Isnin, 17 Ogos 2015

BAHASA YANG KIAN HILANG

Sumber : Google


Aku datang mencari bangsaku,
Yang bersembunyi dalam kesenangan,
Ternyatalah kealpaan bangsaku,
Menjadi racun yang membunuh diriku.

Semakin jauh menuju modenisasi,
Semakin aku dipinggir oleh bangsaku,
Tidak ku sangka Bahasa Inggeris itu,
Menjadi anutan utama bangsa lahirku,
Meskipun aku tidak kurang hebatnya dahulu.

Biarpun diingatkan oleh sasterawan,
Supaya menjaga bahasa warisan,
Namun kecintaan terhadapku beransur hilang,
Kerana keegoan dihambat kemodenan.

Baru ku teringat di zaman Melaka,
Aku dipertutur oleh penduduk dunia,
Aku yang pernah gemilang dahulukala,
Kerana menjadi sang lingua franca.   


2 ulasan:

  1. skg mentaliti rakyat mesia...guna BM low class....nk nmpk kelas guna BI katenyer....tp lg sedih...ada menteri yg xfasih BM pun...sedih tgk menteri ckp dalam parlimen tergagap dalam BM...

    BalasPadam
  2. Dan mungkin kerana semakin hilang, menteri nak spin fakta pun dah tunggang langgang sekarang ni..huhu

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.