaupun ramai anak muda teruja untuk
menerima politik baru ini, namun sebahagian besarnya tidak. Ini kerana politik
baru ini cuba membuang asas asas pembentukkan negara ini secara perlahan-lahan.
Asas asas pembentukan negara yang saya maksudkan adalah kedudukan istimewa
orang Melayu, bahasa Melayu, agama Islam, kedudukan raja raja Melayu dan apa
sahaja perkara yang disebut dalam Perlembagaan – yakni undang undang tertinggi
dalam negara ini.
Walaupun politik baru itu dilihat
hebat dan gah, namun ia sukar diterima oleh sebahagian besar anak anak muda yang
masih sayangkan asas asas pembentukan negara ini. Walaupun mereka mahu melihat
negara ini berubah menjadi lebih baik, namun bagi mereka apa gunanya semua itu
sekiranya asas asas pembentukan negara ini dianaktirikan. Oleh sebab itulah,
pembangkang sukar untuk mentadbir negara ini walaupun mereka membawa politik
baru yang mereka canang sebagai satu cara bagi mengubah negara dan masyarakat
menjadi lebih baik.
Politik baru itu boleh diterima oleh
semua anak muda jika pembangkang tidak membuang asas asas pembentukan negara
ini. Memanglah jika dilihat tidak ada satu kenyataan pun yang dikeluarkan oleh
pemimim pembangkang yang mahukan asas asas pembentukkan negara ini dibuang
namun jika dibaca secara tersirat atau menganalisis tindak tanduk mereka, kita
boleh menilai sejauh mana keikhlasan mereka untuk menjaga asas asas pembentukan
negara ini dalam politik baru yang hendak dibawa oleh mereka itu.
Sepatutnya pemimpin pembangkang tidak
boleh sama sekali meninggalkan asas asas pembentukkan negara ini dalam politik
baru itu. Ini kerana, asas asas pembentukkan negara ini sudah terpasak kuat
dalam sanubari kebanyakkan anak anak muda di negara ini. Jika asas asas
pembentukkan negara ini dibuang, dikhuatiri akan mewujudkan rasa tidak puas
hati dalam kalangan anak muda seterusnya akan mewujudkan ketidakstabilan sosial
dalam kalangan mereka.
Ini bukan cerita Awang Sulung Merah
Muda yang punya banyak panau kesaktian itu. Ini adalah cerita betul yang
melibatkan masyarakat dan negara. Jika pembangkang mahu memerintah negara ini,
perjuangkan politik baru itu tanpa meninggalkan asas asas pembentukkan negara
ini. Jika asas asas pembentukkan negara ini dibuang, UMNO-BN akan terus
berkuasa sampai bila bila.
Zumal sebenarnya dah tak tahu apa nak pangkah ^-^
BalasPadamSangat setuju dgn MNH. Politik baru yg dicanang nmpk lebih membawa kerosakan. Silapnya kerana mahu membuang terus asas2 plg penting. Nmpk sgt tiada karisma kepimpinan. Pembangkang nmpknya gagal mgambil kesempatan diatas kepincangan besar pentadbiran teruk najib.
BalasPadam