Khamis, 23 Julai 2015

PENIPUAN DAN KEADILAN DALAM ISU GADUH DI LOW YAT

Sumber : Google

Saya kira isu pergaduhan di Plaza Low Yat itu masih relevan untuk dibahaskan dan diambil iktibar daripadanya supaya perkara semacam ini tidak lagi berlaku pada masa akan datang. Walaupun isu itu sudah tamat dengan beberapa tangkapan yang telah dibuat dan siasatan masih lagi dijalankan oleh pihak polis, tetapi masih ramai lagi pengguna pengguna laman sosial mahu berbahas mengenainya kerana banyak perkara sama ada yang tersurat dan tersirat tidak dapat disimpulkan hasil daripada siasatan polis itu.

Walaupun pihak polis dan kerajaan cuba menafikannya namun secara tidak sedar isu itu telah mengheret kita semua ke dalam isu perkauman. Jika tidak, masakan peristiwa 13 Mei disebut sebut tatkala isu pergaduhan itu berlaku. Jika bukan isu perkauman, masakan kerajaan dan pihak polis begitu bertegas menafikan bahawa perkara yang berlaku di Low Yat Plaza itu sebagai isu perkauman? Wartawan wartawan pun apabila menulis isu tersebut memang tidak lari dari membicarakan isu itu dari konteks perkauman.

Baiklah, sebagai rakyat yang cintakan keamanan, saya cuba menafikan bahawa tiada unsur unsur perkauman dalam isu itu. Saya pun tidak mahu membangkitkan sentimen perkauman dalam entri ini kerana saya tahu kesan dan natijahnya jika ketegangan antara kaum berlaku di negara ini. Oleh itu, saya tidak mahu membahaskan isu tersebut dalam konteks perkauman.


Pelbagai pendapat dan pandangan yang dilontarkan oleh pengguna pengguna laman sosial dan para wartawan sama ada wartawan media cetak atau media elektronik. Apabila saya membaca kesemua pandangan yang dilontarkan itu, jelas sangat bercanggah dengan fakta sebenar kes pergaduhan itu sehingga lari daripada topik asal. Maka, semua pandangan songsang itu haruslah diperbetulkan supaya tidak menyesatkan pemikiran masyarakat pembaca.

Sebagai blogger, saya ingin membahaskan isu pergaduhan di Plaza Low Yat itu dalam dua konteks iaitu penipuan dan keadilan. Saya cuba bersangka baik dengan Ketua Polis Negara yang mengatakan bahawa remaja Melayu itu memang mencuri telefon tersebut maka saya tidak mahu berbahas panjang mengenainya. Biarlah Allah dan mahkamah yang menentukan sama ada remaja itu bersalah ataupun tidak. Saya tidak mahu mencampuri urusan polis dan mahkamah kerana tidak mustahil saya juga akan dikenakan tindakan undang undang jika terus berbahas mengenai perkara tersebut.

Dalam isu ini, pihak polis hanya memfokuskan kepada kecurian yang dilakukan oleh remaja Melayu itu sahaja tetapi pihak polis langsung tidak mahu memberi tumpuan kepada penipuan yang bertahun tahun dilakukan di Plaza Low Yat oleh peniaga peniaga di sana. Jika tidak ada penipuan, masakan begitu banyak aduan yang diterima oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan? Wujud persoalan mengapa polis tidak menangkap penipu penipu yang sedang bermaharajalela di Plaza Low Yat itu?  Adakah penipuan boleh terus berjalan walaupun isu semacam ini telah berlaku?

Sebagai pihak berkuasa, polis mesti bekerjasama dengan KPDNKK untuk membanteras penipuan yang berleluasa di pusat membeli belah itu supaya perkara semacam ini tidak berlaku lagi. Namun, polis hanya sibuk menyatakan bahawa remaja Melayu itu mencuri tetapi mengapa polis tidak pernah menyatakan penipuan yang dilakukan oleh peniaga peniaga Cina di situ. Saya fikir, tidak kiralah sama ada Melayu, Cina, India atau bangsa apa sekalipun, jika mereka melakukan penipuan dalam perniagaan, mereka mesti dihukum dan dibanteras bukannya dibiarkan bermahajaralela.

Jika dibahaskan dari sudut keadilan pula, jelas pihak polis tidak adil dalam membuat tangkapan dan siasatan. Mengapa tangkapan banyak disasarkan kepada orang Melayu sahaja? Mengapa orang Cina yang terlibat sama dalam pergaduhan dan perhimpuan di Low Yat itu tidak ditangkap? Mengapa tangkapan yang dibuat ke atas orang Cina yang terlibat dalam pergaduhan dan perhimpunan itu sangat sedikit berbanding orang Melayu? Mengapa blogger Papagomo sahaja ditahan? Mengapa pula begitu banyak blogger dan Facebooker bukan Melayu turut mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan pernghinaan tidak ditahan?

Sebagai pihak berkuasa yang berkhidmat untuk seluruh rakyat Malaysia, saya fikir pihak polis tidak boleh pilih kasih dalam membuat siasatan dan tangkapan. Sesiapa sahaja yang terlibat dalam isu ini mesti ditahan tidak kira apa bangsa sekalipun sama ada Melayu, Cina atau India. Jika pihak polis mengamalkan dasar pilih bulu dalam siasatan kes ini, pasti akan ada pihak yang tidak berpuas hati.  

Saya khuatir jika pihak polis masih mengamalkan cara yang semacam ini, masalah tidak akan selesai sebaliknya masalah yang lebih besar akan timbul pula. Pada waktu itu, pihak polis pun sudah tidak guna untuk bertindak lagi kerana nasi sudah pun menjadi bubur.

Penipuan dan keadilanlah yang sepatutnya semua pihak perlu membahaskannya dalam isu ini. Namun, saya lihat perkara itu tidak berlaku sebaliknya perkara yang remeh temeh dan semakin membangkitkan kemarahan seperti sentimen perkauman ditimbulkan dalam isu ini. Orang yang membahaskan isu ini dari sudut yang mengarut bukannya menyelesaikan masalah sebaliknya menambahkan masalah.

Akhir kata, diharapkan pihak polis dapat menjalankan tugas mereka dengan penuh keadilan kepada semua pihak yang terlibat dalam masalah ini. Sesiapa sahaja yang bersalah tidak kira apa bangsa sekalipun mesti diambil tindakan terhadap mereka. Pengguna pengguna laman sosial dan para wartawan tidak kira berbangsa apa sekalipun mestilah membahaskan isu ini dari sudut yang betul dan bukannya membangkitkan perkara perkara yang karut marut kerana tulisan anda akan menyebabkan masalah akan bertambah besar. Wallahualam.



4 ulasan:

  1. Memang susah nak percaya..tapi nak buat macamana....walau bagaimanapun keadilan akan terbukti suatu saat nanti.

    BalasPadam
  2. Peniaga c*** menipu pihak berkuasa tutup sebelah mata, orang melayu buat salah, polis begitu pantas ambil tindakan. Kalau c*** buat hal tak pula buat apa-apa..

    BalasPadam
  3. isu lain difokus utk mengalih perhatian kepda isu sebenar....ini yg berlaku....sedihkan

    BalasPadam
  4. inilah keadaan sebenar sekarang banyak penipuan dan sandiwara

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.